Tuesday, March 29, 2011

Saturday, March 26, 2011

Workshop...mana penyelesaian????

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas limpah dan rahmatnya dapatlah kita untuk terus menghirup udara dan melihat keindahan alam yang tersangatlah indah. Maka, kita sedar bahawa betapa hebatnya PENCIPTA alam ini dan bersujudlah kita kepadaNya. Marilah kita sama-sama bertaqwa kepada ALLAH moga-moga ALLAH merahmati kita hendaknya.
Saya baru balik dari Workshop yang saya hadiri mengenai bagaimana nak mengatasi dan menyelesaikan masalah sosial pada hari ini. Jalan penyelesaiannya ada, tapi apakah berkesan atau tidak msih kita tidak tahu, nmacam yang saya katakan sebelum ini, pemikiran kita masih lagi tertumpu dengan cara sosialis barat yang menunjukkan cara bagaimana nak selesaikkan masalah sosial ini. Sepanjang seminggu saya di sana saban hari kita membincangkan dan mencari jalan penyelesaian tetapi tidak berjaya. Jalannya ada tapi masih menimbulkan pemasalahan yang serius. Macam kita nak buat bumbung untuk sesebuah bagunan, kalau kita tak ikut dan amik jalan yang betul cara nak buat maka akan bocorlah bumbung tersebut, begitu jugalah saya nak katakan bahawa sekiranya kita masih memilih jalan yang salah dalam nak menyelesaikan masalah yang meruncing maka kita tak akan dapat apa-apa. Perlbagai deligasi dari perlabagai negara datang, semuanya dengan harapan untuk membawa hasil perbincangan ke negara masing-masing tapi apa yang dapat hanya masa terbuang dan penyelesaian yang tercapai hanyalah cara yang sudah lama ada dan tidak ada langsung keberkesanannya. Saya pun hairan, kenapa dan mengapa????... dari pengamatan saya, semua yang dibincangkan tidak ada rujukkan dan asasnya. Kebanyakkan yang hadir adalah dari negara ISLAM dan beragama ISLAM tapi tidak mahu mengambil ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Ada seorang deligasi dari sebuah negara islam nun jauh di timur tengah memberi soalan kepada speaker pada sesi perbincangan yang mana speaker adalah dari MALAYSIA, soalannya lebih kurang begini " kenapa kita tidak mengambil ISLAM sebagai jalan penyelesaian"...maka jawab speaker itu...agama tidak boleh diletakkan sebagai jalan penyelesaian kerana agama adalah berbeza...siapa speaker itu biarlah rahsia...tapi saya kecewa kerana speaker itu ada suara dan kuasa kenapa dia sendiri tak mahu ISLAM sebagai jalan penyelesaian. tinggalkan speaker itu, balik pada kisah workshop, maka selepas pada itu maka semua perbincangan terarah kepada cara dan pandangan barat dan sosialis dalam menyelesaikan masalah sosial. Saya tak nampak dan tak paham kenapa perlu kita nak ikut sangat barat tu, sedangkan masalah sosial di tempat mereka sendiri pun teruk, sibuk nak bagi cadangan dan cara untuk penyelesaian kepada orang lain. inilah yang dikatakan BODOH...saya teringat kata cikgu saya masa sekolah menengah dulu...bodoh kalau meniru tapi  dua kali bodoh kalau meniru kena tangkap...macam tu lah saya nak andaikan kita meniru dan ambil cara yang mana gagal dalam pelaksanaannya dan orang yang menyuarakan cara itu BODOH...maka kita yang meniru cara itu dua kali BODOH...saya ada membawa perbincangan di kalangan deligasi islam supaya mengambil ISLAM sebagai jalan penyelesaian, apa yang saya harapkan adalah pandangan yang sama dan menyokong tetapi mereka mentah-mentah menolak ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Saya sedih dan terkejut bukan saja menolak bahkan menafikan ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Saya terus mengunci mulut dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Kalau dah orang ISLAM sendiri menolak ISLAM maka, kita sendiri tahu apakah itu...kecelakaanlah jawabnya...Saya tertarik pada satu sesi perbincangan, yang mana deligasi bukan ISLAM menyatakkan pendapat yang mana menyokong dan menyatakan ISLAM adalah jalan penyelesaian. Tapi tidak mendapat sokongan penuh kerana hujahnya di selar oleh orang ISLAM sendiri. bukan seorang dua deligasi bukan ISLAM menyatakan ISLAM adalah jalan penyelesaian tapi ramai. Sayangnya mereka sendiri tidak sedar apa yang mereka hujahkan itu adalah ISLAM. Maka kesedaran itulah yang penting tapi mereka menolak pelaksanaan ISLAM sebagai jalan penyelesaian, maka tak akan adalah cara dan jalan yang dapat menyelesaikan semua masalah sosial ini selain ISLAM.

Monday, March 14, 2011

Welcoming IYC...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menulis lagi pada kali ini. Apakah yang telah kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan dari ALLAH. Marilah kita sama-sama mencari wadah dan berusaha untuk berdakwah dengan cara kita dan dengan apa yang kita mampu dan tak semestinya kita perlu menjadi seorang ustaz untuk kita berdakwah tetapi kita perlulah berdakwah dengan apa yang kita lakukan, contohnya pekerjaan kita, maka kita berdakwah melalui pekerjaan kita dengan menjadi pekerja yang berdedikasi dan sentiasa berdisiplin, kita juga boleh berdakwah melalui cara pemanduan kita di jalan raya yang mana apabila kita sebagai muslim menunjukkan peribadi yang mulia di jalan raya mahupun di mana sahaja maka kita telah menyebarkan keindahan islam itu dengan jayanya dan itulah kita namakan sebagai wadah lain dalam berdakwah. Maka tidak ada lagi alasan kita untuk tidak berdakwah kerana kita bukan ustaz. Maka dari cara itu kita juga dapat mendidik diri kita supaya terus menjadi lebih baik. Jadi marilah kita sama-sama betulkan diri kita dan jadilah seorang muslim yang sentiasa menginsafi diri dan memohon keampunan kepada ALLAH. Insyaallah, minggu ini saya akan ke International Youth Center, Bandar Tun Razak, Cheras untuk menghadiri satu Workshop berkenaan Youth. Workshop ini yang mana akan membincangkan dan mencari jalan penyeklesaian terhadap masalah sosial di kalangan belia dan remaja yang mana sekarang ini semakin meruncing. Bagi saya, selagi kita masih mengikut dan mengambil cara barat dan sosialis dalam menyelesaikan masalah sosial kita tak akan dan tak mungkin dapat menyelesaikan masalah sosial ini. Kalau kita sendiri ingin dan semua kita ingin masalah ini berkurang maka kita kenalah kembali kepada ISLAM yang mana sudah ada cara dan jalan untuk semua permasalahan ini. Kalau kita sendiri sebagai negara ISLAM tidak mahu mengambil ISLAM sebagai cara hidup dan masih mahu mengambil barat dan kafir sebagai rujukan dalam menyelesaikan masalah maka kita tersangatlah bodoh. Bukanlah kita per4lu menolak semua pendapat dari barat, yang mana yang baik dan tidak melanggar syarak untuk kita ambil maka kita bolehlah laksanakan tapi tak perlulah kita nak menolak ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa saya tulis dan saya terangkan, Insyaallah saya menantikan workshop itu nanti, kerana deligasi dari seluruh duni akan menyertainya dan saya akan dapat apakah cara dan jalan yang perlu diambil dan apakah keberkesanannya. Sama-samalah kita nantikan....

Sunday, March 13, 2011

Selamat Pengantin Baru...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Syukur saya kepada ALLAH kerana dengan limpah dan kurnianya, saya telah diberikan kesempatan untuk terus  hidup di atas muka bumi ALLAH ini. Maka sememangnya mesti kita bersyukur pada ALLAH diatas peluang dan nikmat yang dikurniakan kepada kita. Tak kira lah apa pun nikmatnya, semuanya datang dari ALLAH. Seperti bait-bait lagu nyanyian kumpulan rabbani "Mana Milik Kita" yang mana intipatinya cukup untuk menyedarkan kita bahawa apa yang kita ada sebenarnya bukan milik kita tetapi milik ALLAH dan apa yang kita dapat sebenarnya sudah ditetapkan dan kita sebagai hamba hanya mengusahakannya sahaja, jadi seharusnya janganlah kita nak bongkak dan takabbur dengan apa yang kita ada.
Itulah sedikit mukadhimah kali ini, agak lama saya tak menulis dan update blog saya ni...bukan tak mau menulis tapi tak ada kesempatan nak menulis, tapi alhamdulillah hari ini ada kesempatan untuk menulis...kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkkan selamat pengantin baru kepada sahabat saya yang baru melangsungkan perkahwinannya hari ni...seronok bila saya tengok sahabat saya melangsungkan perkahwinannya...saya doakan agar dia dan isteri berbahagia hingga ke akhirnya...