Assalamualikum dan Salam Sejahtera... "~Make CHANGE for our FUTURE~ :-)asif jiddan ala kulli hal~"
Sunday, March 7, 2010
Apakah yang terjadi...satu penjelasan
Assalamualaikum dan salam sajahtera...saya ingin menyatakan kekesalan yang teramat sangat diatas apa yang telah berlaku sebelum ini. Saya juga dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas semua yang berlaku. Pada saat dan ketika ini saya hanya mampu berdoa dan memohon pada ALLAH agar diampunkan segala apa yang telah saya lakukan. Apa yang berlaku ini adalah sebagai pengajaran buat saya.Saya yakin bahawa apa yang terjadi ini adalah ditentukan oleh ALLAH, sesungguhnya "apa yang ditentukan, itu yang akan terjadi".Saya juga sedar apa yang berlaku ini telah banyak melukakan banyak pihak. Saya redha dengan semua yang berlaku. Saya masih lagi YB yang sama. Bagi saya, saya merasakan dan yakin bahawa apa yang berlaku ini adalah kifarah pada dosa-dosa saya yang dulunya saya tidak sedar dan sedar telah buat. Pada saat dan ketika saya berada dalam dilema ini, saya hampir putus asa dengan apa yang terjadi, sehingga saya fikirkan bahawa ALLAH sudah tidak mahu memberi pengampunan dan membantu saya. Saya hampir terkeluar dari cara-cara hidup islam yang sebenar. Pada saat dan ketika saya berda dalam keaadaan yang goyang begitu, saya kecewa, saya sedih dan benci yang teramat sangat terhadap diri saya..saya juga telah mengambil ubat kerana nak tido selama beberapa hari untuk menenangkan diri.. Tapi saya rasa bersyukur yang teramat sangat kerana saya diberi satu peluang untuk berubah.. ia seolah-olah satu keajaiban yang berlaku pada diri saya..ketika saya sedang kecewa dengan diri sendiri, semua sahabat saya pergi meninggalkan saya,saya tak punya siapa-siapa lagi dalam hidup ini..melainkan keluarga saya..tetapi saya tak dapat untuk kongsikan semua ni dengan keluarga saya kerana itu adalah prinsip hidup saya..maka saya menagis dan hampir hilang arah..ketika saya bawak kereta..saya on radio..saya mainkan cd yang ada dalam kereta saya..sesungguhnya saya tak tahu menahu tentang lagu-lagu yang ada dalam cd tersebut..bila saya buka cd tu bergema satu lagu yang telah merentap hati dan jiwa saya..yang memberikan satu sinar keinsafan pada diri saya..saya menangis yang teresak-esak kerana saya telah terlalu jauh dari ALLAH dalam saya menyelesaikan semua masalah yang timbul ini..sesungguhnya saya menyesal dengan semua tindakan saya..saya kembali menatap al-quran,kembali membuka kitab-kitab dan memohon ampun pada ALLAH akan segala kesilapan saya. Selepas dari itu saya yakin bahawa ALLAH itu maha pengampun dan penyayang..saya juga yakin ALLAH adalah sebaik-baik penolong..selepas dari itu saya merasa ketenangan dan semakin stabil dan mampu untuk menguruskan semua hal dengan baik..saya tidak lagi memikirkan tentang sahabat-sahabat yang saya sayangi lagi kerana cukup sekadar saya menyayangi mereka dan mendoakan mereka agar bahagia..maka itu lebih baik bagi saya..pada saat itu maka saya dengan sepenuh hati menyerahkan semuanya pada ALLAH..pada DIAlah tempat saya mengadu kasih,masalah,rindu pada sahabat-sahabat,memohon pertolongan,bantuan,kegembiraan dan segalanya...saya rasa cukup dengan saya meletakkan kecintaan saya pada ALLAH untuk mendapat kerahmatan dan ketenangan dalam kehidupan ini. Saya cukup yakin bahawa yang menghinakan dan memuliakan seseorang itu hanyalah ALLAH sahaja..saya terima apa yang ditentukan oleh ALLAH kepada saya..biarlah apa pun kata orang pada saya..saya terima..saya juga tidak menyimpan dalam hati pada semua mereka yang menghina saya,mengutuk dan mengeji saya kerana hanya ALLAH lebih mengetahui...saya juga dengan iklas hati memaafkan mereka jika mereka bersalah dangan saya..dan saya juga dengan rendah diri mohon maaf pada semua diatas apa yang berlaku selama ini...apa yang terjadi,apakah kebenaran dan mengapa biarlah ia menjadi rahsia saya dan hanyalah ALLAH lebih mengetahui..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment