Monday, March 8, 2010

Hari ini 7 March 2010 adalah hari pertama aku di Klinik Kesihatan Pendang. Hari ini jugak la hari pertama aku dispens ubat kat patient. Mula-mula tu ketaq jugak nak dispens ubat tapi bila dah dua tiga patient aku dah ok dah. Kali ni aku bukan nak tulis pasal hari pertama aku kat KK Pendang tapi aku nak sambung pasal kisah aku sebelum ni. Sebelum semua yang baca blog aku ni salah faham. Aku nak bagitau awal-awal bahawa tujuan aku tulis blog ni bukan nak cari publisiti atau nak galmour tapi aku nak bagi statement aku pada mereka yang terlibat dalam kancah masalah ini faham kenapa aku berdiam diri tanpa memberi sebarang kenyataan balas atau hujahan balas diatas segala yang diperkatakan mereka tentang aku. Aku tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan balas tentang hal ini. Aku harap semua orang faham. Kalau meraka yang terlibat nak aku mohon maaf maka sekarang aku MOHON MAAF PADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM KANCAH MASALAH INI. Hanya itu yang termampu oleh aku lakukan. Kalau nak mintak lebih dari itu aku dah tak mampu. Aku bukan malaikat untuk bagi dan penuhi segala macam kehendak semua orang. Kalau mereka atau sapa-sapa nak percayakan atau tak percaya apa yang aku tulis.itu adalah kehendak masing-masing dan aku tak boleh nak paksa. Cukupla dengan apa yang aku lalui dan hadapi. Tolong jangan lagi nak mengungkit semua hal ini lagi sebab bagi aku,aku andaikan semunya telah selesai selepas apa yang telah berlaku sebelum Chinese New Year hari itu. Aku dah tak mahu diganggu oleh perkara ini lagi. Aku serahkan semuanya pada ALLAH untuk menentukan kehidupan aku kelak. Kalau baik maka baik la dan kalau hina maka hina la. Sesungguhnya aku benar-benar yakin dan redha akan segala ketentuan dari ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment