Sunday, April 3, 2011

Remaja...semakin jauh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menulis di blog saya ni. Hari ini kita masih lagi diberi keizinan oleh ALLAH untuk terus menghirup udara yang nyaman ini dan meneruskan kehidupan kita. Sesungguhnya marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita hambanya. Dan sebagai hamba, maka seharusnyalah kita melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Jangan hanya kita mengakui yang kita ini hamba ALLAH S.W.T tetapi dalam masa yang sama kita menolak ISLAM dalam keadaan kita tidak sedar dan yang paling nyata adalah kita tidak menjalankan dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T bahkan kita melakukan apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T kepada kita. Remaja hari ini semakin jauh dan semakin bijak dalam semua bidang sehinggakan apa yang tak pernah dibuat oeang pun dibuatnya. Saban hari kita mendengar dan membaca tentang kisah-kisah remaja dan belia hari ini. Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam, malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman :

“Janganlah kamu mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)

Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad “Wahai pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah          (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-Qardhawi: 2/549 no 1095). Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa. Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”. Faktor Berlaku Seks Bebas, Antara punca-punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Selain itu, dorongan dalaman dalam jiwa seseorang juga merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak ini. Bagi seorang remaja yang normal, dia akan mempunyai tarikan seksual terhadap jantina yang bertentangan dan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan seks. Berdasarkan Berita Harian, laman web lucah yang mudah dilayari turut menyebabkan pergaulan seks bebas meluas di hari ini. Kadar laman web lucah yang serendah 15 sen sehari ini menggalakkan ramai remaja terjerumus dalam dunia lucah yang kemudian hari menyebabkan peningkatan seks bebas. Menurut Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia, daripada 25 laman web lucah yang terkemuka, hanya 2 yang dapat disekat. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa pencipta web laman lucah ini semakin berleluasa. Kesan Seks Bebas, Antaranya komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit- penyakit ini ialah:
·         mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy, barah kemandulan, sakit jantunginfeksi dan sakit puan dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengidap  penyakit radang paru-paruterencat akalganguan sistem saraf dan sakit mata. Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam masyarakat. 

Tuesday, March 29, 2011

Saturday, March 26, 2011

Workshop...mana penyelesaian????

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kita kepada ALLAH diatas limpah dan rahmatnya dapatlah kita untuk terus menghirup udara dan melihat keindahan alam yang tersangatlah indah. Maka, kita sedar bahawa betapa hebatnya PENCIPTA alam ini dan bersujudlah kita kepadaNya. Marilah kita sama-sama bertaqwa kepada ALLAH moga-moga ALLAH merahmati kita hendaknya.
Saya baru balik dari Workshop yang saya hadiri mengenai bagaimana nak mengatasi dan menyelesaikan masalah sosial pada hari ini. Jalan penyelesaiannya ada, tapi apakah berkesan atau tidak msih kita tidak tahu, nmacam yang saya katakan sebelum ini, pemikiran kita masih lagi tertumpu dengan cara sosialis barat yang menunjukkan cara bagaimana nak selesaikkan masalah sosial ini. Sepanjang seminggu saya di sana saban hari kita membincangkan dan mencari jalan penyelesaian tetapi tidak berjaya. Jalannya ada tapi masih menimbulkan pemasalahan yang serius. Macam kita nak buat bumbung untuk sesebuah bagunan, kalau kita tak ikut dan amik jalan yang betul cara nak buat maka akan bocorlah bumbung tersebut, begitu jugalah saya nak katakan bahawa sekiranya kita masih memilih jalan yang salah dalam nak menyelesaikan masalah yang meruncing maka kita tak akan dapat apa-apa. Perlbagai deligasi dari perlabagai negara datang, semuanya dengan harapan untuk membawa hasil perbincangan ke negara masing-masing tapi apa yang dapat hanya masa terbuang dan penyelesaian yang tercapai hanyalah cara yang sudah lama ada dan tidak ada langsung keberkesanannya. Saya pun hairan, kenapa dan mengapa????... dari pengamatan saya, semua yang dibincangkan tidak ada rujukkan dan asasnya. Kebanyakkan yang hadir adalah dari negara ISLAM dan beragama ISLAM tapi tidak mahu mengambil ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Ada seorang deligasi dari sebuah negara islam nun jauh di timur tengah memberi soalan kepada speaker pada sesi perbincangan yang mana speaker adalah dari MALAYSIA, soalannya lebih kurang begini " kenapa kita tidak mengambil ISLAM sebagai jalan penyelesaian"...maka jawab speaker itu...agama tidak boleh diletakkan sebagai jalan penyelesaian kerana agama adalah berbeza...siapa speaker itu biarlah rahsia...tapi saya kecewa kerana speaker itu ada suara dan kuasa kenapa dia sendiri tak mahu ISLAM sebagai jalan penyelesaian. tinggalkan speaker itu, balik pada kisah workshop, maka selepas pada itu maka semua perbincangan terarah kepada cara dan pandangan barat dan sosialis dalam menyelesaikan masalah sosial. Saya tak nampak dan tak paham kenapa perlu kita nak ikut sangat barat tu, sedangkan masalah sosial di tempat mereka sendiri pun teruk, sibuk nak bagi cadangan dan cara untuk penyelesaian kepada orang lain. inilah yang dikatakan BODOH...saya teringat kata cikgu saya masa sekolah menengah dulu...bodoh kalau meniru tapi  dua kali bodoh kalau meniru kena tangkap...macam tu lah saya nak andaikan kita meniru dan ambil cara yang mana gagal dalam pelaksanaannya dan orang yang menyuarakan cara itu BODOH...maka kita yang meniru cara itu dua kali BODOH...saya ada membawa perbincangan di kalangan deligasi islam supaya mengambil ISLAM sebagai jalan penyelesaian, apa yang saya harapkan adalah pandangan yang sama dan menyokong tetapi mereka mentah-mentah menolak ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Saya sedih dan terkejut bukan saja menolak bahkan menafikan ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Saya terus mengunci mulut dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Kalau dah orang ISLAM sendiri menolak ISLAM maka, kita sendiri tahu apakah itu...kecelakaanlah jawabnya...Saya tertarik pada satu sesi perbincangan, yang mana deligasi bukan ISLAM menyatakkan pendapat yang mana menyokong dan menyatakan ISLAM adalah jalan penyelesaian. Tapi tidak mendapat sokongan penuh kerana hujahnya di selar oleh orang ISLAM sendiri. bukan seorang dua deligasi bukan ISLAM menyatakan ISLAM adalah jalan penyelesaian tapi ramai. Sayangnya mereka sendiri tidak sedar apa yang mereka hujahkan itu adalah ISLAM. Maka kesedaran itulah yang penting tapi mereka menolak pelaksanaan ISLAM sebagai jalan penyelesaian, maka tak akan adalah cara dan jalan yang dapat menyelesaikan semua masalah sosial ini selain ISLAM.

Monday, March 14, 2011

Welcoming IYC...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menulis lagi pada kali ini. Apakah yang telah kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan dari ALLAH. Marilah kita sama-sama mencari wadah dan berusaha untuk berdakwah dengan cara kita dan dengan apa yang kita mampu dan tak semestinya kita perlu menjadi seorang ustaz untuk kita berdakwah tetapi kita perlulah berdakwah dengan apa yang kita lakukan, contohnya pekerjaan kita, maka kita berdakwah melalui pekerjaan kita dengan menjadi pekerja yang berdedikasi dan sentiasa berdisiplin, kita juga boleh berdakwah melalui cara pemanduan kita di jalan raya yang mana apabila kita sebagai muslim menunjukkan peribadi yang mulia di jalan raya mahupun di mana sahaja maka kita telah menyebarkan keindahan islam itu dengan jayanya dan itulah kita namakan sebagai wadah lain dalam berdakwah. Maka tidak ada lagi alasan kita untuk tidak berdakwah kerana kita bukan ustaz. Maka dari cara itu kita juga dapat mendidik diri kita supaya terus menjadi lebih baik. Jadi marilah kita sama-sama betulkan diri kita dan jadilah seorang muslim yang sentiasa menginsafi diri dan memohon keampunan kepada ALLAH. Insyaallah, minggu ini saya akan ke International Youth Center, Bandar Tun Razak, Cheras untuk menghadiri satu Workshop berkenaan Youth. Workshop ini yang mana akan membincangkan dan mencari jalan penyeklesaian terhadap masalah sosial di kalangan belia dan remaja yang mana sekarang ini semakin meruncing. Bagi saya, selagi kita masih mengikut dan mengambil cara barat dan sosialis dalam menyelesaikan masalah sosial kita tak akan dan tak mungkin dapat menyelesaikan masalah sosial ini. Kalau kita sendiri ingin dan semua kita ingin masalah ini berkurang maka kita kenalah kembali kepada ISLAM yang mana sudah ada cara dan jalan untuk semua permasalahan ini. Kalau kita sendiri sebagai negara ISLAM tidak mahu mengambil ISLAM sebagai cara hidup dan masih mahu mengambil barat dan kafir sebagai rujukan dalam menyelesaikan masalah maka kita tersangatlah bodoh. Bukanlah kita per4lu menolak semua pendapat dari barat, yang mana yang baik dan tidak melanggar syarak untuk kita ambil maka kita bolehlah laksanakan tapi tak perlulah kita nak menolak ISLAM sebagai jalan penyelesaian. Apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa saya tulis dan saya terangkan, Insyaallah saya menantikan workshop itu nanti, kerana deligasi dari seluruh duni akan menyertainya dan saya akan dapat apakah cara dan jalan yang perlu diambil dan apakah keberkesanannya. Sama-samalah kita nantikan....