Assalamualikum dan Salam Sejahtera... "~Make CHANGE for our FUTURE~ :-)asif jiddan ala kulli hal~"
Monday, May 3, 2010
FiRst TiMe...bERdePaN dGn Tok Guru Nik Abdul Aziz...
Pada hari ini, bagi aku adalah hari yang aku rasa satu rahmat dan nikmat yang ALLAH bagi kat aku. Masa pagi hari jumaat 30 April 2010. Masa kenduri rumah sahabat aku. Aku ada di Kelantan. So aku amik kesempatan untuk pi ke kota bharu. Aku teringin nak jumpa dengan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ulama’ ulung dalam Malaysia. Aku mohon pada ALLAH agar pada hari ni aku dapat bersalam dan bersemuka dengan Tuan Guru. Aku sampai ja kat tempat Tok Guru dok ngajaq 2. Sahabat aku (bukan sahabat yang nak kawin tu…sahabat yang nak kawin tak mai…) bawak aku pi kat depan sekali tempat Tok Guru dok ngajaq…aku rasa bila nampak Tok Guru ja aku rasa macam…Ya ALLAH engkau pangjangkanlah umur Tok Guru dan selamatkanlah Tok Guru dari ganguan musuhmu Ya ALLAH…Serius aku terpaku melihat wajah Tok Guru yang putih bersih dan susah nak digambaqkan dengan kata-kata. Aku pun apa lagi terus amik tempat betul-betul depan Tok Guru. Tengok dan dengaq apa yang Tok Guru ngajaq. Satu rahmat buat aku. Dalam hati aku berdoa pada ALLAH agar aku di beri kesempatan untuk mengucup tangan Tok Guru. Selepas Tok Guru selesai ngajaq…Tok Guru bangun nak turun dari tempat Tok Guru dok ngajaq. Aku pun terus bangun nak pi kat Tok Guru. Masa Tok Guru nak turun tangga dari tempat ngajaq tu, aku terus nak pi kat Tok Guru…ingat nak sambut tangan Tok Guru nak pimpin Tok Guru turun tagngga, tetiba ja ada orang tolak aku ke tepi, orang terus pegang tangan Tok Guru, aku kecewa tak terkira, ya la aku mai jauh nak pegang dan salam dengan Tok Guru tapi tak boleh. Tapi aku tak kisah, aku ikut belakang Tok Guru, aku tekad aku nak jugak salam dan kucup tangan Ulama’ ulung Malaysia. Aku ikut sambil panggil “Tok Guru,Tok Guru…saya nak salam” kemudian pembantu Tok Guru kata kat aku “mai kot depan.” Aku pun lari anak pi depan Tok Guru. Bila aku dapat salam,kucup tangan dan tatap wajah Tok Guru dari dekat, satu perasaan yang aku tak boleh nak gambarkan betapa hebatnya aku rasa. Aku toleh belakang cari sahabat aku nak tangkap gambaq dgn Tok Guru. Tengok2 sahabat aku dah tak dak kat belakang aku. Tapi takpa walau aku tak dapat bergambaq dengan Tok Guru pun aku rasa dah syukur yang tak terhingga sebab dah dapat salam,kucup tangan dan tatap wajah Tok Guru dari dekat. Aku mintak maaf kat sahabat aku sebab aku tinggal depa di belakang aku. Sebab aku rasa macam depa ikut belakang aku. Sebelum nak pi kota bharu aku dah pesan kat depa ikut belakang aku. Tapi alih2 dah tak dak, tapi sahabat aku kata tak pa nanti dia boleh mai lagi sebab dia memang orang Kelantan. Jadi aku bersyukur sangat-sangat pada ALLAh sebab telah member kesempatan pada aku untuk bertemu dengan Tok Guru. Insyaallah, sekiranya di beri peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Tok Guru, aku tak akan mensia-siakan peluang yang diberikan pada aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment