Selamat
Menyambut Tahun Baru 2012 dan selamat meninggalkan tahun 2011 semoga tahun 2011
meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kita. Semoga tahun 2011 menjadi
pengajaran dan kenangan bagi kita. Juga begitu dengan saya pada tahun dua 2011
inilah saya mula berkhidmat dengan kerajaan sebagai kakitangan awam pada 14
februari 2011. Alhamdulillah saya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Banyak yang dapat saya pelajari bilamana saya mula berkhidmat dan dapatlah saya
gunakan ilmu yang saya pelajari selama ini untuk dipraktikan dalam kehidupan
dan pekerjaan saya. Pada tahun 2011 jugaklah saya telah menghadiri satu seminar
belia antarabangsa di kuala lumpur. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang saya
peroleh dari seminar berkenaan dan juga berkenalan dengan rakan-rakan baru dari
luar Negara dan dalam Negara. Segala yang dibincangkan memberi manafaat kepada
saya dan semua deligasi yang hadir walau ada beberapa perkara yang tidak saya
setuju tetapi secara keseluruhan seminar tersebut adalah sangat baik. Pada tahun
ini juga saya telah membeli kereta sendiri, saya bersyukur pada ALLAH kerana
telah memurahkan rezeki saya dan member saya kesempatan dalam membeli kereta
saya. Saya bersyukur yang tak terhingga denmgan rezeki yang telah dikurniakan
pada saya. Pada tahun ini jugalah saya telah memenuhkan rumah sewa saya dengan
perabot dan peralatan yang mencukupi dan bolehlah saya katakan inilah rumah
walaupun ianya rumah sewa tetapi ianya rumah saya dan saya berpuas hati dan
bersyukur. Maka dengan segala nikmat yang telah dilimpahkan dan dikurniakan
pada saya maka saya marasakan dan merafakkan kesyukuran saya pada ALLAH kerana
telah member saya satu kehidupan yang sempurna, ALHAMDULILLAH. Sebagai seorang
hamba maka perlulah kita bersyukur pada ALLAH pemilik sekelian alam. Sesungguhnya
tidak ada satu pun di dunia ini milik kita kerana semuanya adalah milik ALLAH
dan semua yang kita ada hanyalah dipinjamkan saja pada kita. Pada tahun ini
jugalah saya terlibat dalam kemalangan kereta yang baru enam bulan saya beli.
Sesungguhnya inilah ujian dan dugaan yang saya terima dan saya redha dengan apa
yang berlaku. Saya yakin dan percaya ini adalah peringatan buat saya dan yakin
ada hikmah disebalik kejadian dan saya yakin bahawa apa yang terjadi adalah
kafarah dosa-dosa yang saya lakukan dan peringtan ALLAH kepada saya. Kejadian
ini berlaku pada hari lahir saya dan inilah hari lahir yang penuh bermakna buat
saya. Pada tahun ini jugalah saya dimasukkan ke hospital kerana demam panas
yang teruk. Saya jatuh pengsan ditempat kerja dan saya dibawa ke jabatan
keceman tempat saya bekerja dan akhirnya saya dimasukkan kedalam wad. Pelbagai
dugaan yang saya terima semasa dalam urusan memasukkan saya ke dalam wad dan
semasa didalam wad dan akhirnya saya dimasukkan kedalam wad di Putra Medical Center.
Alhamdulillah, saya dirawat di situ sehingga saya sembuh. Saya yakin bahawa
semua ini berlaku ada hikmahnmya dan mendekatkan saya dengan ALLAH. Pada masa
itulah saya semakin dekat dengan ALLAH kerana saya sentiasa berdoa semoga saya
sembuh semula dan menunaikan ibadah pada ALLAH dan Alhamdulillah saya sembuh,
kesembuhan inilah satu nikmat buat saya. Saya bersyukur pada ALLAh kerana
member saya nikmat ini. Saya telah dirawat di PMC selama 2 minggu dan akhirnya
saya sembuh. Sesungguhnya tahun 2011 memberi banyak kesan yang mendalam dan
meninggalkan pengalaman yang manis dan pahit pada saya. Apapun saya amat
bersyukur pada ALLAH pada semua yang berlaku dan segala nikmat yang diberikan
pada saya sepanjang tahun 2011 ini.
No comments:
Post a Comment