Thursday, August 19, 2010

Syukur...

Alhamdulillah...saya panjatkan rasa kesyukuran kepada ALLAH di atas limpah dan kurnianya dapat diberi kesempatan kepada saya menulis. Hari ni saya rasa sangat tenang dan tenteram mungkin disebabkan bulan ramadhan yang mulia ni. Saya terpanggil untuk menyeru dan mengajak sahabat-sahabiah,kawan-kawan untuk memperbanyakkan amal ibadat pada bulan yang penuh keberkatan ni. Jangan pulak sahahabat-sahabiah, kawan-kawan anggap yang saya ni nak ajaq sahabat-sahabiah dan kawan-kawan, niat saya bukan macam tu, saya cuma nak kongsi sahaja apa yang saya ada dan apa yang saya tahu. Saya sangat mengharapkan agar kita semua menghargai dan menghayati bulan ramadhan ini kerana bagi saya bulan ini adalah satu bulan yang paling rahmat dan banyak manfaatnya. Kita tak seharusnya mensia-siakan apa yang diberi oleh ALLAH kepada kita. Saya ada mendengar dari seorang guru saya tapi saya tak jelas sama ada ia adalah hadis,petikan ayat al-quran atau kata-kata ulama kerana pada awalnya saya kurang ambil perhatian tetapi apabila disampaikan barulah saya beri perhatian. Ianya lebih kurang macam ni lah, bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sepuluh malam pertama adalah malam rahmat dan berkatm sepuluh malam kedua adalah malam pengampunan dan sepuluh malam yang ketiga adalah malam lailatuqadar. Jadi saya merasakan ini adalah satu peluang kepada semua umat manusia yang beragama islam untuk bersama-sama bermunajat dan memohon keampunan pada ALLAH. Saya boleh andaikan macam bulan ramadhan ni adalah bulan yang mana ada diskaun diberi kerana pada bulan inilah masa yang mujarab doanya. Jadi kenapa kita perlu nak lepaskan peluang yang telah diberi depan mata kita. Kerana kita setiap manusia melakukan kesalahan dan tak kiralah kesalahan tu besaq atau tidak yang penting kita telah melakukan dosa. Apakah kita yakin yang kita tidak pernah melakukan dosa. Bukanlah saya nak katakan yang kita ni mesti buat dosa dulu baru boleh nak minta ampun. Tidak semestinya begitu, kita sebagai hambanya harus sentiasa memohon keampunan kita kepada ALLAH tak kira apapun. Kita kena bersyukur dengan semua nikmat yang telah ALLAH bagi pada kita. Kita kena minta ampun diatas kesalahan kita yang mana tidak bersyukur dengan nukmat yang ALLAH bagi pada kita. Ingatlah kita ni adalah hambaNYA, jangan kita nak sombong dan bongkak pada pencipta kita yakni ALLAH S.W.T. Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil peluang yang telah diberikan kepada kita. Kita gunalah dan manfaatkanlah sebaik yang mungkin. Insyaallah, semoga ALLAH merahmati kita. Marilah kita bersama-sama....Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

Friday, August 13, 2010

Solat Sunat Terawih...satu ibadah...

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang(Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah
juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara
sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

2. Hukum Sembahyang Sunat Tarawih

a)      Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Rama dan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
b)      Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

3. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih

Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

4. Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:

i.                    Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii.                  Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii.                Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv.                 Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki

Demikianlah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya tuliskan, semoga ia sedikit sebanyak dapat  memudahkan kita menunaikan sembahyang sunat tarawih dan sunat witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadan yang mulia ini dan terpulanglah kepada masing-masing individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri. Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca manamana surah atau ayat yang diingatnya. Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.Apa yang kita mahu ialah penyertaan yang seramai-ramainya dari segenap lapisan masyarakat Islam dalam menunaikan sembahyang sunat tarawih dan witir. Kita berharap mudah-mudahan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini akan lebih memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
dipetik dari panduan solat terawih JAKIM dan diedit semula oleh ~aKuLah YB~

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan...dAtaNG LaGi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...





Alhamdulillah, syukur pada ALLAh di atas rahmat dan kurnianya dapat lagi saya menulis dan mengupdate blog saya.   Saya rasa agak lama saya tak update dan tulis apa-apa dalam blog saya ni, bukan tak mau tulis tapi masa x mengizinkan. 

Dalam beberapa hari lagi semua umat Islam di dunia ini akan menyambut kedatangan Ramdhan iaitu bulan yang penuh padanya dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Insyaallah, saya harapkan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Umat islam diperintahkan untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang mana menjadi rukun islam yang kelima. Maka yakinlah kita bahawa dengan adanya perintah ini, sudah pasti adanya kelebihan dan keistimewaannya berpuasa di bulan Ramadhan sepertimana Firmana Allah Taala bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
(Surah al-Baqarah: ayat 183).
Saya merasakan bahawa betapa beruntungnya saya dan semua pembaca diatas nikmat dan kurnia yang ALLAH berikan kepada kita yang mana kita masih lagi sempat dan mampu untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan penuh iklas. Jadi wajarlah kalau saya katakan dan soalkan, berapa ramaikah daripada kalangan kita yang tidak tercapai hasratnya untuk merasai kemanisan dan kelazatan berada di bulan Ramadhan ini kerana telah dijemput menghadap Allah Taala terlebih dahulu? Berapa ramaikah yang masih mengharapkan tarbiah dan kelebihan dari Ramadhan untuk persiapan dirinya ketika mendapat Allah Taala akan tetapi ajalnya datang terlebih dahulu? Maka sesungguhnya beruntunglah kita kerana kita masih lagi sempat untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. sesungguhnya, di atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada kita, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak kelebihan dan keistimewaan bulan ramadhan. Semoga apa yang ditulis dapat kita sama-sama amalkan untuk mendapat keredhaan ALLAH Taala. 

ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN
Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
"185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."


(Surah al-Baqarah: ayat 185).
Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).
ANTARA PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)
Peperangan Badar al-Kubra.
Pererangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.
Pembukaan Makkah.
Berlaku pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
Peperangan al-Qadisiyah.
Berlaku pada tahun 14 Hijrah.
Pembukaan Andalusia.
Berlaku pada tahun 92 Hijrah.
Peperangan Hittin.
Berlaku pada tahun 583 Hijrah.
Kekalahan Tentera Tartar.
Berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Kekalahan Israel.
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Syaitan merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah Yasin: ayat 60 dan 61).
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan sedangjan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: ayat 268).
Di antara peranan syaitan ke atas anak Adam ialah:
01. Berusaha mengkufurkan orang mukmin.
02. Bersifat gopoh.
03. Mengikut hawa nafsu.
04. Hasad dengki.
05. Takabbur.
06. Menghapuskan rasa takut dan ingatan manusia kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugikan.
(Surah al-Mujaadilah: ayat 19).
Di kesempatan Ramadhan kali sama-samalah kita menjauhi segala apa yang telah dilarang oleh Allah Taala dan mentaati segala apa yang diperintahkan olehNya. Semoga segala sifat-sifat dan ajakan syaitan tidak dapat menumbusi diri kita kerana syaitan telahpun dirantai sepanjang Ramadhan. Janganlah pula hawa nasfu diri turut menguasi diri tatkala mana syaitan tiada di sisi.
BEBERAPA PERINGATAN DAN NASIHAT SEPANJANG RAMADHAN
01. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah Taala.
02. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri.
03. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram kerana Allah Taala menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram.
04. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang.
05. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya.
06. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak.
Semoga apa yang ditulis dan dikongsi ini dapatlah kita sama-sama renung kembali akan diri kita. Janganlah kita mensia-siakan peluang dan jalan yang ALLAH berikan kepada kita. Saya mengharapkan kita sama-sama cuba dan kalau boleh mesti berusaha untuk mendapatkan keredhaan ALLAH pada bulan yang penuh ibadah. 


dipetik dari diedit oleh ~aKuLah YB~