Saturday, June 25, 2016

Ramadhan pergi disaat kita masih merinduinya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sidang pembaca sekalian...saat tinta ini ditulis, hati seakan menangis dan sedih kerana ramdhan bakal pergi meninggalkan kita disaat kita masih rindukanya dan belum lagi puas kita berada didalamnya...perginya ramdhan ini maka akan pergi sekali kelebihan yang ALLAH kurniakan pada bulan ini, yang tidak mungkin ada pada bulan yang lain. Sedara atau tidak kita sudah berada di penghujung ramadhan yang mana rata rata kita sedang sibuk mempersiapkan diri dan keluarga bagi menyambut syawal yang bakal tiba. Tidak salag kita menyambut dan meraikan syawal yang bakal tiba, tetapi kita masih berada dalam bulan ramadhan dan kita perlu terus memperbanyakkan amalan kita, Sesungguhnya, apakah kita sedar pada malam malam terakhir inilah kita disarankan untuk terus melipatgandakan lagi amalan kita, Sepertimana yang disebutkan oleh baginda Nabi S.A.W kepada kita bahawa pada 10 malam terakhir inilah akan adanya malam seribu bulan iaitu malam lailatu qadr. Apakah kita tidak mahu meraih akan malam ini yang mana disebut sebagai malam 1000 malam, Maka marilah kita bersama-sama teruskan amalan kita dan memperbanykkan amalan kita. Jangan kita turutkan hawa nafsu kita untuk melupakan malam malam yang bahagia ini. Marilah kita sama sama beriktikaf di masjid masjid kita, Bangun ditengah malam memhon ampun kepada ALLAH. Dengan itu, ALLAH akan mengampunkan segala dosa kita dan mengurniakan malam lailatul qadr yang diharapkan oleh orang yang beriman. Janganlah kita ketinggalan dalam meraih keampunan ALLAH. Rebutlah peluang yang ALLAH berikan kepada kita. Marilah kita sama sama mengimarahkan masjid masjid pada sepuluh malam terakhir ini. Moga ALLAH mengampunkan segala dosa dan mengurniakan rahmatnya buat kita. Amin Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment