Syariat Islam telah meletakkan prinsip-prinsip bermuzakarah,
berdailog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan mestilah berasaskan
akal yang sihat, disiplin ilmu, sumber hukum syariat dan bukan secara agakan,
sentimen, kepentingan sesuatu dan mengikut emosi. Ini sekaligus dapat
mengekalkan kesatuan dan permuafakatan serta menghalang perpecahan dan perselisihan
pendapat. Tambahan pula, umat Islam kini bukan sahaja menghadapi serangan dalam bentuk
fizikal, tetapi yang amat membimbangkan ialah pertembungan yang bersifat
perdebatan.
Sehingga apa yang telah dinyatakan
oleh Nabi SAW bahawa perselisihan dikalangan umatku adalah satu rahmat, namun
kadangkala berlaku sebaliknya iaitu perpecahan. Fenomena ini bukan sahaja akan
membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah pemikiran
dan ritual ibadah mereka juga turut menjadi sasaran. Usaha dakwah
atau mengajak manusia kepada Islam sentiasa diuji dengan pelbagai rintangan
sejak dahulu sehingga sekarang. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Israk ayat
53:
Marilah kita sama-sama merenung sejenak kepada kehalusan
seni ciptaan Allah SWT terhadap manusia. Apa yang boleh dinyatakan ialah kita mendapati
bahawa setiap insan dilahirkan dengan pelbagai karakter dan perbezaan sifat
fizikal diri, termasuklah pasangan kembar seiras. Mereka ini mungkin mempunyai genetik, kromosom dan raut fizikal yang sama
tetapi bukan keseluruhannya benar-benar sama. Apatah lagi akal dan fikirannya,
yang sememangnya lebih berbeza. Itulah manusia. Perbezaan pemikiran, pendapat
atau pandangan merupakan satu fenomena semula jadi manusia yang menunjukkan
bahawa kemampuan akal ini adalah terbatas, namun ia menjadikan manusia saling
melengkapi antara satu sama lain. Hal ini telah diperakui di dalam al-Quran,
menerusi surah Hud ayat 118 hingga 119:
Tradisi Islam telah menyaksikan bahawa umat Islam sejak zaman Rasulullah
SAW lagi telah berselisih pendapat. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan di
dalam sebuah hadis bahawa baginda SAW berpesan kepada para sahabat r.anhum,
Namun, sekumpulan sahabat telah mendirikan solat Asar
apabila masuk waktunya walaupun belum sampai ke Bani Quraizah kerana bimbang
akan terluput waktu untuk mengerjakan solat dalam waktunya, manakala sekumpulan
yang lain pula tidak mendirikan solat Asar sehinggalah mereka benar-benar tiba
di Bani Quraizah, sedangkan ketika itu masa telah lewat sehingga matahari sudah
terbenam. Apabila diajukan masalah ini kepada baginda SAW, baginda tidak
menyalahkan mana-mana pihak dan memahami bahawa mereka telah mentafsirkan arahan
baginda SAW mengikut kefahaman masing-masing.
Para ulama sering merujuk peristiwa ini sebagai contoh
klasik bagaimana perbezaan pandangan dan tafsiran merupakan suatu yang lumrah
dan tidak tercela. Apa yang menyedihkan kita ialah apabila saban hari kita
mendengar perbalahan dan perdebatan yang timbul akibat perbezaan pendapat dalam
perkara yang sepatutnya kita boleh berlapang dada. Jika dahulu manusia hanya
bertelagah dalam konflik politik, namun hari ini situasi menjadi lebih
menyedihkan apabila umat Islam boleh berkelahi dalam konteks agama dan penyebaran
dakwah. Sepatutnya sikap para pendakwah bukan seperti orang politik
konvensional meskipun dalam perkara-perkara ijtihadi. Jauhilah daripada
bertikam lidah, berburuk sangka dan saling menuduh antara satu sama lain
lebih-lebih lagi menerusi alam siber, gajet dan media sosial. Sentiasalah
bersangka baik (husnuzzan) dan elakkanlah daripada berdebat kerana Islam
tidak menggalakkan umatnya berdebat, dikhuatiri ia membawa kepada perpecahan
dan permusuhan yang sia-sia.
Mari kita hayati dan renungkan pengajaran daripada firman
Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10 ini,
Maksudnya: “Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat.”
Sebagai
langkah untuk meningkatkan nilai diri, marilah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh ke arah perkara-perkara berikut
iaitu
Pertama, berlapang dada meraikan perbezaan. Ingatlah, hanya
apabila kita menjadi manusia berjiwa besar dan bersedia mengakui kelemahan diri
dan mencintai perdamaian, maka diri kita akan lebih mudah bertolak ansur dan
membuang ego masing-masing demi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mencari
keredhaan-Nya. Dengan kematangan minda dan kehebatan ilmu pada diri,
bersama-samalah kita meraikan perbezaan pada setiap insan agar tidak berlaku
pertelingkahan dan pergaduhan yang tidak menguntungkan. Jangan sampai “kerana
pulut santan binasa, kerana mulut badan dan umat binasa”.
Kedua, jauhkan
diri daripada perkara yang sia-sia. Ambillah peluang
keemasan pada hari yang barakah ini dengan menjauhkan diri daripada segala
perkara yang tidak berfaedah sama ada perbuatan atau perkataan. Jagalah lidah
dari perkara yang sia-sia, tutuplah mata dari pandangan dosa, pekakkan telinga
dari perkara tercela dan jagalah hati dari perasaan kotor dan buruk sangka.
Jangan sampai pahala yang dicita, tetapi dosa yang dicipta. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Seseorang Muslim adalah orang yang menjaga lidah
dan tangannya daripada menyakiti Muslim yang lain, dan seorang Muhajir (orang
yang berhijrah) pula adalah orang yang meninggalkan segala larangan Allah.”
Lihatlah bagaimana baginda Rasulullah SAW menggambarkan ketinggian
nilai kasih umat Islam seumpama satu bangunan yang saling memperkukuhkan satu
sama lain.
Maka disini dapatlah disimpulkan bahawa:
Pertama:
|
Islam adalah
agama yang menganjurkan perdamaian dan kasih sayang;
|
Kedua:
|
Jagalah
lidah kita daripada berkata perkara yang sia-sia dan dimurkai Allah; dan
|
Ketiga:
|
Umat Islam
adalah seumpama satu badan; jika salah satu anggota sakit, maka seluruh badan
akan turut merasai sakitnya.
|
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian
kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa
jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu
bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu
orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang
neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu
dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
(Surah Ali Imran:103)
sekian,terima kasih.
~selamat membaca~
No comments:
Post a Comment