Assalamualaikum dan salam sejahtera…
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH. Walaupun agak terlambat untuk saya mengucapkan Maal Hijrah pada semua tapi saya nak ucap juga. Bukan saya saja-saja tak mau tulis pada 1 Muharram 1432 hijrah yang lalu tapi saya perlu menghadiri satu kursus jadi tak sempat la saya nak tulis. Tak lama lagi kita nak sambut tahun baru masihi pulak. SELAMAT TAHUN BARU 2011. Inilah yang saya hendak bincangkan dan kongsikan dengan pembaca semua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERTUNANG PADA SAHABAT BAIK saya dengan ucapan tahniah ya akhi. Muharram semakin meninggalkan kita dan tak lama lagi kita akan berada di bulan Safar. Apakah kita telah menunaikan azam yang kita buat pada tahun hijrah yan g lalu. Bukanlah saya nak bincangkan tentang azam kita tapi yang saya nak bincangkan adalah sambutan yang kita buat dan pengertian dan semgat disebalik Hijrah itu sendiri. Kita dapat lihat dengan mata kita sendiri bertapa jauhnya perbezaan cara sambutan Maal Hijrah dan Tahun Baru masihi. Kenapa perbezaan itu berlaku dan mengapa???. Kita balik pada penyataaan saya tadi untuk kita melihat dan mencari makna dan pengertian di sebalik Maal Hijrah itu sendiri. Apa yang saya faham dan saya tahu dari pengajian saya dan pandangan a’lim ulama’, setiap sambutan dalam tahun islam ada makna dan pengertian yang tersendiri bagi tujuan kita untuk mengisafi,mengambil iktibar dan berubah kepada menjadi hamba ALLAH yang lebih bertaqwa dan beriman. Maka apabila kita amati sambutan tahun hijrah kita disambut dengan bacaan doa akhir tahun selepas asar dan bacaan doa awal tahun di penghujung waktu asar dan diadakan majlis kuliah dan ceramah tentang Maal Hijrah. Apa yang perlu kita tahu dan amik peduli ialah kita harus dan perlu untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sesuai dengan semangat dan pengertian sambutan Maal Hijrah itu sendiri. Kisah hijrah ini seperti yang kita sedia maklum adalah penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Makkah ke madinah. Tapi adakah kita perlu berpindah juga pada masa sekarang. Jawapannya tidak, kita perlu melihat kepada maksud hijrah yang lebih mendalam iaitu penghijrahan diri kita dari tak baik ke baik dan dari baik menjadi yang terbaik. Mengubah dan menginsafi serta berjanji tidak akan melakukan segala dosa dan kesalahan yang lalu itulah penghijrahan. Apabila kita lihat pada kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W kita akan dapat pelbagai maksud dan pengertian. Bagaimana Rasulullah S.A.W berpindah dari Makkah ke Madinah? Adakah Baginda terus pindah apabila menerima wahyu dari ALLAH? Jawapanya tidak. Rasulullah meletakkan strategi bagaimana nak berpindah cantohnya banginda mangahantar dua sahabat ke madinah untuk mengajar dan berdakwah tentang islam supaya orang madinah lebih memahami dan menerima kehadiran umat islam ke Madinah. Baginda juga meminta Saidina Ali a.s untuk menggantikan baginda di tempat tidur baginda dan banyak lagi yang kita dapat amik pengajaran dari kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W. Maka kita seharusnya memahami dan mencari maksud disebalik itu dan kita adaptasi dalam kehidupan kita seharian. Janganlah pulak kita cari sendiri maksud dan pengertian disebalik penghijrahan Nabi S.A.W. Hendaklah kita pergi belajar dan menuntut ilmu dari a’lim ulama’,Tok Guru-Tok Guru, Ustaz-ustaz,Ustazah-ustazah kerana apabila kita belajar tanpa guru, guru kita adalah syaitan. Ingatlah marilah kita sama-sama menuntut ilmu dan belajaq supaya kita akan sentiasa berubah dan mencari keredhaanNya. Selamat beramal dan renung-renungkanlah….
No comments:
Post a Comment