Sunday, August 16, 2015

Tenanglah dikau disana...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saat ini hati ini masih bersedih akan kepergian orang yang disayangi dan dikasihi oleh diri ini,seluruh keluarga dan seluruh kenalan bapakku. Saat mula dimasukkan ke wad semua anak anaknya sudah sedia menanti memberi khidmat buatnya. Seorang insan yang dulunya kuat dan gigih mendidik ank bangsanya sehingga menjadi insan yang berjaya dan berguna buat agama, bangsa dan negara. Apakan daya kami. ALLAH lebih menyayanginya dan dijemput olehNya mengadapa sang pencipta ALLAH Rabbul Jalil. Tidak mampu untuk menulis akan bingkisan buatmu wahai bapakku. Takkala dirimu dijemput ilahi, maka bermulah khidmat terakhir kami, anak anakmu buat dirimu. Saat dimaklumkan tentang perginya engkau buat selamanya, anakmu dengan penuh keredhaan menadahkan tangan mendoakan mu serta diaminkan oleh semua ahli keluarga, senang sungguh perjalananmu mengadap ilahi, sesungguhnya kami anak anakmu yakin bahawa engkau bersyukur akan tinggalan ini. Sesungguhnya anak anakmu menjalankan hasrat dan amanatmu buatmu. Semuanya berjalan lancar. Jenazahmu dimandikan oelh semua anakmu, dikafankan oleh anakmu, diimamkan oleh anakmu dan dihantar kedalam liang oleh anak anakmu. Sesungguhnya kami anak anakmu bersyukur kerana engkau telah mendidik kami sehingga kami seperti kami hari ini. 




Sedikit nurkilan yang dikongsikan oleh kakak ku : 


~27july...bapak mai kl utk rawatan mata kat hosp.selayang...masa tu aku kna masuk kja shift ptg..hari tu aku ada auditor nk masuk so aku antara yg bos pilih utk di interview oleh auditor tntg bdc..aku tau aku mesti akan lmbat p keja kalau aku nk p amek jgk kat epot subang sebab bapak smpai time tu dlm 2pm dan aku kna ada kat ofis by 3pm..aku wasap bos ckp aku nk amek ayah aku kt epot tp dia kata dia xmau tau mcmana pon aku mesti smpai ofis by 3pm...aku masa xmau pikir apa,yg aku tau aku tetap nk p amek ayah aku walau aku tau akak aku bole ja p amek kt epot..kuasa Allah lepas amek ayah aku n hntq blik puchong aku pederas keta p klia2,aku kna amek erl utk sampai sana...bayangkan within 1hr aku bole buat semua benda tu...aku blik kja midnite,sampai kat umh kak aku d puchong dlm kul2am..28july usai subuh kami da bsiap2 nk ke hosp selayang,aku xtau masa tu aku tgk muka ayah aku mcm lain sgt..dia siap tnya aku hang tak penat ka kakteh??blik kja da lambat,stgi 3pm da nk kena p kja blik...sumpah demi Allah,mmg selama ni klu aku blik kja shif ptg n tdo kurang 5jam aku akan pening n penat sgt..tp hari tu aku langsung xpenat malah aku mmg pakai siap baju utk aku trus p kja ptg satgi...bygkan hari tu dlm 730am atas jln nk p selayang...bayangkan jln nk ke sana time tu jem ya amatt tapi hari tu rasa lancaq ja xtau pasai pa...lps antaq bapak kat situ,aku tggu smpai 1pm lps tu adik aku izat amek alih tugas tggu smpai urusn bpk selesai n aku pederas keta p klia2 masuk keja...time tu aku aku ada jgk mtk bdk ofis aku cover aku sat tp semua org mengelak dgn 1001 alasan..sumpah time tu aku down gila!time korang susah aku tolong,time aku nk mintak tolong sat semua macam .....tapi buat kwn2 aku tu aku maafkan apa yg ampa buat kt aku!menanah kt hati aku smpai skrg masih tak sembuh!sakit!29july pagi tu bapak ajak aku p kedai depn taman puchong,dia kata ada benda nk beli tapi rupanya dia nk beli kacang bendi ja...dia nk naik keta aku kali terakhir rupanya!30july dia dah bising nk blik sik...dia kata dia dah tak larat,suruh angah n pun mai kl amek,tp depa nk mai lmbat sikit tp bapak bkeras nk blik jgk smpai dia kata kalau ampa xmau amek aku,aku bole blik naik teksi aku pn ada duit...so semua org mengalah n angah mai bwk bapak balik....4ogos,bapak masuk kecemasan hosp sik,mama kata dia menggelatar n sejuk tiba2...kena tahan n angah pindahkan di ke PMC Alorstar...bermulalah kisah sedih kat sini,kesihatan bapak makin truk,6ogos,aku tepon aku suruh blik,aku ckp aku blik insyaAllah...tapi aku tetap xbalik...7ogos,kali ni semua org call aku,smpai aku serba salah sgt...tapi dlm hati aku ckp bapak masih kuat!aku yakin...8ogos pagi abg ipaq call aku,kata blik la...aku dah rasa semacam...tp aku tetap p keja time tu...time tu aku n adik aku muiz ja kt kl lg....dlm 10pm camtu,abg ipaq aku call lg,dia tnya ada dak flight mlm ni nk ke alor star...sumpah time tu jantung aku bdenyut laju,aku call bos aku kata,aku nak blik kedah,ayah aku nazak!Tkejut aku bila bos aku jawab tak bole!tggu smpai abes shif...aku menangis..aku cal kwn aku,mtk masuk skrg tp semua ckp tak bole,time tu aku tekad,aku ckp aku nk blik jgk skrg...apa2 kalau branch tak balance malam tu aku tanggung!aku amek beg aku keluaq...aku da xkisah bos aku nak kata apa,aku xkisah klu ofismate aku nk kata apa...buat x-boss n x-ofismate aku dl,aku maafkn korang semua,aku doakan benda ni tak berlaku kt korang,biar aku ja yg penah rasa apa yg korang penah buat kt aku.....skrg aku nmpk bapak aku saja!kebetulan hari tu minyak keta aku penuh,tNg penuh...pecayalah...aku smpai alor star xsmpai 4jam dari sepang tanpa berenti kat mana2!jgn tnya laju mana aku bwk...Allah memberkati perjalanan aku masa tu.sgt lancar!smpi kt hosp..9ogos,masa tu pihak Pmc da antaq bapak kt ICU alorstaq,time tu depan tu penuh....aku terus dptkan mak aku n peluk dia!time tu aku xtau aku nangis kuat mana...mak aku kata jgn teriak,bapak tggu hg tu kat dalammm...Ya Allah rupanya bapak tggu kami semua anak beranak balik sebelum dia menutup matanya...sejak saat tu kami bgilir2 masuk tengok bpk n bacakan yasin...tepat jam 430pm abang aku mai panggil kami semua kt luaq,dia kata bapak da xkuat...semua org pun lari masuk dlm icu tu...Allah...bapak hembuskan nafas terakhirnya depan mama n kami tak sempat tgk saat itu!masa tu semua org tak dpt nk bendung perasaan sedih,aku nmpk adik2 aku menangis teresak2,aku nmpk kakak aku nk pengsan...tp subhanaAllah,mama tenang sangat,aku lari peluk mak aku!mama sangat kuat!saat adik aku baca doa kat bapak...muka bapak manis sgt!seolah2 dia sedar dia pergi dgn sangat tenang!Allahuakbar...bapak tunggu kami semua rupanya!terima kasih bapak!semoga bapak tenang disana...alfatihah...~
#9ogos2015-9ogos2016
#mhdnasirbinyahaya
#23march1957
#kaktehrindubapak

Sedikit bingkisan dari adikku : 

Bismillah...
Terima kasih Allah pinjamkan kami seorang bapak seorang wira seorang guru seorang pmimpin kmi semua yg sangat sangat sangat hebat....bpak yg mndidik kami shgga kmi smua dpt nnjadi insan yg dpat mnjga bpak n mama sehabis baik...tak dinafikan mmg kami semua sedih...kmi smua syg bpak...tapi Allah lbih sygkan bpak...bpak nak tau x...bpak lah org yg pling kuat sbb bpak sggup brthan bgitu lama wlaupon bpak sakit semata2 utk brgurau senda,brsembang,dan mcm2 lgi dgn ank2 bapak n mama...bapak nak tau x...waktu kmi nak mndikan bpak semalam...kmi tgk bpak...bpak snyum jaaa...adik ngn abg cik n abg ih ribakan bpak...msti bpak hppy kan sbb kmi ribakan bpak...abg pun n abg izat jirus bpak...kmi mndikan bpak wangi2...bpak nak tau x...ank2 laki bpak suma ada dlm blik air tu...sbb tu bpak snyum kan...lpas tu bpak nak tau x...ank bpak jgk yg mengimamkn solat jenazah smalam...sbb tu bpak snyum kan...
Bapak...
Wlaupon kami kehilangan jasad bpak...tp kami sikit pon xpenah khilangan jiwa n roh bpak...bpak sntiasa ad brsma kami wlaupon di mana tmpat...bpak jgn risau tau...bpak sntiasa ad dgn kami...kmi sntiasa doakn bpak di rumah baru...
Bapak...
Kmi anak2 bpak smua jnji akn jga mama...kmi jnji akn jga hbungan adik bradik kami...bpak jgn risau tau...kmi smua sygkan bapak...sbb tu bapak snyum kan smalam...kami tau bapak dgr stiap suara sorg anak2 bpak dkt katil hospital smalam...kmi dh cuba yg trbaik bapak...boak nak tau x...kmi smua ad dkat katil bpak...kmi x balik pon bapak...kmi ad ja kat hospital tu...sbb tu bpak snyum kan smlam... :')
Smoga bapak mndapat rahmat Allah dan tenang di alam sana...kita jumpa di syurga tau...

Friday, July 24, 2015

KASIH SEORANG SUAMI, ADAB SEORANG ISTERI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya terpanggil untuk menulis berkenaan hubungan suami isteri. Saban hari kita mendengarkan berbagai bagai polimik dan kisah rumahtangga yang dikongsikan kepada kita,baik melaui cerita kawan kawan, melaui media massa seperti surat khabar, facebook,istagram, twitter dan banyak lagi media sosial yang ada pada zaman ini. Masing masing menceritakan perihal suami isteri dan kisah hidup berumhatangga kepada kawan-kawan dan juga didedahkan di media sosial ini. Kadang kadang saya bersa sedih kerana apakah mereka tidak sedar apa yang telah mereka lakukan atau mereka sengaja buat buat tidak sedar tentang apa yang mereka cakapkan itu. Mungkin kerana para isteri sekarang sudah bijak pandai dan mengaji tinggi sehingga ke Universiti lebih dari suaminya sehingga hilang rasahormatnya pada suami. Bukanlah saya ingin memihak kepada sang suami, adapun suami berada dipihak yang salah ia tetap menjadi satu kesalahan kepoada sang isteri menceritakan perihal sang suami kepada orang lain walau dengan tujuan yang baik iaitu ingin mendapat pandangan dari kawan kawan. Apakah mereka sedar apa yang mereka lakukan itu telah menjatuhkan maruah suami mereka dan menunjukkan rasa tidak hormatnya mereka kepada sang suami, Apakah dengan mereka menceritakan dan berkongsi kepada kawan dan orang lain menunjukkan mereka berada dipihak yang benar dan tindakan mereka itu benar. Sedarkah mereka redha ALLAH itu hanya datang dengan redha suami mereka. Saya yakin dan percaya si isteri dan si suami perlu menilai kembali dan merujuk kembali kepada tuntutan perkahwinan menurut Islam. Apakah tanggungjawab isteri dan apakah tanggungjawab suami, suka saya kongsikan kisah sepasang suami isteri buat tatapan kita bersama, mungkin boleh diambil pengajaran buat kita semua, sesungguhnya sang isteri senang untuk masuk kesyurga dan sengan juga masuk ke neraka dek kerana sikapnya kepada suami.
"Hari ini, saya dijamu makan tengahari di Leha Kel Food di Taman Melati usai menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al Ridhuan, Jalan Hulu Klang.
Selepas makan, mata kami terpaku dengan tindakan seorang makcik. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Kami terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dgn air paip tersebut.
Sekembalinya makcik tersebut ke meja makan, beliau membasuhkan tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja. Subhanallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringkas yang sukar dilihat pada hari ini. Ramai isteri takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami.
Kadangkala, ada isteri yang bergelar ustazah pun belum tentu boleh melayan dan memuliakan suami sedemikian rupa. Saya mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga Allah. Semoga sketsa yang dihidangkan secara spontan ini mendidik wanita diluar sana agar menghargai dan memuliakan suami pada tempatnya."

Wallahu'alam.
Senyumlah sahabat, Allah bersama kita!
Susunan oleh ~iNSan BiaSA~

Saturday, February 11, 2012

Demontrasi Mahasiswa…BETUL KE???


Masyaallah…apa yang nak jadi sekarang ni???Kenapa mahasiswa nak buat demontrasi???Betul atau Tidak tindakan mahasiswa ini…saya secara peribadinya bersedih dengan perbuatan mahasiswa ini kerana sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Apa yang sepatutnya berlaku ialah mahasiswa perlu mementingkan pendidikan dan pelajaran bukannya sibuk nak buat demontrasi. Sebagai seorang mahasiswa mereka seharusnya dapat berfikir dengan matang apakah tindakan mereka itu betul sekalipun tidak berpuas hati mereka seharusnya memilih jalan dan platform yang betul bukan dengan demontrasi. Kerana mengikut perasaan mereka bertindak begitu. Kalau dilihat dengan mata kasar dan secara luaran tindakan mereka seperti bukan seorang mahasiswa dan pelajar Universiti. Bagi saya mereka terlalu mengikut budaya barat yang apa-apa pun demontrasilah jalan penyelesaian. Kita di Malaysia mempunyai pelbagai cara nak selesaikan masalah. Kalau mahasiswa ini tidak berpuas hati mereka perlu mengambil kesempatan dalam pilihanraya kampus yang dilakukan bagi memilih wakil pelajar dan sekiranya ideology mereka di sokong ramai mereka akan menang. Tindakan demotrasi ini seakan-akan telah diambil peluang oleh sesetengah orang politik bagi memperjuangkan hak mereka. Saya merasakan mahasiswa ini salah. Tindakakn menurunkan bendera yang mempunyai gambar YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak adalah salah kerana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya perkara yang sama dilakukan oleh orang lain dengan menurunkan gambar pemimpin mereka dan ketua mereka apakah mereka akan berdiam diri dan sudah tentu merka akan menyatakan bahawa itu salah. Maka seharusnya mereka memikirkan apakah tindakan merteka itu betul. Apabila ditanya tujuannya dijawab mahukan kebebasan dalam institusi pendidikan. Saya ingin Tanya mereka apakah sekarang ini mereka tidak belajar dengan aman? Mereka tidak mendapat pendidikan yang betul? Mereka tidak menerima apa-apa faedah dari system pendidikan Malaysia sekarang ini? bukanlah saya nak menunjukkan bahawa saya ni betul tapi saya hairan dalam Negara kita yang sudah ada satu system pendidikan yang baik kita masih tidak mahu bersyukur dan belajar dengan elok. Saya juga pernah menjadi mahasiswa dan saya rasa tugas mahasiswa adalah belajar. Tapi apa yang dilakukan oleh mahasiswa ini. Saya bersetuju dengan pendekatan mereka yang mahukan keadilan dalam institusi pendidikan tapi demotrasi bukan caranya. Seperti yang saya katakan mereka mempunyai platform yang sangat baik iaitu pilihanraya kampus. Dengan cara itu mereka boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka pada pentadbiran Universiti, itu lebih baik. Mahasiswa adalah bakal pemimpin Negara dan saya yakin mereka dapat menetukan apa yang terbaik buat diri mereka. Saya sebagai orang muda akan menyokong mahasiswa sekiranya tindakan yang dilakukan oleh mereka itu betul dan sekiranya salah maka saya akan menyatakan salahnya mereka. Tapi dalam hal ini mahasiswa ada betulnya dan salahnya. Apa- apa pun selamat berjuang dan teruskan berjuang.

Wednesday, February 1, 2012

Dr Hassan Ali diPecat…Ruginya…


Apa nak jadi…apa nak jadi…terkejut saya apabila terdengar berita pemecatan YB Dato’ Dr Hassan Ali dari PAS. Inilah yang dikatakan satu tindakan berani kepimpinan PAS dalam senario politiknya. Saya mencari sebab yang munasabah diatas pemecatan Dr Hassan Ali. Sehingga kini saya tidak faham akan isu pemecatan ini. Apa yang saya faham dan lihat dari kaca mata saya seorang rakyat biasa dan seorang yang menyangjung perjuangan PAS, tindakan PAS ini adalah tindakan berani mati kerana Dr Hassan Ali bukanlah calang-calang orang. Maka apabila berlaku pemecatan ini, ramai pemimpin politik PAS dan Pakatan pembangkang dan Barisan Nasional  memberi komen dan penjelasan bagi mempertahankan keputusan itu dan bagi mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS. Rentetannya kerana Dr Hassan Ali sangat lantang dalam menyuarakan pendapat. Saya juga merasakan bahawa tindakan Dr Hassan Ali mempertikaikan dasar Negara Berkebajikan PAS itu adalah salah kerana sebagai ahli beliau tidak patut berbuat begitu sekalipun tidak berpuas hati perlulah menggunakan cara yang betul dengan melalui muktamar PAS contohnya. Mungkin dengan kelantangan Dr Hassan Ali ada baiknya kerana setidak-tidaknya ada keterbukaan dalam kepeimpinan PAS. Kelantangan Dr Hassan Ali dalam mempertikaikan dan mempersoalkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu keberanian yang ada dalam diri Dr Hassan Ali. Ini menunjukkan bahawa Dr Hassan Ali mempunyai nilai dan prinsip yang tinggi dan beliau mempertahankan nilai dan prinsip dalam perjuanganya. Mempertikaikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mungkin menjadi salah satu sebab mengapa beliau dipecat dari PAS. Saya juga bersependapat dengan Dr Hassan Ali isu Dato’ Anwar Ibrahim adalah isu peribadi dan bukan isu parti atau isu orang ramai dan mengapa perlu mengheret rakyat dalam masalah beliau. Selepas kritikan beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim tak lama lepas tu beliau terus di pecat dan sebab dipecat seperti yang dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS adalah kerana tindakan Dr Hassan Ali itu merugikan parti dan ia termaktub dalam perlembagaan parti. Dari sudut yang berbeza apabila dilihat keputusan dibuat selepas kritikan keras Dr Hassan Ali pada Dato’ Anwar Ibrahim dan kenyataan Azmin Ali bahawa PAS perlu bertindak di atas kenyataan Dr Hassan Ali.  Saya bersetuju kerana tindakan Dr Hassan Ali itu memang merugikan parti kerana ia menyebabkan kemaslahatan dan hubungan baik dalam pakatan pembangkang merosot. Maka tindakan perlu diambil tetapi dengan memecat Dr Hassan Ali ia agak drastic dan berani. Ramai pemimpin PAS menyatakan bahawa ini adalah tindakan yang tepat dan keputusan PAS adalah betul  begitu juga pemimpin pakatan pembangkang yang lain menyatakan PAS mengambil langkah bijak. Dari sudut lain pula ia seperti pemecatan ini dilakukan kerana campur tangan orang luar dalam masalah PAS. YAB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Nik Adbul Aziz Nik Mat apabila ditanya tentang pemecatan ini dan jawab Tuan Guru Dr Hassan Ali tak senonoh. Lain pula dari pemimipin Barisan Nasional yang kebanyakan dari mereka menyatakan mereka sudah menjangkakan pemecatan ini. Ada pemimpin yang menjemput Dr Hassan Ali menyertai UMNO tapi semuanya terpulang pada Dr Hassan Ali. Ada juga pemimpin PAS yang menyatakan bahawa pemecatan ahli adalah perkara biasa, maka sejarah parti dahulunya dijadikan hujah. Saya rasa sepatutnya Dr Hassan Ali di beri amaran secara rasmi supaya berhenti membuat kenyataan akhbar dan itulah lebih baik tapi apakan daya ini semua telah terjadi. Saya menyokong dan akan sentiasa menyokong apa sahaja keputusan kepimpinan tertinggi PAS kerana mereka lebih arif. Dengan pemecatan ini maka rugilah kerana seorang pemimpin yang bersih dan seorang ilmuan yang saya fikir boleh memberi impak dalam perjuangan PAS hilang dan ia amat merugikan. Saya sebagai seorang rakyat biasa hanya menyatakan pendapat dan pandangan saya dalam isu ini. Apapun saya doakan Dr Hassan Ali bersabar dan saya yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian ini.