Sunday, January 8, 2012

Tahun 2012: Melakar Perubahan...


Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana kita masih lagi di beri kesempatan untuk terus hidup dan menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH ini. Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita pada ALLAH diatas limpah dan kurnia ini. Kita mengharapkan tahun 2012 memberi satu inspirasi baru pada kita semoga apa yang berlaku adalah satu perkara yang baik dan stau perkara yang akan memberikan kesan yang baik yang dapat menjdikan kita hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Semakin hari usia kita semakin meningkat dan inilah apa yang kita perlu bimbangkan samaada kita telah berubah ataupun berhijrah kepada satu keadaan yang lebih baik ataupun sebaliknya. Saya yakin setiap dari kita menginginkan satu perubahan yang baik dan nak jadi lebih baik maka kita kena berusaha untuk kea rah itu. Pada tahun ini berbagai perkara telah berlaku bagi menyambut kedatangan tahun 2012. Politik Malaysia semakin menjadi dengan berlaku pergolakkan dalam parti yang memerintah dan parti pembangkang, ekonomi tidak stabil dengan harga barang keperluan asas semakin meningkat, masalah social remaja semakin menjadi-jadi dan cuaca dunia yang tidak menentu, pergolakkan di dunia barat dan isu palestin yang masih belum selesai. Pada masa ini saya terfikir apakah tindakkan yang diambil oleh pemerintah dan pembangkang dalam menyelesaikan masalah ini. Apa yang saya lihat mereka hanya sibuk bertekak sesama sendiri dan mencari kesalahan orang lain tapi tanggungjawab mereka sebagai pemerintah dan wakil yang dipilih oleh rakyat adalah bagi mebantu dan menyelesaikan segala masalah belum terlaksana. Tengok saja masalah social remaja masih tak ada perubahan bahkan semakin menjdi-jadi. Saya tidak menyalahkan pemerintah sahaja kerana masalah ini perlu diselesaikan bersama oleh pembangkang bahkan semua wakil yang telah terpilih dan menang. Apa yang membimbangkan adalah tidak ada satu pun tindakan yang diambil terhadap penularan masalah social ini. tapi apakan daya saya, saya hanya boleh menulis dan menyatakan rasa kesalan saya kerana saya tak punyai kuasa. Apa yang boleh dilakukan adalah marilah kita sama-sama mengembeling tenaga dan bersama-sama berusaha bagi menyelesaikan masalah ini. Apa yang saya Nampak hanyalah dengan kembali kepada ajaran islam yang sebenar. Kerana hanyalah islam dapat menyelesaikan masalh ini. Semoga tahun baru 2012 memberi satu titik permulaan pada kita dan member kejayaan pada kita. 

Wednesday, January 4, 2012

My New Life in 2012


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 dan selamat meninggalkan tahun 2011 semoga tahun 2011 meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kita. Semoga tahun 2011 menjadi pengajaran dan kenangan bagi kita. Juga begitu dengan saya pada tahun dua 2011 inilah saya mula berkhidmat dengan kerajaan sebagai kakitangan awam pada 14 februari 2011. Alhamdulillah saya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Banyak yang dapat saya pelajari bilamana saya mula berkhidmat dan dapatlah saya gunakan ilmu yang saya pelajari selama ini untuk dipraktikan dalam kehidupan dan pekerjaan saya. Pada tahun 2011 jugaklah saya telah menghadiri satu seminar belia antarabangsa di kuala lumpur. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang saya peroleh dari seminar berkenaan dan juga berkenalan dengan rakan-rakan baru dari luar Negara dan dalam Negara. Segala yang dibincangkan memberi manafaat kepada saya dan semua deligasi yang hadir walau ada beberapa perkara yang tidak saya setuju tetapi secara keseluruhan seminar tersebut adalah sangat baik. Pada tahun ini juga saya telah membeli kereta sendiri, saya bersyukur pada ALLAH kerana telah memurahkan rezeki saya dan member saya kesempatan dalam membeli kereta saya. Saya bersyukur yang tak terhingga denmgan rezeki yang telah dikurniakan pada saya. Pada tahun ini jugalah saya telah memenuhkan rumah sewa saya dengan perabot dan peralatan yang mencukupi dan bolehlah saya katakan inilah rumah walaupun ianya rumah sewa tetapi ianya rumah saya dan saya berpuas hati dan bersyukur. Maka dengan segala nikmat yang telah dilimpahkan dan dikurniakan pada saya maka saya marasakan dan merafakkan kesyukuran saya pada ALLAH kerana telah member saya satu kehidupan yang sempurna, ALHAMDULILLAH. Sebagai seorang hamba maka perlulah kita bersyukur pada ALLAH pemilik sekelian alam. Sesungguhnya tidak ada satu pun di dunia ini milik kita kerana semuanya adalah milik ALLAH dan semua yang kita ada hanyalah dipinjamkan saja pada kita. Pada tahun ini jugalah saya terlibat dalam kemalangan kereta yang baru enam bulan saya beli. Sesungguhnya inilah ujian dan dugaan yang saya terima dan saya redha dengan apa yang berlaku. Saya yakin dan percaya ini adalah peringatan buat saya dan yakin ada hikmah disebalik kejadian dan saya yakin bahawa apa yang terjadi adalah kafarah dosa-dosa yang saya lakukan dan peringtan ALLAH kepada saya. Kejadian ini berlaku pada hari lahir saya dan inilah hari lahir yang penuh bermakna buat saya. Pada tahun ini jugalah saya dimasukkan ke hospital kerana demam panas yang teruk. Saya jatuh pengsan ditempat kerja dan saya dibawa ke jabatan keceman tempat saya bekerja dan akhirnya saya dimasukkan kedalam wad. Pelbagai dugaan yang saya terima semasa dalam urusan memasukkan saya ke dalam wad dan semasa didalam wad dan akhirnya saya dimasukkan kedalam wad di Putra Medical Center. Alhamdulillah, saya dirawat di situ sehingga saya sembuh. Saya yakin bahawa semua ini berlaku ada hikmahnmya dan mendekatkan saya dengan ALLAH. Pada masa itulah saya semakin dekat dengan ALLAH kerana saya sentiasa berdoa semoga saya sembuh semula dan menunaikan ibadah pada ALLAH dan Alhamdulillah saya sembuh, kesembuhan inilah satu nikmat buat saya. Saya bersyukur pada ALLAh kerana member saya nikmat ini. Saya telah dirawat di PMC selama 2 minggu dan akhirnya saya sembuh. Sesungguhnya tahun 2011 memberi banyak kesan yang mendalam dan meninggalkan pengalaman yang manis dan pahit pada saya. Apapun saya amat bersyukur pada ALLAH pada semua yang berlaku dan segala nikmat yang diberikan pada saya sepanjang tahun 2011 ini. 

Sunday, April 3, 2011

Remaja...semakin jauh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menulis di blog saya ni. Hari ini kita masih lagi diberi keizinan oleh ALLAH untuk terus menghirup udara yang nyaman ini dan meneruskan kehidupan kita. Sesungguhnya marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita hambanya. Dan sebagai hamba, maka seharusnyalah kita melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Jangan hanya kita mengakui yang kita ini hamba ALLAH S.W.T tetapi dalam masa yang sama kita menolak ISLAM dalam keadaan kita tidak sedar dan yang paling nyata adalah kita tidak menjalankan dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T bahkan kita melakukan apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T kepada kita. Remaja hari ini semakin jauh dan semakin bijak dalam semua bidang sehinggakan apa yang tak pernah dibuat oeang pun dibuatnya. Saban hari kita mendengar dan membaca tentang kisah-kisah remaja dan belia hari ini. Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam, malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman :

“Janganlah kamu mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)

Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad “Wahai pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah          (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-Qardhawi: 2/549 no 1095). Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa. Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”. Faktor Berlaku Seks Bebas, Antara punca-punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Selain itu, dorongan dalaman dalam jiwa seseorang juga merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak ini. Bagi seorang remaja yang normal, dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks. Berdasarkan Berita Harian, laman web lucah yang mudah dilayari turut menyebabkan pergaulan seks bebas meluas di hari ini. Kadar laman web lucah yang serendah 15 sen sehari ini menggalakkan ramai remaja terjerumus dalam dunia lucah yang kemudian hari menyebabkan peningkatan seks bebas. Menurut Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia, daripada 25 laman web lucah yang terkemuka, hanya 2 yang dapat disekat. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa pencipta web laman lucah ini semakin berleluasa. Kesan Seks Bebas, Antaranya komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit- penyakit ini ialah:
·         mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy, barah kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengidap  penyakit radang paru-paru, terencat akal, ganguan sistem saraf dan sakit mata. Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam masyarakat. 

Tuesday, March 29, 2011