Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Marilah kita sama-sama merafakkan keyukuran kita pada ALLAH S.W.T kerana telah diberikan kita akan kesempatan untuk terus hidup dan menghirup udara yang nyaman. Sebagai hambaNya kita haruslah sentiasa dan perlu bersyukur akan segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikanNya kepada kita. SELAMAT TAHUN BARU 2011. Seperti tahun-tahun yang lalu kita menyambut tahun baru dengan meriahnya. Dimana sahaja disetiap pelosok tanah air kita dibuat sambutan ambang tahun baru yang mana kita semua membuat hitungan berapa saat lagi nak melangkah tahun baru. Apakah kita sedar bahawa azam kita pada tahun lalu sudah atau belum kita tunaikan. Azam itu seperti janji kita pada diri kita. Janji kita tentang apa yang akan kita lakukan dan laksanakan sepanjang tahun tersebut. Apapun azam tahun baru kita, perlulah kita membuat azam yang mana kita yakin dan akan laksanakan. Jangan pula nanti azam hanya akan tinggal azam sahaja. Tahun baru merupakan pembukaan baru pada kita dan inilah jalan yang kita cari untuk membuat perubahan dalam diri kita. Sebenarnya setiap dari kita nak berubah menjadi lebih baik tapi kita perlukan satu batu lonjatan dan juga asbab untuk kita berubah dan dengan itu ramailah yang mengambil tahun baru sebagai asbab untuk berubah. Maka semangat baru itu ditanamkan dalam diri kita untuk terus berubah. Kekuatan sangat kita perlukan dan dambakan. Maka saya mencadangkan kita kembali kepada ajaran islam untuk kita mengambil pengajaran dan pedoman supaya ajaran islam dapat membawa kita ke satu perubahan yang baik. Sekiranya sebelum ini kita tak pernah nak solat lima waktu maka sekarang dengan azam baru kita, kita tunaikan solat lima waktu. Sekiranya sebelum ini kita tak pernah berpuasa maka tahun ini kita berpuasa di bulan ramadhan. Ini adalah asas dalam islam iaitu rukun islam. Sebagai umat islam seharusnya kita menunaikan rukun islam ini. Janganlah kita hanya menjadi islam apabila tiba hari raya,nak kawin dan mati sahaja. Ubahlah persepsi kita daripada pemikiran yang begitu rendah dan terlalu kolot. Apabila kita mengucapkan dua kalimah syahadah maka kita adalah muslim dan sebagai seorang muslim kita perlu dan harus melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T kepada seluruh umat manusia. Jangan kita jadikan alasan bahawa kita tak tahu akan sesuatu hukum hakam agama maka kita lakukan perkara dan larangan ALLAH S.W.T. Bila kita tak tahu maka seharusnya kita mengambil langkah bijak dengan pergi menuntu ilmu dan belajar dengan a’lim ulama’,Tok Guru-Tok Guru,Ustaz-Ustaz dan ustazah yang ada. Bahkan sekarang ini di Negara kita sudah terdapat banyak intitusi pengajian islam bahkan Masjid-Masjid pun banyak menganjurkan kuliah dan kelas-kelas agama. Semuanya atas diri kita sama ada kita mahu atau tidak. Janganlah kita nak menyalahkan orang lain sekiranya kita mendapat balasan dari ALLAH kelak. Kesalahan itu harus diletakkan pada diri kita kerana kita sendiri yang bodoh sombong, ego dan belagak untuk menuntuk ilmu dan kerana kesombongan kita yang tak bertempat dan bodoh itulah kita terus berada dalam kesesatan. Jadi marilah kita sama-sama menuntut ilmu dan mempelajari agama islam sebagai panduan dan petunjuk pada kita. Semoga dengan semangat Maal Hijrah 1432 dan Tahun Baru 2011 kita akan cuba dan mahu membetulkan dan memperbaiki diri kita. Insyaallah…Selamat beramal dan renung-renungkan…
No comments:
Post a Comment