Assalamualikum dan Salam Sejahtera... "~Make CHANGE for our FUTURE~ :-)asif jiddan ala kulli hal~"
Thursday, February 11, 2010
Sekarang ni aku rasa lebih tenang dan tenteram sebab semua yang menjadi bebanan dan tekanan aku dah selesai. Aku berterima kasih pada kakak aku dan semua keluarga aku sebab dah banyak tolong aku dalam menyelesaikan semua masalah ini. Kalau nak diikutkan tanpa bantuan dan pertolongan dari mereka aku dah lama tersungkur. Aku merafakkan kesyukuran yang amat tak terhingga kepada ALLAH kerana telah memakbulkan permohonan dandoa aku. Perasaan ketika menerima bantuan dari ALLAH itu amatlah tak terhingga hebatnya. Aku merasa terpanggil untuk menceritakan kepada semua orang. Aku nak semua orang tahu betapa nikmatnya apabila meneria bantuan dari ALLAH. Jangan pula kita salah tafsir dengan apa yang kita terima. Aku yakin kerana aku memohon pada ALLAH agar aku dipermudahkan dan diselesaikan segala masalah yang menimpa aku. Maka dengan itu ALLAH menghantar bantuannya kepada aku melalui kakak-kakak dan keluarga aku. Maka dengan itu aku merasakan satu anugerah yang tak terhingga. Macam mana boleh jadi macam tu kan???Untuk mendapat bantuan dari ALLAH kita sebagai hamba ALLAH kena yakin dan kembali pada ALLAH. Janganlah kita lupa dan jauh dari ALLAH. Kita peru menginsafi diri kita diatas segala kesilapan yang telah kita lakukan. Sebagai hambaNYA kita kena yakin bahawa..jika kita kembali pada ALLAH maka itulah sebaik-baiknya. Ketika berada dalam keadaan susah atau senang kita hendaklah berserah kepada ALLAH. Hanya pada ALLAh tempat kita mengadu,meminta dan bergantung tak kira dalam keadaan apa pun..ingatlah ALLAh selalu..bertaubatlah pada ALLAH dengan sebenar-benarnya..insyaallah kiat akan diberi bantuan,pertolongan dan dipermudahkan segala urusan kita..insyaallah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment