Assalamualikum dan Salam Sejahtera... "~Make CHANGE for our FUTURE~ :-)asif jiddan ala kulli hal~"
Friday, March 12, 2010
MAAFKAN AKU WAHAI SAHABAT...
Hari ini saya dapat rasakan apa yang saya nak kongsikan dengan semua telah saya coretka. Kebanyakan artikel yang saya postkan dalam blog saya ini semuanya saya ambil dari artikel yang Tok Guru Nik Aziz siarkan. Sebenarnya ada banyak lagi artikel yang berkenaan dengan persahabatan dan akrab persahabatan yang saya nak postkan. Kiranya minggu ni saya letakkan tajuk besaqnya ialah tentang “PERSAHABATAN”. Saya nak semua orang faham tentang apa yang dikatakan persahabatan. Sebab apa yang saya postkan itu yang saya fahami dan amalkan selama ini. Bagi saya kebahagian saya adalah apabila melihat sahabat-sahabat saya bahagia. Tak kiralah apa pun yang berlaku. Nak cari sahabat yang macam apa yang diperkatakan oleh tok guru dalam mauidzah yang saya petik dan postkan dalm blog saya sangatlah susah. Bagi saya saya telah pun membunyai sahabat seperti yang tok guru maksudkan dan saya sangat menyayangi mereka. Saya cuba sedaya upaya saya untuk berada dan bersama mereka tak kira susah dan senang. Bagi saya merekalah yang memberi kekuatan pada saya. Cuma pada saat dan ketika saya sangat memerlukan mereka. Saya tak jumpa mereka, mungkin saya tak layak untuk mereka atau taraf dan darjat saya tak sama dengan mereka. Saya sangat sedih dan kecewa tapi saya tak akan sama sekali meletakkan rasa benci,marah dan kecewa saya pada mereka kerana bagi saya mereka adalah segalanya pada saya. Pada masa ini apa yang saya mampu lakukan hanyalah berdoa pada ALLAH supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dilindungi olehNYA. Iklas saya katakan saban hari saya merindui mereka dan ingatkan mereka. Betul kata opick dalam lagunya KEMBALI PADA ALLAH. Berharap hanya pada ALLAH, Memohon hanya pada ALLAH, Bergantung hanya pada ALLAH. Kerana ALLAH maha pengasih..kalau sahabat saya membaca blog saya ini..saya mintak maaf yang tulus dari hati kerana saya tak mampu nak jadi sahabat yang baik buat dia, mungkin sebab itu dia tak mahu,lari dan tidak ada disaat saya sangat-sangat memerlukan dia..MAAFKAN AKU WAHAI SAHABATKU..sesungguhnya bagi saya kini pengajaran cukup jelas iaitu JANGANLAH LARI DARI ALLAH, LARILAH KEPADA ALLAH..(kalau nak fill lebih lagi dan memahami apa yang saya maksudkan dengarlah lagu “SAHABAT SEJATI” yang dinyanyikan oleh kumpulan INTEAM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yb..i like your post..betul, kita mestilah mencuba untuk jadi sahabat yang baik walaupun kita tahu kita tak akan dapat memuaskan hati orang-orang yang berada di sekeliling kita...
ReplyDeleteok lah..YB,,happy2 selalu....teruskan postkan something yang lebih banyak lg semoga kita sahabat2 dapat mengambil pengajaran seta iktibar daripadanya...bye..SALAM :-)