Monday, March 8, 2010

Selepas apa yang terjadi dalam hidup aku selama beberapa bulan ini. Sekarang barulah aku sedar akan langit tinggi rendah. Aku sedar bahawa harga sebuah persahabatn itu amat tinggi dan susah untuk kita cari dimana sahabat yang sejati. Apakah benar segala yang kita laungkan selama ini sebagai sahabat. Aku tak tau sama ada masih wujud atau tidak erti sahabat sejati. Aku dapat lihat disekeliling aku ada yang sahabatnya begitu hebat sekali. Kemana sahaja dia pergi dia akan ingat pada sahabatnya. Kalau boleh dia nak bawak sahabat dia pergi bersama. Bagi aku pengalaman ini amat hebat. Mungkin ALLAH telah mentakdirkan aku untuk jadi begini dan nak tengok apakah aku benar-benar bersahabat dan mempunyai sahabat sejati. Alangkah sedih dan pilu hati aku ini akan segala hal yang berlaku. Aku sedar bahawa sahabat yang aku lauangkan selama ini hanyalah sekadar perkataan dan tiada lagi erti lain. Aku silap dalam memahami erti sahabat bagi mereka. Aku bukan nak kata mereka tak baik. Bagi aku mereka adalah sahabat aku sampai mati dan sehingga apa pun yang terjadi aku akan sematkan mereka di hati nurani aku. Aku mohon maaf kalau apa yang aku tulis ni menyinggung hati dan perasaan mereka yang membaca. Tapi apakah aku ni terlalu hina dimata mereka. Aku tertanya-tanya mana mereka disaat aku sangat memerlukan mereka. Aku tak mintak pun duit ringgit mereka tapi aku hanya perlukan mereka bersama aku pada saat aku hampir jatuh tersungkur. Aku sedih sebab pada saat ini barulah aku sedar bahawa selama ini aku tak punya sapa-sapa. Aku tak ada sahabat yang aku anggap sahabat sejati selama ini. Aku kecewa,kesal dan sedih bukan dengan mereka yang akau anggap sebagai sahabat tapi pada diri aku sendiri kerana aku terlalu bodoh dan daif mengharapkan dan menganggap mereka sebagai sahabat sejati tapi mereka tidak sama sekali. Mungkin sebab pengharapan aku yang terlalu tinggi terhadap mereka yang menyebabkan aku kecewa yang teramat sangat. Pada saat aku jatuh tersungkur dan tak mampu untuk bagun sendiri yang pada saat dan ketika aku memerlukan mereka. Tidak ada siapa yang datang..aku tak kisah kalau depa nak sms atau call..sekurang-kurangnya mereka tanya aku macam mana keadaan aku..tapi pada saat yang begitu teruk pun mereka tidak ada dengan aku. Baru aku sedar siapa aku di mata dan hati mereka. Aku bersyukur pada saat yang begitu teruk aku mendapat satu sms yang cukup hebat yang memberi sedikit semangat pada aku yang sekurang-kurangnya dia tahu yang aku dilanda musibah. Aku berterima kasih pada dia kerana memberi semangat pada aku. Aku rasa sangat terharu dengan apa yang telah dia berikan. Sipakah dia itu dia sendiri ja yang tahu dan faham. Selepas apa yang terjadi aku rasa kecewa dan sedih dengan semua mereka. Sekarang ni aku dah tak kisah sama ada mereka nak cari aku atau nak buat apa pun. Itu hak mereka. Kalau mereka nak tinggalkan aku sekali pun aku dah tak mau fikir lagi sebab aku dah lama mengharap tapi sepanjang pengharapan itu aku kecewa. Betul kata pepatah melayu “Kawan Gembira bersepah Kawan Berduka seorang pun tak mau”. Aku sendiri yang silap dan semua kesilapan itu aku sendiri yang tanggung dan aku sendiri yang merasai peritnya...pada saat ini kalau mereka cuba menghubungi aku..aku tak terlalu ghairah untuk menjawab mereka..sebab mereka tak perlukan aku dan aku bukan sahabat mereka dan kawan mereka..aku hanyalah manusia yang hina dan mereka tak perlukan aku..kalaupun aku terlalu menyayangi mereka itu hanyalah aku yang berperasaan sendiri..selamat tinggal sahabatku.....
Hari ini 7 March 2010 adalah hari pertama aku di Klinik Kesihatan Pendang. Hari ini jugak la hari pertama aku dispens ubat kat patient. Mula-mula tu ketaq jugak nak dispens ubat tapi bila dah dua tiga patient aku dah ok dah. Kali ni aku bukan nak tulis pasal hari pertama aku kat KK Pendang tapi aku nak sambung pasal kisah aku sebelum ni. Sebelum semua yang baca blog aku ni salah faham. Aku nak bagitau awal-awal bahawa tujuan aku tulis blog ni bukan nak cari publisiti atau nak galmour tapi aku nak bagi statement aku pada mereka yang terlibat dalam kancah masalah ini faham kenapa aku berdiam diri tanpa memberi sebarang kenyataan balas atau hujahan balas diatas segala yang diperkatakan mereka tentang aku. Aku tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan balas tentang hal ini. Aku harap semua orang faham. Kalau meraka yang terlibat nak aku mohon maaf maka sekarang aku MOHON MAAF PADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM KANCAH MASALAH INI. Hanya itu yang termampu oleh aku lakukan. Kalau nak mintak lebih dari itu aku dah tak mampu. Aku bukan malaikat untuk bagi dan penuhi segala macam kehendak semua orang. Kalau mereka atau sapa-sapa nak percayakan atau tak percaya apa yang aku tulis.itu adalah kehendak masing-masing dan aku tak boleh nak paksa. Cukupla dengan apa yang aku lalui dan hadapi. Tolong jangan lagi nak mengungkit semua hal ini lagi sebab bagi aku,aku andaikan semunya telah selesai selepas apa yang telah berlaku sebelum Chinese New Year hari itu. Aku dah tak mahu diganggu oleh perkara ini lagi. Aku serahkan semuanya pada ALLAH untuk menentukan kehidupan aku kelak. Kalau baik maka baik la dan kalau hina maka hina la. Sesungguhnya aku benar-benar yakin dan redha akan segala ketentuan dari ALLAH S.W.T.

Sunday, March 7, 2010

Apakah yang terjadi...satu penjelasan

Assalamualaikum dan salam sajahtera...saya ingin menyatakan kekesalan yang teramat sangat diatas apa yang telah berlaku sebelum ini. Saya juga dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas semua yang berlaku. Pada saat dan ketika ini saya hanya mampu berdoa dan memohon pada ALLAH agar diampunkan segala apa yang telah saya lakukan. Apa yang berlaku ini adalah sebagai pengajaran buat saya.Saya yakin bahawa apa yang terjadi ini adalah ditentukan oleh ALLAH, sesungguhnya "apa yang ditentukan, itu yang akan terjadi".Saya juga sedar apa yang berlaku ini telah banyak melukakan banyak pihak. Saya redha dengan semua yang berlaku. Saya masih lagi YB yang sama. Bagi saya, saya merasakan dan yakin bahawa apa yang berlaku ini adalah kifarah pada dosa-dosa saya yang dulunya saya tidak sedar dan sedar telah buat. Pada saat dan ketika saya berada dalam dilema ini, saya hampir putus asa dengan apa yang terjadi, sehingga saya fikirkan bahawa ALLAH sudah tidak mahu memberi pengampunan dan membantu saya. Saya hampir terkeluar dari cara-cara hidup islam yang sebenar. Pada saat dan ketika saya berda dalam keaadaan yang goyang begitu, saya kecewa, saya sedih dan benci yang teramat sangat terhadap diri saya..saya juga telah mengambil ubat kerana nak tido selama beberapa hari untuk menenangkan diri.. Tapi saya rasa bersyukur yang teramat sangat kerana saya diberi satu peluang untuk berubah.. ia seolah-olah satu keajaiban yang berlaku pada diri saya..ketika saya sedang kecewa dengan diri sendiri, semua sahabat saya pergi meninggalkan saya,saya tak punya siapa-siapa lagi dalam hidup ini..melainkan keluarga saya..tetapi saya tak dapat untuk kongsikan semua ni dengan keluarga saya kerana itu adalah prinsip hidup saya..maka saya menagis dan hampir hilang arah..ketika saya bawak kereta..saya on radio..saya mainkan cd yang ada dalam kereta saya..sesungguhnya saya tak tahu menahu tentang lagu-lagu yang ada dalam cd tersebut..bila saya buka cd tu bergema satu lagu yang telah merentap hati dan jiwa saya..yang memberikan satu sinar keinsafan pada diri saya..saya menangis yang teresak-esak kerana saya telah terlalu jauh dari ALLAH dalam saya menyelesaikan semua masalah yang timbul ini..sesungguhnya saya menyesal dengan semua tindakan saya..saya kembali menatap al-quran,kembali membuka kitab-kitab dan memohon ampun pada ALLAH akan segala kesilapan saya. Selepas dari itu saya yakin bahawa ALLAH itu maha pengampun dan penyayang..saya juga yakin ALLAH adalah sebaik-baik penolong..selepas dari itu saya merasa ketenangan dan semakin stabil dan mampu untuk menguruskan semua hal dengan baik..saya tidak lagi memikirkan tentang sahabat-sahabat yang saya sayangi lagi kerana cukup sekadar saya menyayangi mereka dan mendoakan mereka agar bahagia..maka itu lebih baik bagi saya..pada saat itu maka saya dengan sepenuh hati menyerahkan semuanya pada ALLAH..pada DIAlah tempat saya mengadu kasih,masalah,rindu pada sahabat-sahabat,memohon pertolongan,bantuan,kegembiraan dan segalanya...saya rasa cukup dengan saya meletakkan kecintaan saya pada ALLAH untuk mendapat kerahmatan dan ketenangan dalam kehidupan ini. Saya cukup yakin bahawa yang menghinakan dan memuliakan seseorang itu hanyalah ALLAH sahaja..saya terima apa yang ditentukan oleh ALLAH kepada saya..biarlah apa pun kata orang pada saya..saya terima..saya juga tidak menyimpan dalam hati pada semua mereka yang menghina saya,mengutuk dan mengeji saya kerana hanya ALLAH lebih mengetahui...saya juga dengan iklas hati memaafkan mereka jika mereka bersalah dangan saya..dan saya juga dengan rendah diri mohon maaf pada semua diatas apa yang berlaku selama ini...apa yang terjadi,apakah kebenaran dan mengapa biarlah ia menjadi rahsia saya dan hanyalah ALLAH lebih mengetahui..

Tuesday, March 2, 2010

Syukur pada ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..selepas apa yang berlaku pada diri saya..saya menyerahkan segalanya pada ALLAH..apa pun yang akan berlaku saya redha untuk melaluinya nanti..kepada mereka yang membaca blog saya..saya pasrah,redha dan akur pada apa sahaja pendapat anda tentang tulisan saya..bagi yang memahami dan faham akan situasi ini maka saya berterima kasih yang teramat sangat..bagi yang kurang faham dan masih ragu-ragu itu adalah kefahaman masing-masing..saya tak berhak untuk memaksa..setidak-tidaknya saya menyataka kekesalan saya terhadap apa yang berlaku..kalau ada yang tertanya-tanya kenapa dan apa yang berlaku sebenarnya..tulus saya katakan saya tak dapat untuk memberitahu yang sebenarnya kerana saya telah bersumpah untuk tidak memperkatakan dan memberi hujahan balas terhadap segala tuduhan dan cemuhan yang diberikan pada saya..maka saya serahkan semuanya pada ALLAH sahaja..dan hanya itulah yang termampu oleh saya lakukan..kalau ada terdetik dihati pembaca...poyolah yb ni..kalau dah salah cakap ja la..tak payah nak berdalih..ya saya mengaku dan terima yang apa yang terjadi adalah salah dan silap saya..saya ingin nyatakan disini bahawa setiap manusia yakni hamba ALLAH itu sentiasa melakukan kesalahan tak kira kecik,besaq atau macammana sekalipun..tapi setiap yang bersalah itu perlu memohon keampunan kepada ALLAh..jangan kita lari dari ALLAH..kita kena percaya bahawa ALLAH itu maha BERKUASA..saya harap semua yang mengenali saya faham dan mengerti apa yang saya cakapkan..sesungguhnya saya akan menjadi seperti apa yang sahabat,kawan dan pembaca yang mengenali saya fikirkan..kalua fikir saya ni jahat maka saya akan sentiasa jahat dimata dan hati mereka..kalau fikirkan saya ni baik maka saya akan sentiasa baik di mata dan hati mereka..jadi saya tak kisah sangat apa yang nak difirkan oleh meraka..yang penting pada saat ini ialah kecintaan,ketaqwaan dan keimanan saya pada ALLAH..biarlah apa pun yang terjadi saya tetap begitu..kerana ALLAH itu maha pengasih lagi maha penyayang..