Sunday, January 16, 2011

DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T diatas limpah dan kurnianya kerana masih memberi peluang pada kita untu terus hidup dan menghirup udara yang nyaman ini. Sebagai manusia dan hamba ALLAH S.W.T saya amat bersyukur kehadrat ilahi kerana saya dilahirkan dan dibesarkan di negeri kedah. Di kesempatan ini juga saya ingin menyatakan taat setia saya kepada pemerintah tertinggi negeri kedah iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Daulat Tuanku!!!...Daulat Tuanku!!!...Daulat Tuanku!!!...bersempena dengan hari keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sesungguhnya saya yakin dan percaya bahawa seluruh rakyat di negeri kedah ini menyatakan lafaz taat setia yang sama. Saya juga berkeyakinan bahawa seluruh rakyat di bawah pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku. Saya juga berkeyakinan bahawa seluruh rakyat berbangga dan bersyukur berada dibawah pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan dibantu oleh Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh YAB Dato’ Seri Ust Azizan bin Abd Razak, Menteri Besar Negeri Kedah dan seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri.

DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!

Thursday, January 6, 2011

Happy New Year 2011...Lakukan Perubahan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Marilah kita sama-sama merafakkan keyukuran kita pada ALLAH S.W.T kerana telah diberikan kita akan kesempatan untuk terus hidup dan menghirup udara yang nyaman. Sebagai hambaNya kita haruslah sentiasa dan perlu bersyukur akan segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikanNya kepada kita. SELAMAT TAHUN BARU 2011. Seperti tahun-tahun yang lalu kita menyambut tahun baru dengan meriahnya. Dimana sahaja disetiap pelosok tanah air kita dibuat sambutan ambang tahun baru yang mana kita semua membuat hitungan berapa saat lagi nak melangkah tahun baru. Apakah kita sedar bahawa azam kita pada tahun lalu sudah atau belum kita tunaikan. Azam itu seperti janji kita pada diri kita. Janji kita tentang apa yang akan kita lakukan dan laksanakan sepanjang tahun tersebut. Apapun azam tahun baru kita, perlulah kita membuat azam yang mana kita yakin dan akan laksanakan. Jangan pula nanti azam hanya akan tinggal azam sahaja. Tahun baru merupakan pembukaan baru pada kita dan inilah jalan yang kita cari untuk membuat perubahan dalam diri kita. Sebenarnya setiap dari kita nak berubah menjadi lebih baik tapi kita perlukan satu batu lonjatan dan juga asbab untuk kita berubah dan dengan itu ramailah yang mengambil tahun baru sebagai asbab untuk berubah. Maka semangat baru itu ditanamkan dalam diri kita untuk terus berubah. Kekuatan sangat kita perlukan dan dambakan. Maka saya mencadangkan kita kembali kepada ajaran islam untuk kita mengambil pengajaran dan pedoman supaya ajaran islam dapat membawa kita ke satu perubahan yang baik. Sekiranya sebelum ini kita tak pernah nak solat lima waktu maka sekarang dengan azam baru kita, kita tunaikan solat lima waktu. Sekiranya sebelum ini kita tak pernah berpuasa maka tahun ini kita berpuasa di bulan ramadhan. Ini adalah asas dalam islam iaitu rukun islam. Sebagai umat islam seharusnya kita menunaikan rukun islam ini. Janganlah kita hanya menjadi islam apabila tiba hari raya,nak kawin dan mati sahaja. Ubahlah persepsi kita daripada pemikiran yang begitu rendah dan terlalu kolot. Apabila kita mengucapkan dua kalimah syahadah maka kita adalah muslim dan sebagai seorang muslim kita perlu dan harus melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T kepada seluruh umat manusia. Jangan kita jadikan alasan bahawa kita tak tahu akan sesuatu hukum hakam agama maka kita lakukan perkara dan larangan ALLAH S.W.T. Bila kita tak tahu maka seharusnya kita mengambil langkah bijak dengan pergi menuntu ilmu dan belajar dengan a’lim ulama’,Tok Guru-Tok Guru,Ustaz-Ustaz dan ustazah yang ada. Bahkan sekarang ini di Negara kita sudah terdapat banyak intitusi pengajian islam bahkan Masjid-Masjid pun banyak menganjurkan kuliah dan kelas-kelas agama. Semuanya atas diri kita sama ada kita mahu atau tidak. Janganlah kita nak menyalahkan orang lain sekiranya kita mendapat balasan dari ALLAH kelak. Kesalahan itu harus diletakkan pada diri kita kerana kita sendiri yang bodoh sombong, ego dan belagak untuk menuntuk ilmu dan kerana kesombongan kita yang tak bertempat dan bodoh itulah kita terus berada dalam kesesatan. Jadi marilah kita sama-sama menuntut ilmu dan mempelajari agama islam sebagai panduan dan petunjuk pada kita. Semoga dengan semangat Maal Hijrah 1432 dan Tahun Baru 2011 kita akan cuba dan mahu membetulkan dan memperbaiki diri kita. Insyaallah…Selamat beramal dan renung-renungkan…

Sunday, December 26, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH. Walaupun agak terlambat untuk saya mengucapkan Maal Hijrah pada semua tapi saya nak ucap juga. Bukan saya saja-saja tak mau tulis pada 1 Muharram 1432 hijrah yang lalu tapi saya perlu menghadiri satu kursus jadi tak sempat la saya nak tulis. Tak lama lagi kita nak sambut tahun baru masihi pulak. SELAMAT TAHUN BARU 2011. Inilah yang saya hendak bincangkan dan kongsikan dengan pembaca semua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERTUNANG PADA SAHABAT BAIK saya dengan ucapan tahniah ya akhi. Muharram semakin meninggalkan kita dan tak lama lagi kita akan berada di bulan Safar. Apakah kita telah menunaikan azam yang kita buat pada tahun hijrah yan g lalu. Bukanlah saya nak bincangkan tentang azam kita tapi yang saya nak bincangkan adalah sambutan yang kita buat dan pengertian dan semgat disebalik Hijrah itu sendiri. Kita dapat lihat dengan mata kita sendiri bertapa jauhnya perbezaan cara sambutan Maal Hijrah dan Tahun Baru masihi. Kenapa perbezaan itu berlaku dan mengapa???. Kita balik pada penyataaan saya tadi untuk kita melihat dan mencari makna dan pengertian di sebalik Maal Hijrah itu sendiri. Apa yang saya faham dan saya tahu dari pengajian saya dan pandangan a’lim ulama’, setiap sambutan dalam tahun islam ada makna dan pengertian yang tersendiri bagi tujuan kita untuk mengisafi,mengambil iktibar dan berubah kepada menjadi hamba ALLAH yang lebih bertaqwa dan beriman. Maka apabila kita amati sambutan tahun hijrah kita disambut dengan bacaan doa akhir tahun selepas asar dan bacaan doa awal tahun di penghujung waktu asar dan diadakan majlis kuliah dan ceramah tentang Maal Hijrah. Apa yang perlu kita tahu dan amik peduli ialah kita harus dan perlu untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sesuai dengan semangat dan pengertian sambutan Maal Hijrah itu sendiri.  Kisah hijrah ini seperti yang kita sedia maklum adalah penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Makkah ke madinah. Tapi adakah kita perlu berpindah juga pada masa sekarang. Jawapannya tidak, kita perlu melihat kepada maksud hijrah yang lebih mendalam iaitu penghijrahan diri kita dari tak baik ke baik dan dari baik menjadi yang terbaik. Mengubah dan menginsafi serta berjanji tidak akan melakukan segala dosa dan kesalahan yang lalu itulah penghijrahan. Apabila kita lihat pada kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W kita akan dapat pelbagai maksud dan pengertian. Bagaimana Rasulullah S.A.W berpindah dari Makkah ke Madinah? Adakah Baginda terus pindah apabila menerima wahyu dari ALLAH? Jawapanya tidak. Rasulullah meletakkan strategi bagaimana nak berpindah cantohnya banginda mangahantar dua sahabat ke madinah untuk mengajar dan berdakwah tentang islam supaya orang madinah lebih memahami dan menerima kehadiran umat islam ke Madinah. Baginda juga meminta Saidina Ali a.s untuk menggantikan baginda di tempat tidur baginda dan banyak lagi yang kita dapat amik pengajaran dari kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W. Maka kita seharusnya memahami dan mencari maksud disebalik itu dan kita adaptasi dalam kehidupan kita seharian. Janganlah pulak kita cari sendiri maksud dan pengertian disebalik penghijrahan Nabi S.A.W. Hendaklah kita pergi belajar dan menuntut ilmu dari a’lim ulama’,Tok Guru-Tok Guru, Ustaz-ustaz,Ustazah-ustazah kerana apabila kita belajar tanpa guru, guru kita adalah syaitan. Ingatlah marilah kita sama-sama menuntut ilmu dan belajaq supaya kita akan sentiasa berubah dan mencari keredhaanNya. Selamat beramal dan renung-renungkanlah….

Saturday, November 20, 2010

Berusaha sudah...sekarang bertawakal...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sekarang ni saya rasa dah agak liat dan susah untuk saya menulis dan mengupdate blog saya. Bukanya apa sebab sekarang ni saya tak sempat nak tulis, sibuk sangat. Sekarang barulah sempat saya nak menulis. Alhamdulillah saya dah habis final exam untuk tahun akhir dan kita pun dah lepas Hari Raya Korban. Sebagai hamba ALLAH dan sebagai orang islam kita perlulah bertawakal kepada ALLAh selepas kita berjuang dalam final exam. Sesungguhnya kita telah belajar bersungguh-sungguh, berusaha dan apabila kita menduduki peperiksaan kita luahkan semuanya yang kita ada. Maka apabila selesai dan tamat peperiksaan itu maka seharusnya kita bertawakal dan bermohon kepada ALLAH supaya kita mendapat yang terbaik. Janganlah pulak kita hanya bertawakal dan bermohon tapi kita tak sujud padaNya dengan menunaikan solat lima waktu dan segala perintahNya. Kita mengabaikan segalanya. Kita rasa kita dah lepas melalui kesukaran dan sekarang kita lupa padaNya. Sesunguhnya ALLAH tidak rugi bahkan DIAlah yang memberikan rezeki pada kita. Sebagai muslim dan hambaNya kita seharusnya tidak wajar melupakanNya. Maka seharusnya marilah kita sama-sama sentiasa menginsafi diri ini yang sentiasa berada dalam kemaksiatan. Semoga ALLAH mengampunkan kita. Hari ini adalah hari raya korban yang ketiga dan merupakan hari yang terakhir kita melakukan korban. Marilah kita ambil semangat korban ini untuk kita mengubah diri kita menjadi yang lebih baik. Janganlah kita hanya bergembira di hari raya dengan makan daging korban tapi kita tidak mengambil apa yang tersirat dalam semangat korban itu sendiri. Kita seharusnya melihat sambutan korban itu dari satu sudut yang lebih mendalam supaya kita lebih menginsafi diri kita. Semoga dengan itu kita akan sentiasa berada di bawah naungan ALLAH dan akan sentiasa mengingati dan melaksanakan segala apa yang diperintahkan oleh ALLAH. Insyaallah…selamat beramal dan renung-renungkanlah.