Alhamdulillah
syukur pada ALLAH kerana kita masih lagi di beri kesempatan untuk terus hidup
dan menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH ini. Marilah kita sama-sama
merafakkan kesyukuran kita pada ALLAH diatas limpah dan kurnia ini. Kita
mengharapkan tahun 2012 memberi satu inspirasi baru pada kita semoga apa yang
berlaku adalah satu perkara yang baik dan stau perkara yang akan memberikan
kesan yang baik yang dapat menjdikan kita hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur
dan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.
Semakin hari usia kita semakin meningkat dan inilah apa yang kita perlu
bimbangkan samaada kita telah berubah ataupun berhijrah kepada satu keadaan
yang lebih baik ataupun sebaliknya. Saya yakin setiap dari kita menginginkan satu
perubahan yang baik dan nak jadi lebih baik maka kita kena berusaha untuk kea
rah itu. Pada tahun ini berbagai perkara telah berlaku bagi menyambut
kedatangan tahun 2012. Politik Malaysia semakin menjadi dengan berlaku
pergolakkan dalam parti yang memerintah dan parti pembangkang, ekonomi tidak
stabil dengan harga barang keperluan asas semakin meningkat, masalah social
remaja semakin menjadi-jadi dan cuaca dunia yang tidak menentu, pergolakkan di
dunia barat dan isu palestin yang masih belum selesai. Pada masa ini saya
terfikir apakah tindakkan yang diambil oleh pemerintah dan pembangkang dalam
menyelesaikan masalah ini. Apa yang saya lihat mereka hanya sibuk bertekak
sesama sendiri dan mencari kesalahan orang lain tapi tanggungjawab mereka
sebagai pemerintah dan wakil yang dipilih oleh rakyat adalah bagi mebantu dan
menyelesaikan segala masalah belum terlaksana. Tengok saja masalah social
remaja masih tak ada perubahan bahkan semakin menjdi-jadi. Saya tidak
menyalahkan pemerintah sahaja kerana masalah ini perlu diselesaikan bersama
oleh pembangkang bahkan semua wakil yang telah terpilih dan menang. Apa yang
membimbangkan adalah tidak ada satu pun tindakan yang diambil terhadap
penularan masalah social ini. tapi apakan daya saya, saya hanya boleh menulis dan
menyatakan rasa kesalan saya kerana saya tak punyai kuasa. Apa yang boleh
dilakukan adalah marilah kita sama-sama mengembeling tenaga dan bersama-sama
berusaha bagi menyelesaikan masalah ini. Apa yang saya Nampak hanyalah dengan
kembali kepada ajaran islam yang sebenar. Kerana hanyalah islam dapat
menyelesaikan masalh ini. Semoga tahun baru 2012 memberi satu titik permulaan
pada kita dan member kejayaan pada kita.
No comments:
Post a Comment