Friday, July 24, 2015

KASIH SEORANG SUAMI, ADAB SEORANG ISTERI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya terpanggil untuk menulis berkenaan hubungan suami isteri. Saban hari kita mendengarkan berbagai bagai polimik dan kisah rumahtangga yang dikongsikan kepada kita,baik melaui cerita kawan kawan, melaui media massa seperti surat khabar, facebook,istagram, twitter dan banyak lagi media sosial yang ada pada zaman ini. Masing masing menceritakan perihal suami isteri dan kisah hidup berumhatangga kepada kawan-kawan dan juga didedahkan di media sosial ini. Kadang kadang saya bersa sedih kerana apakah mereka tidak sedar apa yang telah mereka lakukan atau mereka sengaja buat buat tidak sedar tentang apa yang mereka cakapkan itu. Mungkin kerana para isteri sekarang sudah bijak pandai dan mengaji tinggi sehingga ke Universiti lebih dari suaminya sehingga hilang rasahormatnya pada suami. Bukanlah saya ingin memihak kepada sang suami, adapun suami berada dipihak yang salah ia tetap menjadi satu kesalahan kepoada sang isteri menceritakan perihal sang suami kepada orang lain walau dengan tujuan yang baik iaitu ingin mendapat pandangan dari kawan kawan. Apakah mereka sedar apa yang mereka lakukan itu telah menjatuhkan maruah suami mereka dan menunjukkan rasa tidak hormatnya mereka kepada sang suami, Apakah dengan mereka menceritakan dan berkongsi kepada kawan dan orang lain menunjukkan mereka berada dipihak yang benar dan tindakan mereka itu benar. Sedarkah mereka redha ALLAH itu hanya datang dengan redha suami mereka. Saya yakin dan percaya si isteri dan si suami perlu menilai kembali dan merujuk kembali kepada tuntutan perkahwinan menurut Islam. Apakah tanggungjawab isteri dan apakah tanggungjawab suami, suka saya kongsikan kisah sepasang suami isteri buat tatapan kita bersama, mungkin boleh diambil pengajaran buat kita semua, sesungguhnya sang isteri senang untuk masuk kesyurga dan sengan juga masuk ke neraka dek kerana sikapnya kepada suami.
"Hari ini, saya dijamu makan tengahari di Leha Kel Food di Taman Melati usai menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al Ridhuan, Jalan Hulu Klang.
Selepas makan, mata kami terpaku dengan tindakan seorang makcik. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Kami terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dgn air paip tersebut.
Sekembalinya makcik tersebut ke meja makan, beliau membasuhkan tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja. Subhanallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringkas yang sukar dilihat pada hari ini. Ramai isteri takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami.
Kadangkala, ada isteri yang bergelar ustazah pun belum tentu boleh melayan dan memuliakan suami sedemikian rupa. Saya mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga Allah. Semoga sketsa yang dihidangkan secara spontan ini mendidik wanita diluar sana agar menghargai dan memuliakan suami pada tempatnya."

Wallahu'alam.
Senyumlah sahabat, Allah bersama kita!
Susunan oleh ~iNSan BiaSA~

Saturday, February 11, 2012

Demontrasi Mahasiswa…BETUL KE???


Masyaallah…apa yang nak jadi sekarang ni???Kenapa mahasiswa nak buat demontrasi???Betul atau Tidak tindakan mahasiswa ini…saya secara peribadinya bersedih dengan perbuatan mahasiswa ini kerana sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Apa yang sepatutnya berlaku ialah mahasiswa perlu mementingkan pendidikan dan pelajaran bukannya sibuk nak buat demontrasi. Sebagai seorang mahasiswa mereka seharusnya dapat berfikir dengan matang apakah tindakan mereka itu betul sekalipun tidak berpuas hati mereka seharusnya memilih jalan dan platform yang betul bukan dengan demontrasi. Kerana mengikut perasaan mereka bertindak begitu. Kalau dilihat dengan mata kasar dan secara luaran tindakan mereka seperti bukan seorang mahasiswa dan pelajar Universiti. Bagi saya mereka terlalu mengikut budaya barat yang apa-apa pun demontrasilah jalan penyelesaian. Kita di Malaysia mempunyai pelbagai cara nak selesaikan masalah. Kalau mahasiswa ini tidak berpuas hati mereka perlu mengambil kesempatan dalam pilihanraya kampus yang dilakukan bagi memilih wakil pelajar dan sekiranya ideology mereka di sokong ramai mereka akan menang. Tindakan demotrasi ini seakan-akan telah diambil peluang oleh sesetengah orang politik bagi memperjuangkan hak mereka. Saya merasakan mahasiswa ini salah. Tindakakn menurunkan bendera yang mempunyai gambar YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak adalah salah kerana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya perkara yang sama dilakukan oleh orang lain dengan menurunkan gambar pemimpin mereka dan ketua mereka apakah mereka akan berdiam diri dan sudah tentu merka akan menyatakan bahawa itu salah. Maka seharusnya mereka memikirkan apakah tindakan merteka itu betul. Apabila ditanya tujuannya dijawab mahukan kebebasan dalam institusi pendidikan. Saya ingin Tanya mereka apakah sekarang ini mereka tidak belajar dengan aman? Mereka tidak mendapat pendidikan yang betul? Mereka tidak menerima apa-apa faedah dari system pendidikan Malaysia sekarang ini? bukanlah saya nak menunjukkan bahawa saya ni betul tapi saya hairan dalam Negara kita yang sudah ada satu system pendidikan yang baik kita masih tidak mahu bersyukur dan belajar dengan elok. Saya juga pernah menjadi mahasiswa dan saya rasa tugas mahasiswa adalah belajar. Tapi apa yang dilakukan oleh mahasiswa ini. Saya bersetuju dengan pendekatan mereka yang mahukan keadilan dalam institusi pendidikan tapi demotrasi bukan caranya. Seperti yang saya katakan mereka mempunyai platform yang sangat baik iaitu pilihanraya kampus. Dengan cara itu mereka boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka pada pentadbiran Universiti, itu lebih baik. Mahasiswa adalah bakal pemimpin Negara dan saya yakin mereka dapat menetukan apa yang terbaik buat diri mereka. Saya sebagai orang muda akan menyokong mahasiswa sekiranya tindakan yang dilakukan oleh mereka itu betul dan sekiranya salah maka saya akan menyatakan salahnya mereka. Tapi dalam hal ini mahasiswa ada betulnya dan salahnya. Apa- apa pun selamat berjuang dan teruskan berjuang.

Wednesday, February 1, 2012

Dr Hassan Ali diPecat…Ruginya…


Apa nak jadi…apa nak jadi…terkejut saya apabila terdengar berita pemecatan YB Dato’ Dr Hassan Ali dari PAS. Inilah yang dikatakan satu tindakan berani kepimpinan PAS dalam senario politiknya. Saya mencari sebab yang munasabah diatas pemecatan Dr Hassan Ali. Sehingga kini saya tidak faham akan isu pemecatan ini. Apa yang saya faham dan lihat dari kaca mata saya seorang rakyat biasa dan seorang yang menyangjung perjuangan PAS, tindakan PAS ini adalah tindakan berani mati kerana Dr Hassan Ali bukanlah calang-calang orang. Maka apabila berlaku pemecatan ini, ramai pemimpin politik PAS dan Pakatan pembangkang dan Barisan Nasional  memberi komen dan penjelasan bagi mempertahankan keputusan itu dan bagi mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS. Rentetannya kerana Dr Hassan Ali sangat lantang dalam menyuarakan pendapat. Saya juga merasakan bahawa tindakan Dr Hassan Ali mempertikaikan dasar Negara Berkebajikan PAS itu adalah salah kerana sebagai ahli beliau tidak patut berbuat begitu sekalipun tidak berpuas hati perlulah menggunakan cara yang betul dengan melalui muktamar PAS contohnya. Mungkin dengan kelantangan Dr Hassan Ali ada baiknya kerana setidak-tidaknya ada keterbukaan dalam kepeimpinan PAS. Kelantangan Dr Hassan Ali dalam mempertikaikan dan mempersoalkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu keberanian yang ada dalam diri Dr Hassan Ali. Ini menunjukkan bahawa Dr Hassan Ali mempunyai nilai dan prinsip yang tinggi dan beliau mempertahankan nilai dan prinsip dalam perjuanganya. Mempertikaikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mungkin menjadi salah satu sebab mengapa beliau dipecat dari PAS. Saya juga bersependapat dengan Dr Hassan Ali isu Dato’ Anwar Ibrahim adalah isu peribadi dan bukan isu parti atau isu orang ramai dan mengapa perlu mengheret rakyat dalam masalah beliau. Selepas kritikan beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim tak lama lepas tu beliau terus di pecat dan sebab dipecat seperti yang dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS adalah kerana tindakan Dr Hassan Ali itu merugikan parti dan ia termaktub dalam perlembagaan parti. Dari sudut yang berbeza apabila dilihat keputusan dibuat selepas kritikan keras Dr Hassan Ali pada Dato’ Anwar Ibrahim dan kenyataan Azmin Ali bahawa PAS perlu bertindak di atas kenyataan Dr Hassan Ali.  Saya bersetuju kerana tindakan Dr Hassan Ali itu memang merugikan parti kerana ia menyebabkan kemaslahatan dan hubungan baik dalam pakatan pembangkang merosot. Maka tindakan perlu diambil tetapi dengan memecat Dr Hassan Ali ia agak drastic dan berani. Ramai pemimpin PAS menyatakan bahawa ini adalah tindakan yang tepat dan keputusan PAS adalah betul  begitu juga pemimpin pakatan pembangkang yang lain menyatakan PAS mengambil langkah bijak. Dari sudut lain pula ia seperti pemecatan ini dilakukan kerana campur tangan orang luar dalam masalah PAS. YAB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Nik Adbul Aziz Nik Mat apabila ditanya tentang pemecatan ini dan jawab Tuan Guru Dr Hassan Ali tak senonoh. Lain pula dari pemimipin Barisan Nasional yang kebanyakan dari mereka menyatakan mereka sudah menjangkakan pemecatan ini. Ada pemimpin yang menjemput Dr Hassan Ali menyertai UMNO tapi semuanya terpulang pada Dr Hassan Ali. Ada juga pemimpin PAS yang menyatakan bahawa pemecatan ahli adalah perkara biasa, maka sejarah parti dahulunya dijadikan hujah. Saya rasa sepatutnya Dr Hassan Ali di beri amaran secara rasmi supaya berhenti membuat kenyataan akhbar dan itulah lebih baik tapi apakan daya ini semua telah terjadi. Saya menyokong dan akan sentiasa menyokong apa sahaja keputusan kepimpinan tertinggi PAS kerana mereka lebih arif. Dengan pemecatan ini maka rugilah kerana seorang pemimpin yang bersih dan seorang ilmuan yang saya fikir boleh memberi impak dalam perjuangan PAS hilang dan ia amat merugikan. Saya sebagai seorang rakyat biasa hanya menyatakan pendapat dan pandangan saya dalam isu ini. Apapun saya doakan Dr Hassan Ali bersabar dan saya yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian ini.  

Sunday, January 8, 2012

Tahun 2012: Melakar Perubahan...


Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana kita masih lagi di beri kesempatan untuk terus hidup dan menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH ini. Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita pada ALLAH diatas limpah dan kurnia ini. Kita mengharapkan tahun 2012 memberi satu inspirasi baru pada kita semoga apa yang berlaku adalah satu perkara yang baik dan stau perkara yang akan memberikan kesan yang baik yang dapat menjdikan kita hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Semakin hari usia kita semakin meningkat dan inilah apa yang kita perlu bimbangkan samaada kita telah berubah ataupun berhijrah kepada satu keadaan yang lebih baik ataupun sebaliknya. Saya yakin setiap dari kita menginginkan satu perubahan yang baik dan nak jadi lebih baik maka kita kena berusaha untuk kea rah itu. Pada tahun ini berbagai perkara telah berlaku bagi menyambut kedatangan tahun 2012. Politik Malaysia semakin menjadi dengan berlaku pergolakkan dalam parti yang memerintah dan parti pembangkang, ekonomi tidak stabil dengan harga barang keperluan asas semakin meningkat, masalah social remaja semakin menjadi-jadi dan cuaca dunia yang tidak menentu, pergolakkan di dunia barat dan isu palestin yang masih belum selesai. Pada masa ini saya terfikir apakah tindakkan yang diambil oleh pemerintah dan pembangkang dalam menyelesaikan masalah ini. Apa yang saya lihat mereka hanya sibuk bertekak sesama sendiri dan mencari kesalahan orang lain tapi tanggungjawab mereka sebagai pemerintah dan wakil yang dipilih oleh rakyat adalah bagi mebantu dan menyelesaikan segala masalah belum terlaksana. Tengok saja masalah social remaja masih tak ada perubahan bahkan semakin menjdi-jadi. Saya tidak menyalahkan pemerintah sahaja kerana masalah ini perlu diselesaikan bersama oleh pembangkang bahkan semua wakil yang telah terpilih dan menang. Apa yang membimbangkan adalah tidak ada satu pun tindakan yang diambil terhadap penularan masalah social ini. tapi apakan daya saya, saya hanya boleh menulis dan menyatakan rasa kesalan saya kerana saya tak punyai kuasa. Apa yang boleh dilakukan adalah marilah kita sama-sama mengembeling tenaga dan bersama-sama berusaha bagi menyelesaikan masalah ini. Apa yang saya Nampak hanyalah dengan kembali kepada ajaran islam yang sebenar. Kerana hanyalah islam dapat menyelesaikan masalh ini. Semoga tahun baru 2012 memberi satu titik permulaan pada kita dan member kejayaan pada kita.