Monday, April 12, 2010

TIDUR LEPAS SOLAT SUBUH , SEMPITKAN REZEKI!!!



Ada hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berbunyi:

نَوْمَةُ الصُّبْحِ تُوْرِثُ الفَقْرِ
Ertinya: “Tidur di waktu pagi itu mewariskan kemiskinan.”

Waktu pagi adalah waktu memulai aktiviti. Ada orang yang mengatakan: “Bila seseorang tidur pagi, rezekinya dipatuk ayam.” Mungkin, itulah makna hadits tersebut.

Di samping itu, kalau tidur di pagi hari (yakni setelah sholat Shubuh sebelum terbitnya matahari), kita tidak akan mendapatkan keberkatan dari doa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang berbunyi:

‏ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهِمْ
Ertinya: “Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku di waktu pagi mereka.”

Jadi, waktu pagi merupakan waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala. Sekarang, kalau kita menjalankan aktiviti pada waktu yang didoakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, waktu yang diberi keberkatan oleh Allah Ta’ala, jelas terkandung makna yang lain. Ini kerana dari kata al-Barakah sendiri, arti bahasanya adalah ziyadatul khair (menambah kebaikan). Jadi yang seharusnya sekian, tetapi kerana mendapat barakah dari Allah Ta’ala, maka akan menjadi berlipat ganda.

Demikian petikan dari buku Rahsia Keutamaan Sholat Shubuh oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله.

Di dalam kitab Risalah Mu’awanah, al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه juga ada menyebut: Berwaspadalah, jangan engkau tidur setelah sholat Shubuh, kerana sesungguhnya, ianya menghalang rezeki

Tuesday, April 6, 2010

CARA BELAJAR AGAMA YANG BETUL HINGGA MAMPU BERDAKWAH?

Assalamualaikum....
Belajar agama yang betul menurut pesanan guru saya yang mulia TN GURU HAJI SALLEH MUSA , mestilah kita mengikut adab dan syarat berkat . Dalam sistem pengajian pondok syarat dan adab berkat ilmu perlu dipatuhi untuk menjadi sabab mendapat keberkatan ilmu . Berkat ilmu dalam erti kata kita dapat menghayati ilmu yang kita pelajari , merasa manis bila diamalkan dalam kehidupan yang besyariat !.
Andai ilmu itu tiada keberkatan maka sia2 sahaja ilmu yang kita pelajari , tidak beri perubahan pada diri , keluarga, masyarakat , negara dan tidak dapat kita sumbangkan jasa untuk agama bahkan akan menjadi fithnah kembali pada diri penuntut itu .


Maka andai kita ingin mendapat ilmu agama dan ingin merasai kemanisannya kita kena berusah . Diantaranya niat kita kerana ALLAH dan nak amalkan apa yang hendak dipelajari . Jangan sekali2 kita niat kerana hanya ingin tahu , ingin mengkaji atau ingin mendapat habuan dunai dari ilmu yang kita pelajari . Demi ALLAH andai kita salah niat maka kita tidak akan dapat hasilan ilmu tadi .


Selain itu kita mesti mendahului ILMU FARDHU AIN TERLEBIH DAHULU SEPERTI TAUHID , FEKAH , TASAUF MESTI DIDALAMI TERLEBIH DAHULU . Kerana ianya kewajiban . Selain itu kita mendalami ilmu berkaitan ilmu agama seperti TAFSIR, HADITH , USUL TAFSIR , ULAM HADITH , NAHU , SARAF , MANTIQ , BAYAN , MAANI , BALARAH , FARAID, ARUD , KHAT , THIB DAN LAIN2 .
PERLU DINGAT MESTI SELESAI FARDHU AIN TERLEBIH DAHULU !!!
Ramai orang zaman sekarang belajar agama seolah2 tidak belajar dan dalami agama kerana ILMU TAUHID mereka tidak mantap hingga membawa iman mereka tidak mantap . Apabila iman tidak mantap mereka kurang Keyakinan dan akan terpengaruh dengan dunia . Maka mereka memilih dunia semata2 dunia tanpa memberi sumbangan buat agama dan dakwah!!! Ini hakikat sekarang !.
Selain itu jika mereka tidak mendalami sungguh ilmu fardhu ain dalam bidang fekah maka mereka atau kita tidak dapat merasai kemanisan bersyariat dalam kehidupan kita .
Andai tidak mendalami secara bersungguh ilmu TASAUF maka kita akan makin teruk , makin mendalami agama makin teruk kerana hati kotor , keras maka tidak dapat menghayati ilmu yang dipelajari .
Yakinlah andai tidak mengikuti dan menghayati hal ini , ilmu yang kita pelajari sia2 dan kehidupan kita sama seperti orang kebiasaan yang tidak mempelajari agama .


Selain itu perlu mematuhi adab2 menuntut ilmu diantaranya menghormati guru , kitab , rakan dan lain2 .


Disamping doa yang perlu kita amalkan . Munajat kepada ALLAH mudahan kita semangat belajar , diberi kekuatan dalam menuntu ilmu , dijauhi fithnah menuntut ilmu , dilembutkan hati mudahan ilmu dipelajari tetap dalam hati untuk dihayati dan dapat diamalkan .


RAMAI ORANG SEKARANG SEKARANG BELAJAR HANYA INGIN MENGKAJI DAN INGIN TAHU , maka andai bersikap begini yakilah tidak akan berjaya . MATLAMAT KITA MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH , NAK AMALKAN , NAK MENJAGA AGAMA ALLAH .


JIKA kita pelajari ilmu tauhid , andai kita nak mantapkan ilmu Tauhid kita maka kita perlu mendalami ilmu makulat dan mantiq .
Andai kiat hendak dalami kitab2 arab maka kita kena dahului ilmu NAHU , SORAF ini yang paling asa dan ilmu tambahan lain seperti yang dinyata diatas tadi.


APABILA DAH DALAMI AGAMA , DAN MENGUASAINAY MAKA KITA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU YANG KITA MILIKI .PERLU KITA BERSA TNNGGUNGJAWAB KEPADA PERKARA INI . SEKURANG2 MENEGUR YANG TIDAK BETOL .


Teringat saya pesanan guru saya ALLAHYARHAM TN GURU HJ HUSSEIN DALA AL FATHANI ,
beliau berkata nak tertegak agama RASULULLAH SAW bentukan beberapa golongan yang bertanggungjawab diantaranya
MENGAJAR
BELAJAR
IBADAH
AKHLAK
KHIDMAT
DAKWAH


Maka kesemui ini perlu kita satukan demi menegakan kehidupan bersyariat sebagai seorang hamba ALLAH. Mahu tidak mahu , suka tidak suka ini tanggungjawab mesti kita usha , andai tidak, KITA AKAN DIPERSOAL DI HADAPAN RABUL JALIL !!!
Masih ada masa marilah kita fikir , kita berubah dan kita bentuk semula kehidupan kita sebagai pelajar agama .
dipetik dari pondok tauhid.