Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya diberi keizinan kepada saya untuk terus menulis dan diberi keizinan kepada kita untuk terus hidup dan menghirup udara yang nyaman ini. Sesungguhnya kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan dan diberikan kepada kita. Janganlah kita menjadi seorang hamba yang tidak bersyukur. Baru sebulan kita berada ditahun baru 2011 ini dah berlaku bermacam-macam sepanjang bulan januari dan pertengahan februari ini. Sedar atau tidak sedar semuanya berpunca dari diri kita sendiri. Justeru itu, suka untuk saya mengingati diri saya dan juga diri tuan/puan pembaca sekalian supaya marilah kita sama-sama mempertingkatkan lagi segala amalan kita supaya supaya kita terselamat dari seksa Api Neraka Jahanam kerana di akhir zaman ini bermacam dan pelbagai dugaan yang amat dasyat berlaku. Ada satu hadis Rasulullah yang bermaksud “Daripada Abu Nijih ‘Irbadh r.a berkata, “telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.’ Lalu baginda pun bersabda, “ Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat(kepada Pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahyiddin ( khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pemimpin ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap nid’ah itu adalah sesa.” Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Renung-renungkanlah…
Hhhmmm…bulan ni merupakan bulan yang terakhir saya duduk saja dirumah. Selepas berkursus yang panjang maka saya sudah pun menerima surat penempatan saya. Alhamdulillah penempatan saya adalah negeri kelahiran saya sendiri. Tak dapat nak dibayangkan betapa seronoknya saya bila terima surat tersebut. Bila dah buka surat dan baca isi kandunganya memang la rasa sangat gembira. Rasa syukur sangat kerana saya dapat di kedah. Tak dapat saya bayangkan sekiranya saya ditempatkan di luar negeri kedah tapi itulah yang dikatakan rezeki. Apa pun saya sangat bersyukur kepada ALLAH diatas rahmat dan nikmat yang dikurniakanNya. Persiapan pun dah saya lakukan Cuma nak tunggu masa lapor diri sahaja. Siang malam tidur tak lena kerana memikirkan hari pertama nak lapor diri bekerja. Akhirnya sampailah tarikh yang dituggu-tunggu iaitu 14 Februari 2011, tarikh lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Lepas lapor diri di JKN Kedah maka saya terus ke tempat kerja saya iaitu daerah Kulim. Maka bermulalah hari- hari saya sebagai seorang penjawat awam yang berdedikasi terhadap tugasnya. Insyaallah…bukannya apa, saya mengharapkan dan sentiasa berdoa agar semua tugas dan kerja yang saya lakukan adalah ibadah. Insyaallah, sekiranya begitu saya akan menjadi lebih tenang dan seronok dalam bekerja. Sesungguhnya apabila kita niatkan dan memohon kepada ALLAH supaya pekerjaan kita sebagai ibadah dan kita bekerja dengan ikhlas kerana ALLAH maka kita akan rasakan ketenangan dalam bekerja dan semua orang yang berurusan dengan kita akan merasakan ketenangan dan seronok berurusan dengan kita. Begitulah hendaknya bagi setiap umat ISLAM. Apabila kita ikhlas kerana ALLAH dalam kita bekerja maka kerja kita kan menjadi mudah dan kita akan mendapat ketenangan dalam kita bekerja. Seharusnya kita sentiasa memberikan senyuman kepada semua pelanggan kita supaya mereka merasakan diri mereka dihargai dan dihormati. Kita juga tidak akan tertekan dengan kerja dan pelanggan kita yang ramai dan bermacam ragam. Dalam kita bekerja, kita memerlukan ketenangan dan keseronokkan dalam bekerja tapi apabila kita tidak dapat keseronokkan dalam bekerja, kita selalu menjadikan pelnggan kita sebagai mangsa dan melayan mereka ala kadar sahaja. Maka seharusnya kita buka kembali dan tengok diri kita apakah yang menjadi masalah kita dan kita akan dapati bahawa diri kita sendiri adalah puncanya kerana apa???kerana kita tidak ikhlas dalam bekerja. Sesungguhnya apabila kita ikhlas kerana ALLAH dalam melakukan tugasan harian kita maka kita akan dapati betapa seronoknya kita bekerja dan semua orang akan dapat nikmat dan rahmat atas keikhlasan kita bekerja. Insyaallah…marilah kita sama-sama membaiki diri kita dan menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam apa yang kita laksanakan…INSYAALLAH…
No comments:
Post a Comment