Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat diberikan kesempatan kepada kita untuk terus menghirup udara yang nyaman ini. sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada classmate saya yang dulu adalah PA saya iaitu Saudari Noor Marjikon dan suaminya Ibrahim. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan sentiasa berada dibawah naunganNya. Saya yakin dan pasti semua orang ada perasaan mahu kahwin, tambah-tambah lagi kita yang dah ada pilihan hati. Tunggu masa sahaja nak kaahwin kerana kewangan masih tidak cukup. Bagi kita perkahwinan adalah satu tuntutan yang tidak memaksa. Saya nak bawak kita ke satu topic yang bagi saya sering dijadikan topic dan menjadi tumpuan iaitu hantaran dan mas kahwin. Secara jujurnya mas kahwin kita tak boleh bincangkan kerana mas kahwin adalah ditetapka oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri. Apa yang nak saya bincangkan dan bahaskan adalah hantaran dan duit belanja. Apakah wajar semua itu atau semua itu hanya adat semata-mata. Suka saya katakan bahawa hantaran adalah hanya adat dan resam kita sahaja dan begitu juga duit belanja. Seingat saya sekiranya perkahwinan berlangsung apa yang perlu hanya mas kahwin. Bagi saya permintaan duit belanja adalah membebankan dan merugikan sebelah pihak. Contohnya sebelah perempuan mentapkan mas kawain RM1000 dan Duit belanja RM10000 dan jumlah keseluruhannya adalah RM 11000 dan nak mmencantikkan nombor tersebut maka diletakkan RM11111.11. Maka apabila dicampurkan pada sebelah lelaki pula jumlah keseluruhannya adalah RM21111.11. Apakah ini tidak membebankan pengantin lelaki dan disebabkan itulah kebanyakan pengantin lelaki membuat pinjaman bank yang mana kita anggarkan pinjaman bank masih belum selesai apabila anak sudah mencapai umur 6 tahun. Seharusnya, pada pandangan saya perbelanjaan kenduri dirumah pengantin perempuan adalah tanggungan ibu bapa pengantin perempuan itu sendiri. Maka apabila hal ini diambil kira perbelanjaan kenduri kahwin yang perlu dikeluarkan oleh pengantin lelaki adalah RM 11000 sahaja. Maka kalau dilihat dari sudut yang positif kita dapat mengurangkan bebanan pengantin lelaki. Seperti yang saya katakana tadi kesemua jumlah duit belanja pengantin perempuan adalah RM11000, kenapa RM11000? Ini kerana RM 10000adalah duit perbelanjaan kenduri kahwin pengantin perempuan yang mana ditanggung oleh pengantin lelaki. Dalam masa yang sama pengantin lelaki juga perlu mengeluarkan perbelanjaan yang sama untuk kenduri dirumahnya. Apakah ini tidak membebankan. Semua ini hanyalah adat semata-mata kecuali mas kahwin. Maka oleh kerana adat sahaja kita boleh mengubahnya mengikut kehendak dan kesuaian kita. Tapi sekiranya macam itu pengantin perempuan tidak perlu menagdakan kenduri la. Bukan begitu, kenduri perlu dilakukan bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa kita sudah berkahwin bagi mengelakkan fitnah tapi perbelanjaan bagi pihak perempuan haruslah ditanggung oleh keluarga pihak perempuan itu sendiri. Bukan lah niat saya untuk menidakkan adat resam tapi ianya pandangan saya dari apa yang saya lihat selama ini. Mahu atau tidak, itu terpulang kepada kita.
No comments:
Post a Comment