Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya terpanggil untuk menulis berkenaan hubungan suami isteri. Saban hari kita mendengarkan berbagai bagai polimik dan kisah rumahtangga yang dikongsikan kepada kita,baik melaui cerita kawan kawan, melaui media massa seperti surat khabar, facebook,istagram, twitter dan banyak lagi media sosial yang ada pada zaman ini. Masing masing menceritakan perihal suami isteri dan kisah hidup berumhatangga kepada kawan-kawan dan juga didedahkan di media sosial ini. Kadang kadang saya bersa sedih kerana apakah mereka tidak sedar apa yang telah mereka lakukan atau mereka sengaja buat buat tidak sedar tentang apa yang mereka cakapkan itu. Mungkin kerana para isteri sekarang sudah bijak pandai dan mengaji tinggi sehingga ke Universiti lebih dari suaminya sehingga hilang rasahormatnya pada suami. Bukanlah saya ingin memihak kepada sang suami, adapun suami berada dipihak yang salah ia tetap menjadi satu kesalahan kepoada sang isteri menceritakan perihal sang suami kepada orang lain walau dengan tujuan yang baik iaitu ingin mendapat pandangan dari kawan kawan. Apakah mereka sedar apa yang mereka lakukan itu telah menjatuhkan maruah suami mereka dan menunjukkan rasa tidak hormatnya mereka kepada sang suami, Apakah dengan mereka menceritakan dan berkongsi kepada kawan dan orang lain menunjukkan mereka berada dipihak yang benar dan tindakan mereka itu benar. Sedarkah mereka redha ALLAH itu hanya datang dengan redha suami mereka. Saya yakin dan percaya si isteri dan si suami perlu menilai kembali dan merujuk kembali kepada tuntutan perkahwinan menurut Islam. Apakah tanggungjawab isteri dan apakah tanggungjawab suami, suka saya kongsikan kisah sepasang suami isteri buat tatapan kita bersama, mungkin boleh diambil pengajaran buat kita semua, sesungguhnya sang isteri senang untuk masuk kesyurga dan sengan juga masuk ke neraka dek kerana sikapnya kepada suami.
"Hari ini, saya dijamu makan tengahari di Leha Kel Food di Taman
Melati usai menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al Ridhuan, Jalan Hulu Klang.
Selepas makan, mata kami terpaku
dengan tindakan seorang makcik. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau bangun ke
tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Kami terpana, atas tujuan apa
dipenuhkan bekas tersebut dgn air paip tersebut.
Sekembalinya makcik tersebut ke
meja makan, beliau membasuhkan tangan suaminya dan melayan suaminya untuk
menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja. Subhanallah, Allah
hadirkan satu fenomena dan sketsa ringkas yang sukar dilihat pada hari ini.
Ramai isteri takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak
bahagiakan suami.
Kadangkala, ada isteri yang
bergelar ustazah pun belum tentu boleh melayan dan memuliakan suami sedemikian
rupa. Saya mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga Allah.
Semoga sketsa yang dihidangkan secara spontan ini mendidik wanita diluar sana
agar menghargai dan memuliakan suami pada tempatnya."
Wallahu'alam.
Senyumlah sahabat, Allah bersama kita!
Senyumlah sahabat, Allah bersama kita!
Susunan oleh ~iNSan BiaSA~
No comments:
Post a Comment