Thursday, September 16, 2010

Hari Raya...satu tragedi...

Assalamualaikum dan salam aidilfitri...
Hari Raya adalah hari kemenangan pada kita umat islam, setelah sebulan kita berpuasa maka bila syawal menjelma ia bagaikan satu rahmat pada kita. Saya hanya nak kongsi sedikit kisah yang terjadi pada saya sebelum syawal yang lalu iaitu pada bulan ramadhan yang lalu. Kisah ni bermula 6 hari sebelum menyambut hari raya. Pada hari ahad 5 september 2010 yang lalu, dalam perjalanan saya nak ke bazar ramadhan saya telah mengalami satu kemalangan. Saya telah jatuh tangga ketika hendak turun dari blok saya,mungkin sebab saya khayal semasa nak turun tangga, dok tengah pikiaq nak beli apa kat bazar ramadhan. Mula-mula masa jatuh tangga tak la sakit sangat, nak dipendekkan cerita bila nak bangun sahur pagi esoknya....Ya ALLAH...sakitnya kaki saya...malam tu saya dah sakit sangat dah tapi saya tahan ja dulu ingat bila bangun esoknya dah tak sakit tapi bila bangun nak makan sahur sakitnya lagi kuat. Saya dah tak tahan dah pagi tu jugak saya pi klinik. Tunggu punya tunggu boleh la saya jumpa doktor...doktor pun tengok la kaki saya, dia suruh saya buat x-ray untuk tengok problem kaki saya tapi kat klinik tu pegawai x-ray dia dah cuti dan doktor tu suruh saya pi buat x-ray kat hospital besaq kat sini la tapi saya kat lambat buat x-ray kat situ. Lepas tu doktor bagi cadangan suruh saya balik buat x-ray kat kampung saya sebab doktor kata mungkin kaki saya retak sebab memang sakit sangat2 masa nak jalan. Saya pun ok la...doktor pun bagi la saya mc dua hari suruh balik kg al kisah masa tu pulak dah nak cuti raya maka saya pun cuti awal la...bila balik ke kelas kawan-kawan tanya betul ka saya sakit atau saya saja nak amik MC nak cuti awal, saya malas nak kisah apa dah...suka hati depa la nak kata apa pun...kaki saya sakit sangat-sangat sampai taktau nak cakap apa...saya hanya berserah pada ALLAH...dalam hati terdetik....Ya ALLAH, kalau la ini adalah dugaan pada aku dan kifarah pada dosa2 aku maka aku redha Ya ALLAH, aku mohon kau berilah kekuatan pada aku dalam mengahrungi akan segala ini Ya ALLAH...saya pun balik la rumah saya...saya balik kg tumpang pakcik saya...sebelum balik saya risau sebab baju raya saya saya belum ambik lagi dari taylor...bukan saya takmau ambik lagi tapi saya betul-betul tak dak duit. Habis rata pinda, sana sini saya nak pinjam duit semua tak boleh bagi...saya mintak pinjam kat adik saya yang keja kat Sime Darby tapi dia pun tak boleh tolong, saya mintak pinjam kat kakak-kakak saya pun sama tak boleh tolong jugak...saya mintak kat mak saya pun sama jawapan...saya faham musim raya banyak nak guna duit...saya dah tak tau nak kata apa dah...dalam hati saya berdoa pada ALLAH...Ya ALLAH sesungguhnya aku berserah padamu Ya ALLAH, sekiranya bukan menjadi rezeki aku untuk pakai baju raya baru tahun ni, aku redha Ya ALLAH...sesungguhnya aku mohon kau berilah kekuatan pada aku dalam mengharungi semua ini Ya ALLAH...selepas dah tak boleh nak buat apa2 lagi saya balik ke asrama saya nak ambik baju raya saya yang tahun lepas nak pakai masa raya nanti...lepas saya amik dan masa saya nak tutup pintu bilik saya datang seorang hamba ALLAh ni jumpa saya, dia keluarkan RM200 dan bagi pada saya. Saya terkejut dan saya tanya dia untuk apa? dan dia jawab dia nak bayaq hutang dia pada saya, saya terkejut dan tanya bila dia hutang saya...macam ni lah perbualan kami: "hamba ALLAH : abang yb..." "saya jawab : ya saya...ada apa?"."hamba ALLAH: saya nak bayaq hutang abang yb hari tu...". saya jawab: Hutang????bila pulak ada hutang ngan saya ni..."."hamba ALLAH : dulu waktu saya sem satu dulu saya ada pinjam duit abang yb RM200...kan masa tu saya belum dapat elaun...saya mintak maaf la sebab lambat nak bayaq..."."saya jawab: ya ka...saya tak ingat la...ramai sangat yang mai pinjam kat saya masa tu..."."hamba ALLAH: betul abang yb...masa tu memang saya nak guna duit...pastu saya pi jumpa abang yb dan mintak pinjam pastu abang yb bg...ni saya nak bayaq balik la ni"."saya jawab: kalau macam tu x pa la...ni duit ada lagi ka...satg bayaq hutang kat saya pastu nak balik raya duit tak dak pulak..."."hamba ALLAH: ada lagi...memang duit ni untung abang yb..."."saya jawab: Ya ALLAH...trima kasih la...saya dah tak ingat dah sapa yang hutang saya"."hamba ALLAH: saya yg kena trima kasih kat abang yb sebab dah tolong saya masa tu...klu tak apa nak jadi pun tak tau...dah la lama gila baru nak mai bayaq...sorry ya abang yb..."."saya jawab: tak pa la...saya tolong sekadar yang mampu saja...saya tak kisah pun..."."hamba ALLAH: trima kasih abang yb...selamat hari raya..."."saya jawab: sama-sama...slamat hari raya...". Dalam hati saya ni seronok sgt2 sebab tiba-tiba ja rezeki datang macam tu...saya ni syukur tak terhingga...tak dapat nak digambarkan keseronokan dan gembiranya bila dpt bantuan ALLAH...jadi boleh la saya guna duit tu ambik baju raya saya...saya syukur sangat2...tak tau la nak cakap macam mana. Saya bukan nak cerita yang saya ni hebat tapi saya nak kongsi apa yang telah terjadi pada saya , dengan kaki yang sakit dan tiba-tiba saya dipermudahkan dalam urusan saya nak amik baju raya saya,memang la tak nampak besaq mana pun tapi saya rasa satu nikmat yang tak terhingga. Saya ingin kongsi dengan sahabat-sahabiah dan kawan-kawan semua akan kisah ini. Saya bukan la sehebat mana tapi saya nak bagi tahu bahawa sekiranya sahabat-sahabiah dan kawan-kawan sekalin meletakkan kebergantungan kepada ALLAH maka akan datang bantuan kepada kita. Kita kena yakin dengan sepenuh hati pada ALLAH kerana tak ada tempat selain ALLAH tempat kita bergantung. Sebab bila hati gelisah tak tenang, tak tentram,
bila hatimu goyah terluka dan merana,Jauhkan hati ini dari Tuhan, dari Allah, Hilangkah dalam hati dzikirku, imanku, Sesungguhnya, hanya dengan Allah hatimu akan menjadi tenang, Dengan mengingat Allah, hilangkan semua kegelisahan, Cukuplah hanya Allah, hati bergantung dan berserah diri...renung-renungkan dan selamat beramal...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.
Selamat Hari Raya saya ucapkan pada semua. Agak lama saya tak tulis blog saya ni, bukanya apa saya tak sempat nak tulis lagipun saya rasa bulan ramadhan ni lebih baik kita tumpukan pada amal ibadat kita. Jangan la terdetik di hati sahabat-sahabiah dan kawan-kawan semua yang kata poyo lah saya ni,banyak sangat ka ibadat yang saya buat atau alim sangat ka saya ni. Bukan macam tu, saya cuma buat sekadar yang kita mampu, ya la lepas bukak puasa dah nak pi sembahyang terawih, balik sembahyang terawih tu dah penat, nak kena tidoq awal sebab esok paginya nak sahur plak. Mana la sempat saya nak tulis. Kita ni kalau nak buat apa-apa kena la istiqamah barulah ALLAH suka. ALLAH tak suka kita buat banyak sekaligus pastu dah tak buat dah. Sekarang ni bukan lah saya nak cerita atau kongsi tentang apa yang saya buat sepanjang bulan puasa tahun ni. Saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pada semua sahabat-sahabiah dan kawan-kawan yang saya sayangi sekalian. Saya harap sahabat-sahabiah dan kawan-kawan dapatlah memaafkan saya sekiranya saya ada membuat hati dan perasaan sahabat-sahabiah dan kawan-kawan terluka,tersinggung dan apa-apa la. Biasala saya ni manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. Saya rasa seronok sangat tahun ni saya dapat menyambut hari raya lagi dan saya harap tahun hadapan juga diberi kesempatan yang sama. Sekali lagi saya nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua sahabat-sahabiah dan kawan-kawan.

Thursday, August 19, 2010

Syukur...

Alhamdulillah...saya panjatkan rasa kesyukuran kepada ALLAH di atas limpah dan kurnianya dapat diberi kesempatan kepada saya menulis. Hari ni saya rasa sangat tenang dan tenteram mungkin disebabkan bulan ramadhan yang mulia ni. Saya terpanggil untuk menyeru dan mengajak sahabat-sahabiah,kawan-kawan untuk memperbanyakkan amal ibadat pada bulan yang penuh keberkatan ni. Jangan pulak sahahabat-sahabiah, kawan-kawan anggap yang saya ni nak ajaq sahabat-sahabiah dan kawan-kawan, niat saya bukan macam tu, saya cuma nak kongsi sahaja apa yang saya ada dan apa yang saya tahu. Saya sangat mengharapkan agar kita semua menghargai dan menghayati bulan ramadhan ini kerana bagi saya bulan ini adalah satu bulan yang paling rahmat dan banyak manfaatnya. Kita tak seharusnya mensia-siakan apa yang diberi oleh ALLAH kepada kita. Saya ada mendengar dari seorang guru saya tapi saya tak jelas sama ada ia adalah hadis,petikan ayat al-quran atau kata-kata ulama kerana pada awalnya saya kurang ambil perhatian tetapi apabila disampaikan barulah saya beri perhatian. Ianya lebih kurang macam ni lah, bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sepuluh malam pertama adalah malam rahmat dan berkatm sepuluh malam kedua adalah malam pengampunan dan sepuluh malam yang ketiga adalah malam lailatuqadar. Jadi saya merasakan ini adalah satu peluang kepada semua umat manusia yang beragama islam untuk bersama-sama bermunajat dan memohon keampunan pada ALLAH. Saya boleh andaikan macam bulan ramadhan ni adalah bulan yang mana ada diskaun diberi kerana pada bulan inilah masa yang mujarab doanya. Jadi kenapa kita perlu nak lepaskan peluang yang telah diberi depan mata kita. Kerana kita setiap manusia melakukan kesalahan dan tak kiralah kesalahan tu besaq atau tidak yang penting kita telah melakukan dosa. Apakah kita yakin yang kita tidak pernah melakukan dosa. Bukanlah saya nak katakan yang kita ni mesti buat dosa dulu baru boleh nak minta ampun. Tidak semestinya begitu, kita sebagai hambanya harus sentiasa memohon keampunan kita kepada ALLAH tak kira apapun. Kita kena bersyukur dengan semua nikmat yang telah ALLAH bagi pada kita. Kita kena minta ampun diatas kesalahan kita yang mana tidak bersyukur dengan nukmat yang ALLAH bagi pada kita. Ingatlah kita ni adalah hambaNYA, jangan kita nak sombong dan bongkak pada pencipta kita yakni ALLAH S.W.T. Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil peluang yang telah diberikan kepada kita. Kita gunalah dan manfaatkanlah sebaik yang mungkin. Insyaallah, semoga ALLAH merahmati kita. Marilah kita bersama-sama....Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

Friday, August 13, 2010

Solat Sunat Terawih...satu ibadah...

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang(Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah
juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara
sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

2. Hukum Sembahyang Sunat Tarawih

a)      Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Rama dan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
b)      Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

3. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih

Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

4. Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:

i.                    Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii.                  Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii.                Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv.                 Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki

Demikianlah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya tuliskan, semoga ia sedikit sebanyak dapat  memudahkan kita menunaikan sembahyang sunat tarawih dan sunat witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadan yang mulia ini dan terpulanglah kepada masing-masing individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri. Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca manamana surah atau ayat yang diingatnya. Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.Apa yang kita mahu ialah penyertaan yang seramai-ramainya dari segenap lapisan masyarakat Islam dalam menunaikan sembahyang sunat tarawih dan witir. Kita berharap mudah-mudahan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini akan lebih memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
dipetik dari panduan solat terawih JAKIM dan diedit semula oleh ~aKuLah YB~