Sunday, May 30, 2010

Salam Kepada Bukan Islam

DI TENGAH kalut kalangan umat Islam yang menonjolkan perjuangan Islam di sebalik isu ‘nama Allah’, yang pada saya ramai yang masih mengenepi kedaulatan Allah dari hati nurani, Tok Guru Nik Aziz memunculkan isu ‘boleh beri salam kepada bukan Islam.’ 

Secara moralnya, bagi saya Muslim wajib memberi salam (jaminan kesejahteraan) kepada bukan Islam, iaitu secara sikap moral dan tertanam dalam batin atau hati nurani. Malah itu berupa sikap akidah, yang tidak boleh dicuaikan jika kita benar-benar seorang Muslim – yang menyerah diri kita kepada konsep hidup Islam demi Allah. 

Salam secara maknawi adalah menjamin kesejahteraan, keselamatan dan pembelaan terhadap sesama Islam mahu pun sesama manusia yang tidak bermusuhan, malah sedia bermuafakat dan membantu kita dalam menyempurnakan masyarakat berkerukunan dan saling membantu. 

Jadi falsafah ucapan salam ialah menyedarkan kontrak sosial, terutamanya sesama umat Islam. Misalnya moral memberi salam menurut Nabi saw, Muslim yang berkenderaan  patut dan utama memberi salam terlebih dahulu kepada yang berjalan kaki. Maknanya yang elit lebih layak menjamin keselamatan sesama yang lebih daif dan berkurangan. Bukan sebaliknya. 

Dalam fekah, umat Islam dikehendaki menjamin keselamatan orang bukan Islam yang sewarga negara dengan kita. Agama, maruah, harta mereka wajib dipastikan selamat dari pencerobohan orang Islam. Malah dibenarkan menentang seperti menentang kafir harbi kepada Muslim yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada mereka yang telah menerima hidup berkerukunan dengan kita. 

Kenapakah sedemikian ? Kerana agama Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu Al-Quran, bukanlah agama eksklusif seperti slogan “Islam milik orang Melayu”. Slogan begini menjadikan seseorang Muslim itu memaling agama suci anutan mereka menjadi agama eksklusif seperti Judaisme – agama Yahudi. 

Ketika kita bersolat, kita membaca surah Al-Fatihah. Di hujung surah itu ayatnya ialah “ Ghairi al-maghdhuubi ’alaihim wala adh-dhaalliiin”. Ayat ini ditafsir oleh Nabi Muhammad saw sendiri. “ Al-Maghdhu” sebagai “ Al-Yahud” – Yahudi. “Wala adh-dhaallinn” sebagai “ An-Nashara”. Jadi melalui Al-Fatihah setiap solat kita, telah ditentukan Allah supaya kita tidak meng-eksklusif-kan agama  kita bagai Yahudi, dan tidak pula tersesat ke dalam emosi apabila beragama Islam. Kita wajib tunduk kepada pengertian dan fahaman berdasarkan ilmu.  

Dan apabila disebut ilmu, ada dua ilmu penentu  kesucian, kemuliaan dan kesahihan agama kita, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang berdasarkan sumber yang sahih segi sanad dan matannya. Hujah ini sahajalah merupakan kesucian agama.  

Apabila disebut ulama khilaf dalam satu-satu hal, ia menunjukkan ketiadaan dalil kuat yang mendokong satu-satu pandangan itu secara muktamad. Maka di sini kita harus menggunakan akal yang mendalam, murni dan waras dengan keadaan semasa untuk membuat pilihan demi kebaikan agama kita. Malah dengan tujuan demi Allah, bukan demi nafsu dan prasangka emosional kita. 

Bebalik kepada pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang salam kepada bukan Islam, beliau dipetik oleh tabloid Siasah sebagai berkata: “Ada orang pernah tanya bolehkah orang Islam beri salam bila jumpa orang Cina atau India (bukan Islam). Setengah ulama kata boleh, setengah ulama pula kata tak boleh.” 

“Jadi bagi ambo (saya), boleh. Sebab ia perkara khilaf. Bila ia cuma satu khilaf kenapa kita masih nak ambil yang tak boleh. Mana baik kita beri salam dengan tak beri salam.” 

“Tambah-tambah dunia sekarang dunia orang tengah balah (bertelagah), kita beri salam maknanya selamat untuk kamu. Di mana tak baiknya beri salam.” 

Dari kenyataan yang dipetik sebagai kenyataan Tok Guru di atas, satu  kesimpulan kaedah fiqh dakwah Islamiyah telah diberi oleh Tok Guru. 

(1) Dalam permasalahan khilaf, pemilihan yang tepat harus dilakukan, 
(2) Pemilihan itu harus berdasarkan maslahat dan hikmah demi Allah dan agama-Nya. 
(3) Mendalami kehendak semasa dan mencitrakan Islam sebagai kemuliaan dari Allah melalui mengamalan ke dalam budaya umat. 

Dalam hal salam ini, jika kita merujukkan kepada Bustanul Arifin yang dikarang oleh Syekh Nashr bin Muhammad As-Samarqandi, kita dapati  beliau menyebut tentang adanya khilaf. 

Berkata Syekh Syeikh Nashr : “Para ulama berselisih (khilaf)  mengenai memberi salam kepada ahli zimmah. Sebahagian mereka memperbolehkannya. Dan sebahagian lain melarangnya. Akan tetapi bila mereka memberi salam, kita boleh membalasnya dengan jawapan. Pendapat inilah yang kami anut.” 

Menurut Syeklh Nashr, pihak yang membolehkan memberi salam kepada Ahli Zimmah berdasarkan pendapat Abdullah bin Mas’ud r.a. Sementara yang tidak membolehkannya pula, mengambil hujah dari Abdullah bin ‘Umar. 

Untuk memberikan makna yang mendalam tentang hikmah agama Allah tentang memberi salam kepada bukan Islam ini yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu, elok rasanya kita membuka Al-Quran dalam keadaan yang tenang, dan menghadap hati kepada Allah, lalu merenung ayat 84 hingga ayat 87 Surah An-Nisaa’.  iaitu maksudnya: 
  • 84. oleh itu, berperanglah (Wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); Engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. dan berilah peransang kepada orang-orang Yang beriman (supaya turut berjuang Dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang Yang kafir itu. dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.
  • 85. sesiapa Yang memberikan syafaat Yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa Yang memberikan syafaat Yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
  • 86. dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
  • 87. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) Yang tidak ada syak padanya. dan siapakah pula Yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
Mudah-mudahan dicurahi hikmah ke dalam hati nurani kita. WaLahu a’lam bish-showaab !
(dipetik dr M JUSOFF TAIB : olahan semula oleh~aKuLah YB~)

Wednesday, May 12, 2010

ALLAH is Always be There...

If you ask me about love and what i know about it? My answer would be, It’s everything about Allah
The pure love, to our souls. The creator of you and me,the heaven and whole universe. The one that made us whole and free, The guardian of HIS true believers, So when the time is hard there’s no way to turn as HE promise HE will always be theret to bless us with HIS love and HIS mercy because as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us and HE knows what’s in all in our heart, So when you lose your way only to Allah you should turn and as HE promise HE will always be there…HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything.We shouldn’t never feel afraid of anything as long as we follow HIS guidance all the way through the short time we have in this life, Soon it all’ll be over and we’ll be in His heaven and we’ll all be fine, so when the time gets hard there’s no way to turn, as HE promise He will always be there to bless us with HIS love and HIS mercy because as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us and HE knows what’s in all in our heart, So when you lose your way only to Allah you should turn and as HE promise HE will always be there…
So when you lose your way anly to Allah you should turn and as HE promise HE will always be there…for us...MAY ALLAH BLESS YOU...


Monday, May 3, 2010

FiRst TiMe...bERdePaN dGn Tok Guru Nik Abdul Aziz...


Pada hari ini, bagi aku adalah hari yang aku rasa satu rahmat dan nikmat yang ALLAH bagi kat aku. Masa pagi hari jumaat 30 April 2010. Masa kenduri rumah sahabat aku. Aku ada di Kelantan. So aku amik kesempatan untuk pi ke kota bharu. Aku teringin nak jumpa dengan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ulama’ ulung dalam Malaysia. Aku mohon pada ALLAH agar pada hari ni aku dapat bersalam dan bersemuka dengan Tuan Guru. Aku sampai ja kat tempat Tok Guru dok ngajaq 2. Sahabat aku (bukan sahabat yang nak kawin tu…sahabat yang nak kawin tak mai…) bawak aku pi kat depan sekali tempat Tok Guru dok ngajaq…aku rasa bila nampak Tok Guru ja aku rasa macam…Ya ALLAH engkau pangjangkanlah umur Tok Guru dan selamatkanlah Tok Guru dari ganguan musuhmu Ya ALLAH…Serius aku terpaku melihat wajah Tok Guru yang putih bersih dan susah nak digambaqkan dengan kata-kata. Aku pun apa lagi terus amik tempat betul-betul depan Tok Guru. Tengok dan dengaq apa yang Tok Guru ngajaq. Satu rahmat buat aku. Dalam hati aku berdoa pada ALLAH agar aku di beri kesempatan untuk mengucup tangan Tok Guru. Selepas Tok Guru selesai ngajaq…Tok Guru bangun nak turun dari tempat Tok Guru dok ngajaq. Aku pun terus bangun nak pi kat Tok Guru. Masa Tok Guru nak turun tangga dari tempat ngajaq tu, aku terus nak pi kat Tok Guru…ingat nak sambut tangan Tok Guru nak pimpin Tok Guru turun tagngga, tetiba ja ada orang tolak aku ke tepi, orang terus pegang tangan Tok Guru, aku kecewa tak terkira, ya la aku mai jauh nak pegang dan salam dengan Tok Guru tapi tak boleh. Tapi aku tak kisah, aku ikut belakang Tok Guru, aku tekad aku nak jugak salam dan kucup tangan Ulama’ ulung Malaysia. Aku ikut sambil panggil “Tok Guru,Tok Guru…saya nak salam” kemudian pembantu Tok Guru kata kat aku “mai kot depan.” Aku pun lari anak pi depan Tok Guru. Bila aku dapat salam,kucup tangan dan tatap wajah Tok Guru dari dekat, satu perasaan yang aku tak boleh nak gambarkan betapa hebatnya aku rasa. Aku toleh belakang cari sahabat aku nak tangkap gambaq dgn Tok Guru. Tengok2 sahabat aku dah tak dak kat belakang aku. Tapi takpa walau aku tak dapat bergambaq dengan Tok Guru pun aku rasa dah syukur yang tak terhingga sebab dah dapat salam,kucup tangan dan tatap wajah Tok Guru dari dekat. Aku mintak maaf kat sahabat aku sebab aku tinggal depa di belakang aku. Sebab aku rasa macam depa ikut belakang aku. Sebelum nak pi kota bharu aku dah pesan kat depa ikut belakang aku. Tapi alih2 dah tak dak, tapi sahabat aku kata tak pa nanti dia boleh mai lagi sebab dia memang orang Kelantan. Jadi aku bersyukur sangat-sangat pada ALLAh sebab telah member kesempatan pada aku untuk bertemu dengan Tok Guru. Insyaallah, sekiranya di beri peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Tok Guru, aku tak akan mensia-siakan peluang yang diberikan pada aku.

SELAMAT PENGANTIN BARU...SAHABATKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku rasa dah hampir tiga minggu aku tak tulis dalam blog aku ni. Ya la aku x dak lap top. Sebelum ni aku tulis blog guna laptop kak aku. Tapi bila kak aku amik balik laptop tu maka aku pun tak boleh la nak tulis lagi. So bila dah lama tak tulis ni…macam2 la yang aku nak tulis…jadi gian plak…hehehe…mula-mulanya aku nak tulis tengtang perkahwinan kawan baik aku yang bagi aku diketogorikan sebagai sahabat la. Memang best bila dapat atu dia nak kawin. Dia bagi tau kat aku sebulan sebelum dia kawin. Kiranya sempatla aku nak wat persediaan nak pi rumah dia. Setiap hari aku berdoa pada ALLAH supaya di permudahkan bagi aku p ke rumah dia. Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa. Aku bersyukur sebab aku boleh p ke rumah dia. Aku p dengan ikut lawatan Hospital Sultanah Bahiyah ke Kelantan. Nak jadi cerita rombongan tu sepatutnya pada 21- 24 april 2010 tapi tarikhnya bertukar ke 28 – 30 april 2010. Pada mulanya aku tak mau ikut rombongan tu sebab aku nak p pulak minggu depan berikutnya tapi bila dah tarikhnya bertukar aku pun ikut la rombongan 2. Ya la semuanya ditanggung. Aku syukur sangat sebab aku di izinkan dan di permudahkan untuk ke rumah sahabat aku. Aku sampai ja kat Kelantan aku ikut program rombongan Hospital dulu pagi sampai petang. Lepas 2 dalam kul 5.30ptg 29 april 2010 barulah aku bertolak g rumah sahabat aku 2. Aku tunggu dia kat stesen minyak. Dia pun baru sampai dari KL. Dia naik Flight dari KL sampai kat Kelantan dalam kul 5 ptg 29 april 2010. Baru jgk sampai, so dalam on the way nak balik rumah dia, dia singgah la dulu amik aku kat stesen minyak. Aku tunggu kat situ sebab stesen minyak tu dekat jalan nk pi rumah dia. Jadi aku minta driver aku letak aku kat situ. So, senang la dia nak amik aku. Bila sampai ja kat rumah dia, aku ada perasan seorang sahabat lama yang bagi aku sangat baik dengan aku. So nak jadi cerita, memang tak disangka nak jumpa dia. Aku syukur sangat pada ALLAH sebab telah mempertemukan aku dengan sahabat-sahabat aku. Aku rasa seronok sangat dan kalau nak tulis memang tak tau nak gambarkan macam mana perasaan tu. Tapi tak pa, seperti biasa prinsip aku tentang persahabatan ini ialah “KEBAHAGIAN AKU ADALAH MELIHAT SAHABAT-SAHABAT AKU BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT”. So hari ni adalah hari yang bahagia pada sahabat aku iaitu hari perkahwinannya dan aku pun tumpang bahagia dengan perkahwinannya. Bayangkan petang tu kami baru sampai dan malam tu lepas maghrib jugak sahabat aku nak akad nikah. Aku terkejut jgk la sbb malam 2 baru nak akad nikah. Ya la aku ingat esoknya atau lusanya sebab dia baru balik dari KL. Rupa-rupanya malam 2 jgk. So, tak pa la, aku ikut ja la program sahabat aku. So, malam 2 sebelum g masjid aku tolong dia bersiap, bukan siap apa pun, baju n seluar dia pakai sendiri la, aku tolong pakaikan sampin dan kopiah dia ja. Jadi masalah sikit sebab dia pun tak tau nak pakai kopiah ka songkok. Tanya aku, memang confirm aku suruh pakai kopiah, x payah kot pakai songkok, x sesuai…kalau dia pakai kopiah Nampak sikit seri wajahnya. Ya la, kopiah putih sapa-sapa pakai pun akan berseri tambah2 plak sahabat aku pakai memang akan naik seri la. Bila dah siap, kami pun gerak g masjid untuk majlis akad nikah dia. Tak sangka plak sahabat aku tu nak bagi kat kami sebuah kereta untuk digunakan semasa kenduri ni sebagai kenderaan kami. Sampai ja time nak akad nikah 2, perasaan bercampu baur, ya la…bayangkan sahabat baik nak kawin…ya la…sedih la…tapi aku seronok sangat sebab dia nak kawin. Lepas akad nikah 2…kami bergambar la ngan dia sebagai kenangan masa akad nikah. Lepas dah sudah upacara akad nikah tu kami semua ke rumah pengantin perempuan…ada jamuan makan…so sampai ja kat rumah pengantin perempuan kami pun duduk nak makan la tetiba plak aku teringat tak kan tak dak upacara membatalkan air sembahyang bahasa mudahnya upacara sarung cincin ke jari pengantin. So aku pun cakap kat sahabat aku, dia pun tak tau…so dia pi Tanya kakak dia…akhirnya barulah kita buat upacara tu… ya la…bagi aku, kalau boleh aku nak majlis kawin sahabat aku ni bejalan lancer dan semua upacara dan adat yang tidak bertentangan dengan hukum syarak di laksanakan. Ya la, kan kawin ni sekali ja seumur hidup…bukan aku nak kata aku ni pandai dalam bab2 agama, sahabat aku ni lagi hebat, boleh kata bahasa mudahnya makam dia lebih tinggi dari aku. so bila dah selesai semua upacara kami pun mula la acara makan jamuan. Lepas habis 2 kami pula bergambar ngan pengantin kat atas pelamin. Ya la, sahabat aku yang kawin, nak la jugak tangkap gambar kenangan dengan dia…mungkin untuk kali terakhir…lepas tangkap gambaq kami pun nak gerak balik ke rumah…sahabat aku ni bagi satu rumah homestay kat kami…bayangkan dia bagi kereta, rumah lagi untuk kami duduk sepanjang majlis kawinnya… what should I say…syukur sangat2…esoknya dalam kul 10.30 pg kami g rumah dia untuk bersiap-siap. Ya la, hari ni kenduri rumah pengantin perempuan…lepas solat jumaat baru nak pi… so lepas solat jumaat 2…pakat la dok siapkan diri nak p sana…masa nak gerak pi rumah pengantin perempuan…sahabat aku cari aku…aku punya la ingat sebab apa…rupanya dia tak siap lagi…sampin tak pakai lagi…Tanya aku waktu 2…aku blur la sikit…tak tau la aku nak pakaikan sampin dia macam mana. Aku Tanya dia mak andam tak mai ka???dia kata mak andam tunggu kat rumah pengantin perempuan…aku kata pakai kat sana ja la…satgi panggil mak andam pakaikan…sampai sana ja…dok tak dok mak andam tak dak…gelabah sat…aku pun terus ja pi kat dia pakaikan sampin untuk dia memang waktu tu aku terrer gila nak wat sampin pengantin…tengok2 dah jadi pun…so aku ni dah jadi pengapit dia la pulak…aku pun tak tau mai mana idea untuk wat sampin kat sahabat aku tu…aku syukur pada ALLAH sebab dipermudahkan bagi aku dan sahabat aku ni dalam urusan tersebut...alhamdulillah…semuanya berjalan lancer… bagi aku satu adat baru yang aku dapat di sini iaitu majlis kenal menantu…ya la…setiap adik beradik dan kaum keluarga di jemput untuk bersalam-salam dengan pengantin dan ada la hadiah yang nak kena bagi…ya la nak sedekah ka apa ka…ikut masing-masing la kan. Lepas 2 macam biasa la…setiap majlis kawin mesti ada punya…majlis bergambar dengan pengantin…aku pun turut serta…hehehe…aku dah kira wedding planner la masa kenduri sahabat aku ni…tetiba ja aku dah jadi orang penting…tapi aku tak kisah…aku sanggup untuk tolong sahabat aku ni tak kira la untuk apa pun…kalau boleh aku nak pastikan semuanya berjalan lancar…aku pun tak kisah...memang best la…lepas habis kenduri 2 dalam kul 5.30 petang baru kami bertolak balik ke rumah penginapan kami. Nak rehat…sebelum tu Tanya dulu kat kakak sahabat aku ni…ada apa2 ka nak buat malam ni…dia cakap tak dak apa nak buat…jd kami pun balik dan rehat la. Esoknya pulak kenduri kat rumah pengantin lelaki pulak. Rumah sahabat aku la kiranya. Pagi-pagi lagi kami dah gerak pi rumah dia. Ya la konon2nya nak tolong potong daging, tapi bila sampai ja semua dah setle. So, tak sempat nak wat apa pun kami. Sampai saja kat rumah orang dah kemas dah, nak masak ja lagi…tak pa la…tapi satu lagi adat yang aku tau sahabat aku tak balik rumah dia, dia tidur kat rumah pengantin perempuan yang telah sah menjadi isterinya. So, dalam kul 10.30 macam 2 la kami pi amik dia kat rumah isteri dia sebab nnt kenduri kat rumah dia plak dan pengantin perempuan pulak yang mana telah menjadi isterinya akan datang sendiri dihantar oleh kaum keluarganya ke rumah pengantin perempuan. So semua ni baru bagi aku. tapi ini satu pengalaman yang menarik buat aku. Untuk kenduri kat rumah dia plak aku ni dah jadi macam personal assistant kat sahabat aku plak. Ya la, aku yang rangcang dan aturkan semua pergerakan dia. Tapi tak la semua…aku Cuma tambah mana yang patut ja…rancang semuanya kakak-kakak sahabat aku ni dah atuq…memang best la…macam-macam pengalaman aku dapat masa kat rumah dia…bergambar tu dah jadi acara wajib masa kenduri…akhirnya tibalah masa kami nak berangkat pulang ke tempat masing-masing. Petang tue dalam kul 6.30 ptg kami bersiap nak balik tempat masiang-masing. Aku balik kedah dan sahabat2 yang lain balik KL. Tinggallah pengantin saja yang tak balik. Masa nak balik tu, hanya ALLAH saja yang tau bagaimana perasaan aku waktu tu…rasa sebak sangat…tak tau la…aku kuatkan diri untuk tak menitiskan air mata aku kat depan sahabat aku dan keluarga dia…memang sedih…tapi biasa la…setiap pertemuan itu ada perpisahan…so aku pun balik la kedah…aku balik dengan memori yang indah dan kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BATU PADA SAHABAT AKU…aku juga nak berterima kasih dengan sahabat aku dan keluarganya yang memberi layanan istimewa pada aku dan sahabat-sahabat yang lain. Aku akan simpan semua kenangan ini sebagai satu memori terindah buat aku dan aku anggap sebagai hadiah persahabatan yang tak ternilai harganya yang diberikan oleh sahabat aku kepada aku.