Solat Sunat Terawih...satu ibadah...
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang(Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah
juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara
sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.
2. Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Rama dan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
3. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih
Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
4. Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:
i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki
Demikianlah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya tuliskan, semoga ia sedikit sebanyak dapat memudahkan kita menunaikan sembahyang sunat tarawih dan sunat witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadan yang mulia ini dan terpulanglah kepada masing-masing individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri. Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca manamana surah atau ayat yang diingatnya. Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.Apa yang kita mahu ialah penyertaan yang seramai-ramainya dari segenap lapisan masyarakat Islam dalam menunaikan sembahyang sunat tarawih dan witir. Kita berharap mudah-mudahan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini akan lebih memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
dipetik dari panduan solat terawih JAKIM dan diedit semula oleh ~aKuLah YB~
No comments:
Post a Comment