Sunday, July 31, 2016

Perginya Ulama' Besar di Nusantara

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Image result for tuan guru haji salleh musa meninggal


Tanggal 22 Julai 2016, kita digemparkan dengan perginya seorang ulama' besar nusantara iaitu Tn Guru Hj Salleh bin Musa. Berita perginya Tn Guru amat mengejutkan semua ummah kerana disaat ummah tenat dan sangat memerlukannya. Perginya bak hilangnya cahaya yang menerangi ummah dan menunujuki ummah bagi menelosori kehidupan di dunia yang penuh dengan fitnah akhir zaman. Perginya ditangisi oleh semua, baik pada yang mengasihinya dan pada yang tidak mengasihinya, Beliau seorang ulama' yang sangat ikhlas dalam menyampaikan ilmu, takkala beliau sedang sakit dan uzur beliau masih lagi mengajar dipondoknya, Begitulah gigihnya beliau menyampaikan ilmu, maka tertanya-tanya oleh mereka siapakah Tn Guru Hj Salleh ni, Perdana Menteri kah?Menteri Besar kah?sampai begitu ramai sekali hadir ke Pengbumiannya semalam..Wakil Rakyatkah dia?Ahli Parlimen atau Adun kah dia?Kelulusan P.H.D kah dia?Doktor falsafah kah?tidak..tetapi seorang yang Punya Ilmu sanad dari para Alim Ulamak yg lebih tinggi Nilaian nya dari semua itu kerana lama nya menuntut ilmu walau sijil² terkini tak mampu mengiktiraf ilmunya kerna begitu tinggi ilmu yg dipelajarinya...Inilah kekuatan Ilmu Sistem didikan Pondok...
Guru guru yg beliau jumpa dan menuntut ialah guru guru yg terkenal bahkan bersangatan Alim sama ada Tauhid, Feqah Tasawwuf mahupun Hadis dll ilmu bahkan kita semua maklum dan mengenali guru-gurunya yg bersangatan Alim itu yg juga dari Aliran Pondok Turath..ternyatalah Tuan Guru Hj Salleh Musa bukan sahaja guru, malah di akui beliau adalah TUAN kepada guru guru Alim yg berada di muka bumi Malaysia ketika ini dan Nusantara Am nya dan kini beliau pergi buat selamanya...
bersamalah kita teruskan segala yg ditinggal Al-Marhum dan teruskan giat kutip segala Ilmu di pondok sementara masih ada Tuan tuan Guru yg meneruskan legasi Pengajian Tradisional Pondok Turath ini.

Disini saya kongsikan sedikit biodata Al Marhum Tuan Guru Hj Salleh bin Musa untuk sama sama kita kenali Ulama' Besar ini:



Image result for tuan guru haji salleh musa meninggal

Nama :Tn Guru Hj Salleh bin Musa    
Tarikh Lahir : 08.02.1929 
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh 
Ibu:Khatijah bt Saad 
Tempat lahir :Pekan Sik 
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3
Pendidikan : - 1.Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah ,3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain . 
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah . Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya . Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang 
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga akhir hayatnya . Sekarang Madrsah Ar Rahmaniah diteruskan pengajiannya oleh anak belaiu Tuan Guru Syeikh Muslim sebagai Mudir dan Tuan Guru Ustaz Yazid .

Sekadar itu sahajalah sedikit pengenalan dan perkongsian yang dapat saya garapkan disini. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. 

Susunan oleh ~iNSan BiaSA~ 

No comments:

Post a Comment