Sunday, April 3, 2011

Remaja...semakin jauh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menulis di blog saya ni. Hari ini kita masih lagi diberi keizinan oleh ALLAH untuk terus menghirup udara yang nyaman ini dan meneruskan kehidupan kita. Sesungguhnya marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita hambanya. Dan sebagai hamba, maka seharusnyalah kita melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Jangan hanya kita mengakui yang kita ini hamba ALLAH S.W.T tetapi dalam masa yang sama kita menolak ISLAM dalam keadaan kita tidak sedar dan yang paling nyata adalah kita tidak menjalankan dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T bahkan kita melakukan apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T kepada kita. Remaja hari ini semakin jauh dan semakin bijak dalam semua bidang sehinggakan apa yang tak pernah dibuat oeang pun dibuatnya. Saban hari kita mendengar dan membaca tentang kisah-kisah remaja dan belia hari ini. Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam, malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman :

“Janganlah kamu mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)

Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad “Wahai pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah          (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-Qardhawi: 2/549 no 1095). Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa. Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”. Faktor Berlaku Seks Bebas, Antara punca-punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Selain itu, dorongan dalaman dalam jiwa seseorang juga merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak ini. Bagi seorang remaja yang normal, dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks. Berdasarkan Berita Harian, laman web lucah yang mudah dilayari turut menyebabkan pergaulan seks bebas meluas di hari ini. Kadar laman web lucah yang serendah 15 sen sehari ini menggalakkan ramai remaja terjerumus dalam dunia lucah yang kemudian hari menyebabkan peningkatan seks bebas. Menurut Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia, daripada 25 laman web lucah yang terkemuka, hanya 2 yang dapat disekat. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa pencipta web laman lucah ini semakin berleluasa. Kesan Seks Bebas, Antaranya komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit- penyakit ini ialah:
·         mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy, barah kemandulan, sakit jantunginfeksi dan sakit puan dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengidap  penyakit radang paru-paruterencat akalganguan sistem saraf dan sakit mata. Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam masyarakat.