Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas limpah dan kurnianya kerana pada hari ini kita masih lagi diberi akan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan menghirup udara yang nyaman. Semoga dengan peluang yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita ini kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk kita mencari keredhaan ALLAH dan mendapat rahmat dan kasih saying ALLAH kepada kita. Sesungguhnya pada masa kini semakin banyak cabaran dan dugaan yang ada dalam kita mencari rahmat dan keredhaan ALLAH. Perkara yang paling utama harus kita tangani adalah akhlak kita yang mana akan memacu kita untuk berda di jalan yang diredhai oleh ALLAH. sesungguhnya dengan pembentukan akhlak kita maka kita akan dapat menempuh dan mengharungi segala macam cabaran dan dugaan yang ada pada masa kini, tapi persoalannya bagaimanakah kita nak membentuk akhlak yang baik. Saya bukanlah sehebat mana untuk memperkatakan tentang pembentukan akhlak diri tapi apa yang saya tulis adalah dari hasil pembacaan saya dan sedikit kajian yang saya buat terhadap masalah social yang berlaku pada masa kini. Kalau kita lihat dan amati sebaik mungkin maka kita akan dapat melihat bahawa masalh social semakin teruk dan meruncing dalam Negara kita. Pada pengamatan saya tidak ada satu pun usaha yang benar-benar dilakukan oleh kerajaan dan NGO yang berkenaan untuk menghapuskan masalah social ini bahkan semakin menggalakkan lagi masalah social terus berlaku. Saya tidak nafikan bahawa pihak kerajaan dan NGO yang berkaitan melakukan banyak kempen tapi apa yang saya tengok kempen itu hanyalah kempen “hangat-hangat tahi ayam” dan menghabiskan duit rakyat sahaja. Mana taknya setipa kali dibuat kempen habis beratus ribu duit dibelanjakan tapi hasilnya apa pun tak ada. Maka bagi saya eloklah kita sama-sama duduk dan berfikir apakah yang perlu kita lakukan dan buat. Maka pada saat itu baru kita akan Nampak dan terfikir bahawa kita perlu kembali ke jalan yang sebenar yang mana telah diberikan jalan dan petunjuk dalam menangani perihal ini. Bagi saya kita harus mengambil dan kembali kepada ISLAM dalam menyelesaikan semua masalah ini. ISLAM adalah untuk semua dan bukan untuk orang melayu sahaja. Kita kena yakin bahawa ISLAM adalah adil untuk semua dan tidak akan ada walau seorang yang akan tertindas dengan ISLAM bahkan ISLAM sentiasa menganjurkan umatnya agar berlaku adil pada semua. Maka pada hari ini seluruh dunia telah memperakui ISLAM adalah jalan penyelesaian. Maka kita yang menggelarkan Negara kita adalah Negara ISLAM maka seharusnya dan semestinya kita mengambil ISLAM sebagai panduan dalam hidup kita baik dari segi pemerintahan, pentadbiran, ekonomi, sukan, politik, social dan segalanya. Janganlah kita hanya melaungkan yang kita Negara ISLAM dan orang ISLAM tetapi kita menolak dan tidak mahu mengikut apa yang ALLAH perintahkan kepada kita. Inilah jalan yang terbaik yang mana dapat mengurangkan masalah social dan segala permasalahan yang wujud dalam Negara kita ini. marilah kita sama-sama mengorak langkah dan lakukan perubahan demi masa depan kita dan Negara. Seperti mana Rasulullah S.A.W bersabda: “Islamlah, nanti anda selamat”. Maka apakah kita tidak yakin dan mempercayai apa yang Rasulullah S.A.W sabdakan. Jadi marilah kita sama-sama mengorak langkah dan lakukan perubahan. Pembentukan akhlak adalah permulaan kita marilah kita membentuk akhlak kita mulanya dan semua kaum keluarga kita, sahabat, kawan, dan masyarakat kita. Persolannya Bagaimana membentuk akhlak????. Maka marilah kita sama – sama membincangkan persoalan ini. Selalunya akan timbul di benak fikiran kita apakah akhlak baik itu bersifat tabii(berdasarkan keturunan) atau sesuatu yang boleh diusahakan?. Jawapannya kedua-dua nya sekali. Namun, akhlak yang dibentuk atas usaha itu adalah lebih utama iaitu lebih dominan, Jadi kerana itulah Rasulullah S.A.W diutuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sekiranya akhlak baik hanya boleh diwariskan, dimana letaknya justifikasi ISLAM diutuskan untuk difahami, dihayati , diamalkan dan diperjuangkan dalam diri masyarkat dan ummah??? Apa itu akhlak??? Mari kita lihat dan memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan akhlak. Dari segi bahasa ia berasal daripada “khulq” yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Manakala dari segi maksudnya, Imam al-Ghazali menyatakan: “ Akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripada nya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.” Apa yang dikata oleh Imam al-Ghazali itu selaras dengan Ibn Maskawih yang menjelaskan, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.” Maksudnya apabila seseorang itu dengan mudah melakukan kebaikan yakni secara automatic, spontan dan konsisten, maka barulah dikira berakhlak. Sekiranya kebaikkan itu hanya dilahirkan setelah difikir-fikirkan terlebih dahulu, itu belum dikatakan akhlak. Misalnya apabila kita melihat orang berada dalam kesusahan meminta pertolongan daripada kita, dan kita berfikir terlebih dahulu sama ada mahu menolongnya atau tidak. Setelah beberapa ketika mempertimbangkan barulah kita kita memutuskan logic, patut dan boleh menolongnya, maka kita pun menghulurkkan bantuan. Ini belum dikira berakhlak. Akhlak ialah kebaikkan yang datang daripada hati bukan untuk “ambil hati”. Ia sudah melepasi proses mujahadah. Oleh sebab itu, tidak ada kesukaran lagi untuk melakukanya. Yang payah jadi mudah kerana perlakuan baik itu sudah sebati dan serasi dengan diri. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya bermaksud: “dan seorang lelaki yang bersedekah lalu ia menyembunyikan nya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya.”. (Riwayat Al-Bukhari) maksudnya, akhlak itu bebas daripada sebarang unsur lakonan, riyak munafik dan berpura-pura. Akhlak tidak boleh disamakan dengan moral dan etika kerana prinsip syariat bukan semata-mata akal. Maksudnya, piawaian akhlak itu berdasarkan prinsip wahyu dan hadis yang sifatnya mutlak dan kekal sepanjang masa. Sebaliknya, prinsip moral dan etika yang bersandarkan pemikiran, falsafah, budaya atau adat boleh berubah-ubah mengikut situasi, kondisi dan peredaran zaman. Apakah kaedah ISLAM membentuk akhlak penganutnya?. Kaedah ini dinamakan acuan ALLAH. Firman ALLAH yang bermaksud: " Acuan ALLAH dan siapakah yang terbaik acuanya selain ALLAH?" (surah al-Baqarah 2:138). Kaedah ini diperjelakan lagi oleh sebuah hadis yang dikenali sebagai :hadis Jibrail" - yang memuatkan dialog malaikat Jibrail dengan Rasulullah S.A.W. ketika menerangkan tentang iman, islam dan ihsan. Berikut adalah tiga tahap proses pembentukan akhlak iaitu Rukun Iman sebagai input, Rukun Islam sebagai proses dan Ihsan sebagai Output. Marilah kita sama-sama muhasabah diri...(dipetik dr Majalah SOLUSI: Bagaimana Membentuk Akhlak)
No comments:
Post a Comment