Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya kita diberikan peluang untuk menghirup udara yang nyaman ini. seperti bait-bait lagu yang dinyanyikan kumpulan unggu… “Izinkan ku ucap kata taubat, Sebelum Kau memanggilku kembali pada-Mu, menutup waktuku, Izinkan ku serukan nama-Mu, Sebelum nyawa dalam tubuhku Kau ambil, kembali pada-Mu, Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu, Tempatku mengadu, tempatku mengeluh, Di dalam doaku...Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku, Ku berjanji ku akan menjadi yang terbaik, Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu adalah sebaris doaku untuk-Mu”. Sebenarnya, sekiranya kita melihat dan mengambil apa yang terdapat dalam bait-bait lagu ini dan dibawa ke dalam kehidupan kita seharian amatlah molek dan cantik. Apakah kita sedar yang dalam kehidupan seharain kita, kita sering telupa bahawa kita adalah Hamba ALLAH dan kita tak sedar bahawa apa yang kita ada sekarang adalah milik ALLAH. Kenapa kita nak bongkak dan berasa bangga dengan apa yang kita ada sedangkan kita tahu dan sedar bahawa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari ALLAH. Seharusnya kita kembali dan mengorak langkah dengan lebih baik dengan kita sentiasa menginsafi diri kita. Saya bukanlah sehebat mana dan sebaik mana, saya hanyalah seorang hamba ALLAH yang sentiasa hidup dalam maksiat , yang mana mata melihat benda yang maksiat dan tidak halal untuk dipandang, mendengar perkara-perkara yang keji, bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan segalanya kearah keburukan dan maksiat. Di sini saya ingin mengajak dan meminta kepada semua dan diri saya agar marilah kita sama-sama untuk menginsafi diri kita dan berubah. Kita tinggalkan semua perkara yang tidak elok. Marilah kita memperbaharui iman kita dengan kita sentiasa berzikir kepada ALLAH. Zaman sekarang ini, segalanya kita boleh dapati baik yang buruk dan yang baik, tapi apakah kekuatan kita???. Saban hari kita dapat lihat pelbagai benda baharu yang diketengahkan oleh puak-puak kufur ini kerana apa…kerana mahu melihat jatuhnya Islam di dunia. Setiap masa orang bercakap tentang pembagunan dan kemajuan sesebuah Negara. Mereka meletakkan bahawa Islam sebagai penghalang kepada semua itu. Mereka dengan berani menyatakan bahawa islam hanya di Masjid, bila ada kematian, bila nak kahwin dan menyambut hari raya. Ini kata mereka sesetengah pemimpin Negara dan negeri, selebriti dan artis-artis yang mana agama yang tertera di kad pengenalan mereka ISLAM. Tapi merekalah yang sebenarnya mundur dan tidak maju. Mengikut apa yang saya pelajari dan fahami bahawa maju mundur sesebuah Negara atau negeri itu bukanlah terletak pada bagunan yang tinggi-tinggi, tapi kemajuan dan pembagunan sesebuah negeri itu terletak pada aklak dan akidah rakyat khususnya anak muda dan remaja di dalam Negara tersebut. Bukanlah saya nak menolok pembagunan dan kemajuan tapi harusnya kita semimbangkan semua itu. Kita dapat lihat betapa jahanamnya anak muda kita sekarang ini, mana yang rempitnya, yang penagihnya, peragutnya, perogolnya, pecah rumahnya, penzinaannya, buang anaknya dan semualah yang gejala sosail yang kita tahu. Apakah ini yang kita nak katakan bahawa Negara maju. Mengapa semakin hari, semakin berleluasa gejala dan masalah social ini. Bagaimana boleh berlaku???. Suka saya katakan bahawa kita hari ini disogok dengan terlalu banyak hiburan yang bagi saya tidak manafaat yang mana semuanya menyumbang kepada masalah social. Bayangkan bahawa cerita kartun yang ditayangkan pun menunjukkan cara hidup bebas dan budaya yang tak elok. Inikan pula cerita bagi remaja. Suka saya ambil satu contoh yang mana ditayangkan untuk ditonton oleh kanak-kanak dan remaja semasa cuti sekolah iaitu icarly. Bayangkan bagaimana satu budaya yang tidak elok di dalam cerita tersebut. Kalau bagi mereka yang berpaksikan mentality liberal memang tidak ada salahnya tapi terdapat bayak perkara yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Saya ambil lagi satu contoh mudah, berapa banyak kisah dan cerita- cerita dari Indonesia yang mana ditayangkan di Malaysia dengan adanya pari-pari dan sebagainya. Ini menyebabkan kanak-kanak dan anak muda remaja percaya wujudnya pari-pari dan semua cerita yang ada dan ditayangkan di stesen television Malaysia sama sahaja. Apabila baru-baru ini saya dapati dalam akhbar harian di Malaysia, satu cerita yang bertajuk Sakti Delima telah diharamkan tayangannya di Malaysia dengan serta merta, tapi kenapa cerita-cerita lain yang ditayangkan yang mana dari Indonesia tak diharamkan. Apa sudah jadi????...sebab orang Malaysia yang buat kita kena haramkan dan kalau bukan orang Malaysia kita halalkan sedangkan semua cerita adalah mempunyai unsul tahyol yang mana boleh memesongkan akidah umat islam. Kenapa????sampai hari ini saya masih tertanya-tanya???. Masih ada banyak lagi cerita-cerita yang mengajak dan menyebabkan remaja dan anak muda hari ini untuk terjebak dalam kancah maksiat. Kita tengok saja di semua stesen tv dalam Negara kita dari RTM sampailah ke ATSRO semuanya ada cerita-cerita yang begitu. Saya tertanya apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dan pihak yang berkenaan dalam mengatasi masalah social. Apa yang saya lihat mereka lebih menggalakkan hiburan di kalangan remaja dan anak muda. Membenarkan Konsert Adam Lambert, inul, Lady Gaga, dan beberapa artis luar dan dalam negar. Dulu ada pernah kecoh satu carnival telah diharamkan tapi carnival itu masih berlangsung. Tan Sri Harunsani Zakaria menyatakan bahawa konsert sureheboh adalah haram tapi apa yang mereka buat konsert masih berjalan dan namanya ditukar kepada jomheboh tapi masih dengan konsep dan konsert yang sama. Semua ini meggalakkan dan menjana maksiat semakin berleluasa. Di mana silapnya saya pun tak tahu, bagi saya selagi masih kita meneruskan apa yang di tiru dari barat kita takkan dapat mengurangkan masalah social bahkan menghapuskannya. Saya tidak mampu untuk mengubah semuanya tapi yang saya mampu hanyalah menulis dan menyatakan ketidaksenangan saya dan teguran saya kerana saya tak punyai kuasa untuk membuat semua itu kerana pada pengamatan saya masalah social semakin teruk dan semakin bertambah. Selagi pihak yang berkenaan pejam mata, buat bodo dan menjaga dan mencari kepentingan sendiri maka akan bertambah teruk masalah social ini. Seharusnya kita dapat berfikir dengan waras dan baik. Tanggungjawab kita sebagai masyarakat dan rakyat di sekeliling ialah LAKUKAN PERUBAHAN DEMI MASA DEPAN NEGARA. Sanggupkah kita melihat anak muda dan remaja kita terus hanyut dan rosak akhlak…RNUNG-RENUNGKANLAH….