Sunday, July 10, 2016

Syawal diRai dengan penuh Kesyukuran...

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan telah pun meninggalkan kita. Sesungguhnya Ramadan akan menjadi saksi yang membela kalangan mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakan ketaatan kepada Allah S.W.T atau sebaliknya menjadi saksi yang akan menghina mereka yang memandang remeh terhadapnya.
Sewaktu zaman generasi sahabat dahulu, saat mana Ramadan akan meninggalkan mereka; hati mereka merasa sangat sedih kerana bimbang yang amalan mereka di bulan Ramadan dahulu tidak diterima oleh Allah S.W.T. Oleh yang demikian, mereka segera menumpukan perhatian dalam menyempurnakan dan menekuni amalan sebagaimana yang dilakukannya dalam bulan Ramadan agar amalan mereka diterima.
Jelasnya, mereka bukanlah golongan yang merasa puas dengan amalan yang telah dilakukan dan mereka tidaklah termasuk ke dalam golongan yang tertipu akan pelbagai amalan yang telah dilakukan. Akan tetapi mereka adalah kaum yang sentiasa merasa bimbang dan takut bahawa amalan yang telah mereka lakukan ditolak oleh Allah S.W.T kerana adanya kekurangan. Demikianlah sifat seorang mukmin yang mukhlis dalam beribadah kepada Tuhannya. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Mukminun ayat 60:

Maksudnya: “Dan orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gerun-gementar, kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka.”

Namun persoalannya, apakah sebenarnya yang kita raikan dengan ketibaan Syawal ini?. Ya, sesungguhnya, yang kita raikan dengan ketibaan 1 Syawal itu adalah disebabkan kembalinya fitrah kehidupan kita atas dasar panji Islam. Jelasnya, Idul Fitri itu adalah anugerah terbesar pemberian Allah S.W.T iaitu agama Islam. Agama yang telah memuliakan kita, memberi harga diri kepada kita, dan yang telah memelihara martabat kemanusiaan kita. Firman Allah S.W.T. dalam Surah At- Taubat ayat 33:

Maksudnya: “Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya.”

Kehidupan kita menjadi sempurna disebabkan Islam satu-satunya agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T sebagai jalan hidup. Maka pada saat kita menyambut dan meraikan kehadiran Syawal ini, kesedaran inilah yang kita raikan dan wajar bagi kita untuk memperbanyakkan pujian kepada Allah S.W.T di atas nikmat ini.
Menerusi didikan Ramadan, kita telah membuktikan kecintaan kita kepada Islam daripada menjadi hamba kepada dunia, nafsu dan harta benda. Walaupun ada kalanya kita diserang dengan pelbagai persepsi ganas oleh musuh-musuh Islam. Namun, ini tidak mampu melemahkan kita bahkan menjadikan kita lebih gigih dan cekal untuk terus bertahan walaupun diasak dari segenap sudut. 

Apa yang kita capai saat ini, sebenarnya dijana menerusi ibadah puasa yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh selama sebulan. Namun begitu, kita tidak seharusnya lupa untuk menilai sejauh manakah kita telah mengisi Ramadan yang telah berlalu pergi. Adakah ibadah kita cukup meraih keampunan Allah atau berhasil mencapai gred nilai takwa tertinggi sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.?
Hanya diri kita sahaja mampu untuk menjawabnya. Kita lebih mengetahui usaha dan nilai puasa yang kita lakukan.  Beruntung dan bergembiralah mereka yang telah bersusah payah beramal untuk meraih keampunan dan keredhaan Allah, serta dukacita dan rugilah mereka yang lalai dan leka sepanjang Ramadan.  Jika Ramadan yang berlalu pergi itu tidak mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti diri kita, maka pada bulan dan ketika manakah lagi yang boleh menjadi pendorong yang dapat mengubah diri kita ini?
Setiap orang Islam berhak untuk beramal mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. Jika Allah menerima amalannya, ini bermakna segala amalan yang dilakukannya adalah betul menurut apa yang diredhai Allah S.W.T. Antara tanda-tanda sesuatu amalan itu diterima adalah 

  • pertama: menjadi lebih taat dan patuh kepada Allah S.W.T secaraberkekalan, malah mampu mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik dan berkualiti. 
  • Kedua: wujudnya dorongan untuk melakukan ketaatan yang tidak pernah terhenti. Ini merupakan rahmat Allah dan kelebihan yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan dengan ikhlas serta menjadi dalil keredhaan Allah S.W.T.
  • Ketiga: melakukan amal soleh dengan penuh keimanan dan tidak mensyirikkan Allah S.W.T.
  • Keempat: sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. di mana faedahnya kembali kepada dirinya sendiri. Dan 
  • kelima: terpancar kemuliaan akhlak, mempunyai hubungan baik sesama manusia, dan merasai dirinya dalam perhatian Allah S.W.T. 

Jelasnya, segala amalan ketaatan yang dilakukan merupakan satu alat dalam proses penyucian jiwa di mana semakin banyak dilakukan, maka semakin bertambah ilmu, amal dan hidayah daripada Allah S.W.T. Sememangnya kita mengharapkan Ramadan yang lalu telah pun melahirkan benih takwa agar kita sentiasa berada di atas petunjuk kebenaran dan meraih kejayaan di sisi Allah S.W.T. Oleh itu, saya ingin mengingatkan bahawa kehadiran Syawal bukan bertujuan untuk kita bermegah dengan pencapaian keduniaan dan kebendaan. Apa yang paling penting ialah kita beroleh takwa yang menjadi jaminan keselamatan untuk kita sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Di kesempatan ini, saya menyeru sidang jemaah sekalian untuk bersama-sama melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal sebagaimana yang digalakkan oleh baginda Rasulullah S.A.W sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T dan mengikuti sunnahnya. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Ayyub al-Ansari RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal akan memperoleh pahala seperti puasa setahun.”

Dikesempatan ini juga saya ingin mengajak kita semua untuk menghayati apa yang saya kongsikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama:
Ramadan akan menjadi saksi yang membela golongan yang bersungguh-sungguh berpuasa dan penuh keimanan mengerjakan ketaatan kepada Allah S.W.T.
Kedua:
Ketibaan Syawal adalah lambang kembalinya fitrah kehidupan manusia di atas dasar panji Islam.
Ketiga:
Allah menerima amalan hamba-Nya yang dilakukan penuh keimanan, ketaatan, keikhlasan, berkekalan dan menambahkan mereka dengan ilmu, amal dan hidayah daripada Allah S.W.T.


Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):  Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Fussilat: 30)

Susuna dan Olahan semula oleh ~iNSan BiaSA~

Sunday, July 3, 2016

DI AMBANG IDUL FITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

• Bulan Ramadhan, sudah berlalu. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.
• Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.
Bolehkah Bersuka Ria di Hari Raya?
Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.
Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya : 
دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ
Maksudnya :
"Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya"
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.HM, Nabi S.A.W pernah bersabda : 
مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَذَلِكُمْ الْمُؤْمِنُ
Maksudnya :
"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati "
Mengapa Mukmin Soleh Bersedih ?
Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.
Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-
1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.
2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.
3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.
4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.
5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa.
AMALAN-AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri. 
Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta' :
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya :
“Sesungguhnya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya. 
Hadis yang diriwayatkan daripada al-Fakih bin Sa‘ad R.A berkata :
أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ عَرَفَةَ
Maksudnya :
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W seringkali mandi pada hari raya Idul Fitri, Hari Raya Idul Adha dan Hari ‘Arafah….”
2. Memakai bau-bauhan yang wangi
Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.
3. Memakai pakaian yang paling baik
Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi 
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri
Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya :
“Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).”
5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri
Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat. 
Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.
Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata :
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ
. Maksudnya: 
“Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat.”
6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.HM katanya : 
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya : 
“Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).”
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.HM katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya : 
“Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.”
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini :
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam 
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt 
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam. 
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.
7. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :
Maksudnya : 
“...Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”
Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)
Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :
i. وَمِنْكُمْ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua) 
ii. مُبَارَكْ عِيْدُ – (Selamat) hari raya yang diberkati. 
iii. Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan.
Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)
9. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya.
Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

Susunan dan Olahan semula oleh ~iNSan BiaSA~

Saturday, June 25, 2016

Ramadhan pergi disaat kita masih merinduinya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sidang pembaca sekalian...saat tinta ini ditulis, hati seakan menangis dan sedih kerana ramdhan bakal pergi meninggalkan kita disaat kita masih rindukanya dan belum lagi puas kita berada didalamnya...perginya ramdhan ini maka akan pergi sekali kelebihan yang ALLAH kurniakan pada bulan ini, yang tidak mungkin ada pada bulan yang lain. Sedara atau tidak kita sudah berada di penghujung ramadhan yang mana rata rata kita sedang sibuk mempersiapkan diri dan keluarga bagi menyambut syawal yang bakal tiba. Tidak salag kita menyambut dan meraikan syawal yang bakal tiba, tetapi kita masih berada dalam bulan ramadhan dan kita perlu terus memperbanyakkan amalan kita, Sesungguhnya, apakah kita sedar pada malam malam terakhir inilah kita disarankan untuk terus melipatgandakan lagi amalan kita, Sepertimana yang disebutkan oleh baginda Nabi S.A.W kepada kita bahawa pada 10 malam terakhir inilah akan adanya malam seribu bulan iaitu malam lailatu qadr. Apakah kita tidak mahu meraih akan malam ini yang mana disebut sebagai malam 1000 malam, Maka marilah kita bersama-sama teruskan amalan kita dan memperbanykkan amalan kita. Jangan kita turutkan hawa nafsu kita untuk melupakan malam malam yang bahagia ini. Marilah kita sama sama beriktikaf di masjid masjid kita, Bangun ditengah malam memhon ampun kepada ALLAH. Dengan itu, ALLAH akan mengampunkan segala dosa kita dan mengurniakan malam lailatul qadr yang diharapkan oleh orang yang beriman. Janganlah kita ketinggalan dalam meraih keampunan ALLAH. Rebutlah peluang yang ALLAH berikan kepada kita. Marilah kita sama sama mengimarahkan masjid masjid pada sepuluh malam terakhir ini. Moga ALLAH mengampunkan segala dosa dan mengurniakan rahmatnya buat kita. Amin Ya Rabb...

Thursday, June 9, 2016

Ramadhan...Bulan yang dinantikan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAh atas kesempatan yang diberikan kepada kita kerana kita masih lagi sempat untuk terus melakukan ibadah puasa pada tahun ini. Kita seharusnya bersyukur diatas kesempatan yang ALLAH berikan kepada kita kerana ada setengah daripada kita tidak dapat melakukan ibadah puasa kerana keuzuran ataupun telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Sesungguhnya kita hari ini diberi dengan segala macam nikmat yang tidak terhingga banyaknya dan berapa banyak diantara kita yang bersyukur dengan nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita. Semoga dengan kehadiran ramadhan kali ini dapat memberikan impak yang berkesan dalam kehidupan kita. Ramadhan yang kita semua sedia maklum merupakan satu bulan rahmat yang n ALLAh berikan kepada kita yang mana pada bulan ramadhan inilah kita disarankan supaya memperbanyakkan ibadat kepada ALLAH. Ramdahan juga dikenali sebagai bulan ibadat. Dapat kita lihat bahawa kesemua kita pada bulan ramadhan berlumba-lumba dalam melakukan ibadat. Maka amat banyaklah keistimewaan bulan ramadhan yang telah diberikan ALLAH kepada keselluruhan hambanya. Terpulanglah kepada kita samaada nak mengambilnya secara baik ataupun sebaliknya. Sesungguhnya ALLAH mengkhususkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lainnya dengan keutamaan yang agung dan keistimewaan yang banyak. ALLAH berfirman yang bermaksud : 


(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” (Al-Baqarah : 185).



Di dalam ayat yang mulia ini, ALLAH menyebutkan dua Keistimewaan bulan Ramadhan yang agung, iaitu:
Pertama, diturunkannya Al-Qur’an di dalam bulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia dari kegelapan menuju cahaya. Dengan kitab ini (Al Quran), ALLAH memperlihatkan kepada mereka kebenaran (al-haq) dari kebatilan.  Kitab yang di dalamnya terkandung kemaslahatan (kebaikan) dan kebahagiaan (kemenangan) bagi umat manusia, serta keselamatan di dunia dan di akhirat.
Kedua, diwajibkannya berpuasa di bulan tersebut kepada umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika ALLAH memerintahkan hal tersebut dalam firman-Nya yang bermaksud,” Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” ( Al-Baqarah: 185)
Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam [1], di antara kewajiban yang ALLAH wajibkan, dan telah diketahui dengan pasti bahwa puasa Ramadhan adalah bahagian dari agama, serta berdasarkan kesepakatan (ijma’) ulama'. Barangsiapa yang mengingkarinya (kewajiban puasa Ramadhan), maka dia telah kafir.
Sesungguhnya siapa-siapa yang berada di tempatnya samaada bermukim atau tidak dan sihat walafiat tanpa ada keuzuran yang dibenarkan oleh syarak', maka wajiblah dia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud,” Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” (Al-Baqarah: 185) Dan barangsiapa yang bermusafir atau sakit yang dibenarkan oleha syarak, maka wajib baginya mengganti puasa di bulan yang lain, sebagaimana firman ALLAH  yang bermaksud, “Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” (Al-Baqarah: 185)
Di sini jelaslah bahawa tidak ada keringanan untuk tidak berpuasa di bulan tersebut, baik dengan menunaikannya di bulan Ramadhan atau di luar bulan Ramadhan kecuali bagi orang yang sudah tua atau orang sakit yang tidak diharapkan kesembuhannya. Kedua kelompok tersebut tidaklah mampu berpuasa, baik di bulan Ramadhan atau di luar bulan Ramadhan. Bagi keduanya terdapat hukum lain yang perlu kita pelajari lagi di kulaih atau majlis ilmu yang berdekatan di masjid ataupun disuarau. Tidaklah dapat saya jelaskan secara meneyluruh akan hukumnya. Insyaallah, semoga ALLAH memberi kesempatan atas saya untuk menghuraikan dan menjelaskan kepada semua pembaca yang budiman. 
Dan termasuk di antara keutamaan bulan Ramadhan adalah apa yang dijelaskan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam shahihain dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“Jika bulan Ramadhan tiba, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan setan-setan dibelenggu” [2]
Hadits ini menunjukkan atas keistimewaan yang agung dari bulan yang penuh berkah ini, iaitu,
Pertama, dibukanya pintu-pintu surga di bulan Ramadhan. Hal ini kerana banyaknya amal soleh yang disyariatkan di bulan tersebut yang menyebabkan masuknya seseorang ke dalam syurga. Sebagaimana firman Allah Ta’ala,
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“Masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan” (An-Nahl: 32).
Kedua, ditutupnya pintu-pintu neraka pada bulan ini, disebabkan oleh sedikitnya maksiat yang dapat memasukkan kita ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah Ta’ala,
فَأَمَّا مَنْ طَغَى (37) وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا (38) فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى (39)
“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya)” (An-Nazi’at: 37-39).
Dan juga firman Allah Ta’ala,
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا
“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya baginyalah neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya” (Al Jin : 23).
Ketiga, iblis dan syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan. Syaitan tidak mampu untuk menggoda (menyesatkan) manusia, menjerumuskan manusia dalam kemaksiatan, atau memalingkan manusia dari amal soleh, sebagaimana yang syaitan lakukan di selain bulan Ramadhan. Tercegahnya manusia -di bulan yang penuh berkah ini- dari melakukan berbagai hal yang keji merupakan rahmat untuk kaum muslimin, sehingga mereka pun memiliki kesempatan untuk mengerjakan berbagai amal kebaikan dan menghapus dosa-dosa mereka.
Dan termasuk dalam keutamaan bulan yang penuh berkah ini adalah dilipatgandakannya amal kebaikan di dalamnya. Diriwayatkan bahwa amalan sunnah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang sama dengan amal wajib. Satu amal wajib yang dikerjakan di bulan ini setara dengan 70 amal wajib. Barangsiapa yang memberi buka puasa untuk seorang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka, dan baginya pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala oarang yang berpuasa tersebut sedikit pun.
Semua kebaikan, berkah, dan anugerah ini diberikan untuk kaum muslimin dengan datangnya bulan yang penuh berkah ini. Oleh kerana itu, hendaklah kaum muslimin menyambut bulan ini dengan kegembiraan dan keceriaan, memuji ALLAH yang telah mempertemukannya (dengan bulan Ramadhan), dan meminta pertolongan kepada-Nya untuk dapat berpuasa dan mengerjakan berbagai amal soleh di bulan Ramadhan.
Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang agung dan mulia, bulan yang penuh berkah bagi umat Islam. Kami memohon kepada ALLAH Ta’ala untuk menganugerahkan keberkahan bulan Ramadhan kepada kami. [3]
Catatan kaki:
[1] Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Islam dibangun di atas lima perkara, (1) syahadat bahwasannya tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah; (2) mendirikan shalat; (3) menunaikan zakat; (4) berhaji; dan (5) puasa Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 7 dan Muslim no. 16)
[2] HR. Bukhari no. 1898, 1899 dan Muslim no. 1079.
[3] Diterjemahkan dari: Ittihaaf Ahlil Imaan bi Duruusi Syahri Ramadhan, karya Syaikh Dr. Shalih Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan, Daar ‘Ashimah Riyadh KSA, cetakan ke dua, tahun 1422, hal. 135-137.
Susunan dan Olahan semula Oleh ~iNSan BiaSA~