Thursday, February 17, 2011

Salam Maulidur Rasul...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menulis di blog saya ni. Hari ini kita masih lagi diberi keizinan oleh ALLAH untuk terus menghirup udara yang nyaman ini dan meneruskan kehidupan kita. Sesungguhnya marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita hambanya. Dan sebagai hamba, maka seharusnyalah kita melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Jangan hanya kita mengakui yang kita ini hamba ALLAH S.W.T tetapi dalam masa yang sama kita menolak ISLAM dalam keadaan kita tidak sedar dan yang paling nyata adalah kita tidak menjalankan dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T bahkan kita melakukan apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T kepada kita. Seperti tulisan saya yang lalu, kebanyakan kita hari ini hanya ISLAM apabila nak kahwin, hari Raya dan mati sahaja yang lain kita bebas dan boleh lakukan mengikut kehendak hawa nafsu kita. Bodohnya mereka yang berfikiran begitu, ini kerana mereka terlalu mengikut barat dan mengambil budaya barat sebagai cara hidup. Apa lah nak jadi????mereka terus bodoh dan berada dalam kesesatan dan dalam masa yang sama mengajak orang lain untuk terus berada dengan mereka. Inilah yang dikatakan dunia akhir zaman. Bermacam-macam yang berlaku dalam dunia hari ini yang mana menunjukkan tanda-tanda awal kiamat. Tak perlulah kita pergi jauh untuk lihat dunia, cukuplah kalau kita tengok Negara kita yang tercinta MALAYSIA…kita tengok dan fikirkanlah…
Pada bulan ini kita menyambut Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Sesunguhnya memperingati Rasulullah s.a.w adalah satu ibadah. Bukanlah kita hanya perlu ingat pada Rasulullah s.a.w. pada bulan ini sahaja bahkan pada setiap saat dan ketika kita harus ingat pada Rasulullah s.a.w. Sebagai umat ISLAM, kita harus meletakkan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w lebih dari cinta kita pada diri kita sendiri, pupuklah diri kita agar mencintai Rasulullah s.a.w lebih dari cinta kita pada yang lain-lainnya. Maka sempena dengan Maulidur Rasul ini saya selitkan sedikit sebanyak sirah Rasulullah s.a.w. yang dapat saya cari dan tuliskan, semoga ia berguna untuk kita semua…insyaallah..
Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh ALLAH yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekkah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad s.a.w merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan di Mekah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun Gajah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail a.s, anak kepada Nabi Ibrahim a.s kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad s.a.w percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para ibu tunggal dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya berikan dan kongsikan. Sebenarnya banyak lagi kisah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w untuk kita dan saya kongsikan yang mana semuanya dapat kita ambil sebagai pedoman hidup kita. Insyaallah…SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL…

Tuesday, February 15, 2011

kerja...ikhlaskah kita???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya diberi keizinan kepada saya untuk terus menulis dan diberi keizinan kepada kita untuk terus hidup dan menghirup udara yang nyaman ini. Sesungguhnya kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan dan diberikan kepada kita. Janganlah kita menjadi seorang hamba yang tidak bersyukur. Baru sebulan kita berada ditahun baru 2011 ini dah berlaku bermacam-macam sepanjang bulan januari dan pertengahan februari ini. Sedar atau tidak sedar semuanya berpunca dari diri kita sendiri. Justeru itu, suka untuk saya mengingati diri saya dan juga diri tuan/puan pembaca sekalian supaya marilah kita sama-sama mempertingkatkan lagi segala amalan kita supaya supaya kita terselamat dari seksa Api Neraka Jahanam kerana di akhir zaman ini bermacam dan pelbagai dugaan yang amat dasyat berlaku. Ada satu hadis Rasulullah yang bermaksud “Daripada Abu Nijih ‘Irbadh r.a berkata, “telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.’ Lalu baginda pun bersabda, “ Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat(kepada Pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahyiddin ( khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pemimpin ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap nid’ah itu adalah sesa.” Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Renung-renungkanlah…
Hhhmmm…bulan ni merupakan bulan yang terakhir saya duduk saja dirumah. Selepas berkursus yang panjang maka saya sudah pun menerima surat penempatan saya. Alhamdulillah penempatan saya adalah negeri kelahiran saya sendiri. Tak dapat nak dibayangkan betapa seronoknya saya bila terima surat tersebut. Bila dah buka surat dan baca isi kandunganya memang la rasa sangat gembira. Rasa syukur sangat kerana saya dapat di kedah. Tak dapat saya bayangkan sekiranya saya ditempatkan di luar negeri kedah tapi itulah yang dikatakan rezeki. Apa pun saya sangat bersyukur kepada ALLAH diatas rahmat dan nikmat yang dikurniakanNya. Persiapan pun dah saya lakukan Cuma nak tunggu masa lapor diri sahaja. Siang malam tidur tak lena kerana memikirkan hari pertama nak lapor diri bekerja. Akhirnya sampailah tarikh yang dituggu-tunggu iaitu 14 Februari 2011, tarikh lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Lepas lapor diri di JKN Kedah maka saya terus ke tempat kerja saya iaitu daerah Kulim. Maka bermulalah hari- hari saya sebagai seorang penjawat awam yang berdedikasi terhadap tugasnya. Insyaallah…bukannya apa, saya mengharapkan dan sentiasa berdoa agar semua tugas dan kerja yang saya lakukan adalah ibadah. Insyaallah, sekiranya begitu saya akan menjadi lebih tenang dan seronok dalam bekerja. Sesungguhnya apabila kita niatkan dan memohon kepada ALLAH supaya pekerjaan kita sebagai ibadah dan kita bekerja dengan ikhlas kerana ALLAH maka kita akan rasakan ketenangan dalam bekerja dan semua orang yang berurusan dengan kita akan merasakan ketenangan dan seronok berurusan dengan kita. Begitulah hendaknya bagi setiap umat ISLAM. Apabila kita ikhlas kerana ALLAH dalam kita bekerja maka kerja kita kan menjadi mudah dan kita akan mendapat ketenangan dalam kita bekerja. Seharusnya kita sentiasa memberikan senyuman kepada semua pelanggan kita supaya mereka merasakan diri mereka dihargai dan dihormati. Kita juga tidak akan tertekan dengan kerja dan pelanggan kita yang ramai dan bermacam ragam. Dalam kita bekerja, kita memerlukan ketenangan dan keseronokkan dalam bekerja tapi apabila kita tidak dapat keseronokkan dalam bekerja, kita selalu menjadikan pelnggan kita sebagai mangsa dan melayan mereka ala kadar sahaja. Maka seharusnya kita buka kembali dan tengok diri kita apakah yang menjadi masalah kita dan kita akan dapati bahawa diri kita sendiri adalah puncanya kerana apa???kerana kita tidak ikhlas dalam bekerja. Sesungguhnya apabila kita ikhlas kerana ALLAH dalam melakukan tugasan harian kita maka kita akan dapati betapa seronoknya kita bekerja dan semua orang akan dapat nikmat dan rahmat atas keikhlasan kita bekerja. Insyaallah…marilah kita sama-sama membaiki diri kita dan menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam apa yang kita laksanakan…INSYAALLAH…

Wednesday, February 2, 2011

Bagaimana Membentuk Akhlak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas limpah dan kurnianya kerana pada hari ini kita masih lagi diberi akan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan menghirup udara yang nyaman. Semoga dengan peluang yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita ini kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk kita mencari keredhaan ALLAH dan mendapat rahmat dan kasih saying ALLAH kepada kita. Sesungguhnya pada masa kini semakin banyak cabaran dan dugaan yang ada dalam kita mencari rahmat dan keredhaan ALLAH. Perkara yang paling utama harus kita tangani adalah akhlak kita yang mana akan memacu kita untuk berda di jalan yang diredhai oleh ALLAH. sesungguhnya dengan pembentukan akhlak kita maka kita akan dapat menempuh dan mengharungi segala macam cabaran dan dugaan yang ada pada masa kini, tapi persoalannya bagaimanakah kita nak membentuk akhlak yang baik. Saya bukanlah sehebat mana untuk memperkatakan tentang pembentukan akhlak diri tapi apa yang saya tulis adalah dari hasil pembacaan saya dan sedikit kajian yang saya buat terhadap masalah social yang berlaku pada masa kini. Kalau kita lihat dan amati sebaik mungkin maka kita akan dapat melihat bahawa masalh social semakin teruk dan meruncing dalam Negara kita. Pada pengamatan saya tidak ada satu pun usaha yang benar-benar dilakukan oleh kerajaan dan NGO yang berkenaan untuk menghapuskan masalah social ini bahkan semakin menggalakkan lagi masalah social terus berlaku. Saya tidak nafikan bahawa pihak kerajaan dan NGO yang berkaitan melakukan banyak kempen tapi apa yang saya tengok kempen itu hanyalah kempen “hangat-hangat tahi ayam” dan menghabiskan duit rakyat sahaja. Mana taknya setipa kali dibuat kempen habis beratus ribu duit dibelanjakan tapi hasilnya apa pun tak ada. Maka bagi saya eloklah kita sama-sama duduk dan berfikir apakah yang perlu kita lakukan dan buat. Maka pada saat itu baru kita akan Nampak dan terfikir bahawa kita perlu kembali ke jalan yang sebenar yang mana telah diberikan jalan dan petunjuk dalam menangani perihal ini. Bagi saya kita harus mengambil dan kembali kepada ISLAM dalam menyelesaikan semua masalah ini. ISLAM adalah untuk semua dan bukan untuk orang melayu sahaja. Kita kena yakin bahawa ISLAM adalah adil untuk semua dan tidak akan ada walau seorang yang akan tertindas dengan ISLAM bahkan ISLAM sentiasa menganjurkan umatnya agar berlaku adil pada semua. Maka pada hari ini seluruh dunia telah memperakui ISLAM adalah jalan penyelesaian. Maka kita yang menggelarkan Negara kita adalah Negara ISLAM maka seharusnya dan semestinya kita mengambil ISLAM sebagai panduan dalam hidup kita baik dari segi pemerintahan, pentadbiran, ekonomi, sukan, politik, social dan segalanya. Janganlah kita hanya melaungkan yang kita Negara ISLAM dan orang ISLAM tetapi kita menolak dan tidak mahu mengikut apa yang ALLAH perintahkan kepada kita. Inilah jalan yang terbaik yang mana dapat mengurangkan masalah social dan segala permasalahan yang wujud dalam Negara kita ini. marilah kita sama-sama mengorak langkah dan lakukan perubahan demi masa depan kita dan Negara. Seperti mana Rasulullah S.A.W bersabda: “Islamlah, nanti anda selamat”. Maka apakah kita tidak yakin dan mempercayai apa yang Rasulullah S.A.W sabdakan. Jadi marilah kita sama-sama mengorak langkah dan lakukan perubahan. Pembentukan akhlak adalah permulaan kita marilah kita membentuk akhlak kita mulanya dan semua kaum keluarga kita, sahabat, kawan, dan masyarakat kita. Persolannya Bagaimana membentuk akhlak????. Maka marilah kita sama – sama membincangkan persoalan ini. Selalunya akan timbul di benak fikiran kita apakah akhlak baik itu bersifat tabii(berdasarkan keturunan) atau sesuatu yang boleh diusahakan?. Jawapannya kedua-dua nya sekali. Namun, akhlak yang dibentuk atas usaha itu adalah lebih utama iaitu lebih dominan, Jadi kerana itulah Rasulullah S.A.W diutuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sekiranya akhlak baik hanya boleh diwariskan, dimana letaknya justifikasi ISLAM diutuskan untuk difahami, dihayati , diamalkan dan diperjuangkan dalam diri masyarkat dan ummah??? Apa itu akhlak??? Mari kita lihat dan memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan akhlak. Dari segi bahasa ia berasal daripada “khulq” yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Manakala dari segi maksudnya, Imam al-Ghazali menyatakan: “ Akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripada nya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.” Apa yang dikata oleh Imam al-Ghazali itu selaras dengan Ibn Maskawih yang menjelaskan, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”  Maksudnya apabila seseorang itu dengan mudah melakukan kebaikan yakni secara automatic, spontan dan konsisten, maka barulah dikira berakhlak. Sekiranya kebaikkan itu hanya dilahirkan setelah difikir-fikirkan terlebih dahulu, itu belum dikatakan akhlak. Misalnya apabila kita melihat orang berada dalam kesusahan meminta pertolongan daripada kita, dan kita berfikir terlebih dahulu sama ada mahu menolongnya atau tidak. Setelah beberapa ketika mempertimbangkan barulah kita kita memutuskan logic, patut dan boleh menolongnya, maka kita pun menghulurkkan bantuan. Ini belum dikira berakhlak. Akhlak ialah kebaikkan yang datang daripada hati bukan untuk “ambil hati”. Ia sudah melepasi proses mujahadah. Oleh sebab itu, tidak ada kesukaran lagi untuk melakukanya. Yang payah jadi mudah kerana perlakuan baik itu sudah sebati dan serasi dengan diri. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya bermaksud: “dan seorang lelaki yang bersedekah lalu ia menyembunyikan nya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya.”. (Riwayat Al-Bukhari) maksudnya, akhlak itu bebas daripada sebarang unsur lakonan, riyak munafik dan berpura-pura. Akhlak tidak boleh disamakan dengan moral dan etika kerana prinsip syariat bukan semata-mata akal. Maksudnya, piawaian akhlak itu berdasarkan prinsip wahyu dan hadis yang sifatnya mutlak dan kekal sepanjang masa. Sebaliknya, prinsip moral dan etika yang bersandarkan pemikiran, falsafah, budaya atau adat boleh berubah-ubah mengikut situasi, kondisi dan peredaran zaman. Apakah kaedah ISLAM membentuk akhlak penganutnya?. Kaedah ini dinamakan acuan ALLAH. Firman ALLAH yang bermaksud: " Acuan ALLAH dan siapakah yang terbaik acuanya selain ALLAH?" (surah al-Baqarah 2:138). Kaedah ini diperjelakan lagi oleh sebuah hadis yang dikenali sebagai :hadis Jibrail" - yang memuatkan dialog malaikat Jibrail dengan Rasulullah S.A.W. ketika menerangkan tentang iman, islam dan ihsan. Berikut adalah tiga tahap proses pembentukan akhlak iaitu Rukun Iman sebagai input, Rukun Islam sebagai proses dan Ihsan sebagai Output. Marilah kita sama-sama muhasabah diri...(dipetik dr Majalah SOLUSI: Bagaimana Membentuk Akhlak)