Monday, May 3, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...SAHABATKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku rasa dah hampir tiga minggu aku tak tulis dalam blog aku ni. Ya la aku x dak lap top. Sebelum ni aku tulis blog guna laptop kak aku. Tapi bila kak aku amik balik laptop tu maka aku pun tak boleh la nak tulis lagi. So bila dah lama tak tulis ni…macam2 la yang aku nak tulis…jadi gian plak…hehehe…mula-mulanya aku nak tulis tengtang perkahwinan kawan baik aku yang bagi aku diketogorikan sebagai sahabat la. Memang best bila dapat atu dia nak kawin. Dia bagi tau kat aku sebulan sebelum dia kawin. Kiranya sempatla aku nak wat persediaan nak pi rumah dia. Setiap hari aku berdoa pada ALLAH supaya di permudahkan bagi aku p ke rumah dia. Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa. Aku bersyukur sebab aku boleh p ke rumah dia. Aku p dengan ikut lawatan Hospital Sultanah Bahiyah ke Kelantan. Nak jadi cerita rombongan tu sepatutnya pada 21- 24 april 2010 tapi tarikhnya bertukar ke 28 – 30 april 2010. Pada mulanya aku tak mau ikut rombongan tu sebab aku nak p pulak minggu depan berikutnya tapi bila dah tarikhnya bertukar aku pun ikut la rombongan 2. Ya la semuanya ditanggung. Aku syukur sangat sebab aku di izinkan dan di permudahkan untuk ke rumah sahabat aku. Aku sampai ja kat Kelantan aku ikut program rombongan Hospital dulu pagi sampai petang. Lepas 2 dalam kul 5.30ptg 29 april 2010 barulah aku bertolak g rumah sahabat aku 2. Aku tunggu dia kat stesen minyak. Dia pun baru sampai dari KL. Dia naik Flight dari KL sampai kat Kelantan dalam kul 5 ptg 29 april 2010. Baru jgk sampai, so dalam on the way nak balik rumah dia, dia singgah la dulu amik aku kat stesen minyak. Aku tunggu kat situ sebab stesen minyak tu dekat jalan nk pi rumah dia. Jadi aku minta driver aku letak aku kat situ. So, senang la dia nak amik aku. Bila sampai ja kat rumah dia, aku ada perasan seorang sahabat lama yang bagi aku sangat baik dengan aku. So nak jadi cerita, memang tak disangka nak jumpa dia. Aku syukur sangat pada ALLAH sebab telah mempertemukan aku dengan sahabat-sahabat aku. Aku rasa seronok sangat dan kalau nak tulis memang tak tau nak gambarkan macam mana perasaan tu. Tapi tak pa, seperti biasa prinsip aku tentang persahabatan ini ialah “KEBAHAGIAN AKU ADALAH MELIHAT SAHABAT-SAHABAT AKU BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT”. So hari ni adalah hari yang bahagia pada sahabat aku iaitu hari perkahwinannya dan aku pun tumpang bahagia dengan perkahwinannya. Bayangkan petang tu kami baru sampai dan malam tu lepas maghrib jugak sahabat aku nak akad nikah. Aku terkejut jgk la sbb malam 2 baru nak akad nikah. Ya la aku ingat esoknya atau lusanya sebab dia baru balik dari KL. Rupa-rupanya malam 2 jgk. So, tak pa la, aku ikut ja la program sahabat aku. So, malam 2 sebelum g masjid aku tolong dia bersiap, bukan siap apa pun, baju n seluar dia pakai sendiri la, aku tolong pakaikan sampin dan kopiah dia ja. Jadi masalah sikit sebab dia pun tak tau nak pakai kopiah ka songkok. Tanya aku, memang confirm aku suruh pakai kopiah, x payah kot pakai songkok, x sesuai…kalau dia pakai kopiah Nampak sikit seri wajahnya. Ya la, kopiah putih sapa-sapa pakai pun akan berseri tambah2 plak sahabat aku pakai memang akan naik seri la. Bila dah siap, kami pun gerak g masjid untuk majlis akad nikah dia. Tak sangka plak sahabat aku tu nak bagi kat kami sebuah kereta untuk digunakan semasa kenduri ni sebagai kenderaan kami. Sampai ja time nak akad nikah 2, perasaan bercampu baur, ya la…bayangkan sahabat baik nak kawin…ya la…sedih la…tapi aku seronok sangat sebab dia nak kawin. Lepas akad nikah 2…kami bergambar la ngan dia sebagai kenangan masa akad nikah. Lepas dah sudah upacara akad nikah tu kami semua ke rumah pengantin perempuan…ada jamuan makan…so sampai ja kat rumah pengantin perempuan kami pun duduk nak makan la tetiba plak aku teringat tak kan tak dak upacara membatalkan air sembahyang bahasa mudahnya upacara sarung cincin ke jari pengantin. So aku pun cakap kat sahabat aku, dia pun tak tau…so dia pi Tanya kakak dia…akhirnya barulah kita buat upacara tu… ya la…bagi aku, kalau boleh aku nak majlis kawin sahabat aku ni bejalan lancer dan semua upacara dan adat yang tidak bertentangan dengan hukum syarak di laksanakan. Ya la, kan kawin ni sekali ja seumur hidup…bukan aku nak kata aku ni pandai dalam bab2 agama, sahabat aku ni lagi hebat, boleh kata bahasa mudahnya makam dia lebih tinggi dari aku. so bila dah selesai semua upacara kami pun mula la acara makan jamuan. Lepas habis 2 kami pula bergambar ngan pengantin kat atas pelamin. Ya la, sahabat aku yang kawin, nak la jugak tangkap gambar kenangan dengan dia…mungkin untuk kali terakhir…lepas tangkap gambaq kami pun nak gerak balik ke rumah…sahabat aku ni bagi satu rumah homestay kat kami…bayangkan dia bagi kereta, rumah lagi untuk kami duduk sepanjang majlis kawinnya… what should I say…syukur sangat2…esoknya dalam kul 10.30 pg kami g rumah dia untuk bersiap-siap. Ya la, hari ni kenduri rumah pengantin perempuan…lepas solat jumaat baru nak pi… so lepas solat jumaat 2…pakat la dok siapkan diri nak p sana…masa nak gerak pi rumah pengantin perempuan…sahabat aku cari aku…aku punya la ingat sebab apa…rupanya dia tak siap lagi…sampin tak pakai lagi…Tanya aku waktu 2…aku blur la sikit…tak tau la aku nak pakaikan sampin dia macam mana. Aku Tanya dia mak andam tak mai ka???dia kata mak andam tunggu kat rumah pengantin perempuan…aku kata pakai kat sana ja la…satgi panggil mak andam pakaikan…sampai sana ja…dok tak dok mak andam tak dak…gelabah sat…aku pun terus ja pi kat dia pakaikan sampin untuk dia memang waktu tu aku terrer gila nak wat sampin pengantin…tengok2 dah jadi pun…so aku ni dah jadi pengapit dia la pulak…aku pun tak tau mai mana idea untuk wat sampin kat sahabat aku tu…aku syukur pada ALLAH sebab dipermudahkan bagi aku dan sahabat aku ni dalam urusan tersebut...alhamdulillah…semuanya berjalan lancer… bagi aku satu adat baru yang aku dapat di sini iaitu majlis kenal menantu…ya la…setiap adik beradik dan kaum keluarga di jemput untuk bersalam-salam dengan pengantin dan ada la hadiah yang nak kena bagi…ya la nak sedekah ka apa ka…ikut masing-masing la kan. Lepas 2 macam biasa la…setiap majlis kawin mesti ada punya…majlis bergambar dengan pengantin…aku pun turut serta…hehehe…aku dah kira wedding planner la masa kenduri sahabat aku ni…tetiba ja aku dah jadi orang penting…tapi aku tak kisah…aku sanggup untuk tolong sahabat aku ni tak kira la untuk apa pun…kalau boleh aku nak pastikan semuanya berjalan lancar…aku pun tak kisah...memang best la…lepas habis kenduri 2 dalam kul 5.30 petang baru kami bertolak balik ke rumah penginapan kami. Nak rehat…sebelum tu Tanya dulu kat kakak sahabat aku ni…ada apa2 ka nak buat malam ni…dia cakap tak dak apa nak buat…jd kami pun balik dan rehat la. Esoknya pulak kenduri kat rumah pengantin lelaki pulak. Rumah sahabat aku la kiranya. Pagi-pagi lagi kami dah gerak pi rumah dia. Ya la konon2nya nak tolong potong daging, tapi bila sampai ja semua dah setle. So, tak sempat nak wat apa pun kami. Sampai saja kat rumah orang dah kemas dah, nak masak ja lagi…tak pa la…tapi satu lagi adat yang aku tau sahabat aku tak balik rumah dia, dia tidur kat rumah pengantin perempuan yang telah sah menjadi isterinya. So, dalam kul 10.30 macam 2 la kami pi amik dia kat rumah isteri dia sebab nnt kenduri kat rumah dia plak dan pengantin perempuan pulak yang mana telah menjadi isterinya akan datang sendiri dihantar oleh kaum keluarganya ke rumah pengantin perempuan. So semua ni baru bagi aku. tapi ini satu pengalaman yang menarik buat aku. Untuk kenduri kat rumah dia plak aku ni dah jadi macam personal assistant kat sahabat aku plak. Ya la, aku yang rangcang dan aturkan semua pergerakan dia. Tapi tak la semua…aku Cuma tambah mana yang patut ja…rancang semuanya kakak-kakak sahabat aku ni dah atuq…memang best la…macam-macam pengalaman aku dapat masa kat rumah dia…bergambar tu dah jadi acara wajib masa kenduri…akhirnya tibalah masa kami nak berangkat pulang ke tempat masing-masing. Petang tue dalam kul 6.30 ptg kami bersiap nak balik tempat masiang-masing. Aku balik kedah dan sahabat2 yang lain balik KL. Tinggallah pengantin saja yang tak balik. Masa nak balik tu, hanya ALLAH saja yang tau bagaimana perasaan aku waktu tu…rasa sebak sangat…tak tau la…aku kuatkan diri untuk tak menitiskan air mata aku kat depan sahabat aku dan keluarga dia…memang sedih…tapi biasa la…setiap pertemuan itu ada perpisahan…so aku pun balik la kedah…aku balik dengan memori yang indah dan kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BATU PADA SAHABAT AKU…aku juga nak berterima kasih dengan sahabat aku dan keluarganya yang memberi layanan istimewa pada aku dan sahabat-sahabat yang lain. Aku akan simpan semua kenangan ini sebagai satu memori terindah buat aku dan aku anggap sebagai hadiah persahabatan yang tak ternilai harganya yang diberikan oleh sahabat aku kepada aku.

No comments:

Post a Comment