Thursday, February 25, 2010

ILMU sebagai panduan

Alhamdulillah..aku bersyukur pada ALLAH kerana aku diberi peluang untuk bertaubat dan kembali kepada ALLAH. Aku sedar yang sebelum ini aku terlalu jauh dari ALLAH. Aku hanya beribadat padanya sekadar menunaikan solat lima waktu dan yang biasa-biasa saja. Disebabkan aku lalai dengan dunia dan alpa dengan perintah ALLAH maka DIA enurunkan bala pada aku. Sesungguhnya ALLAH menurunkan bala dan dugaan kepada seseorang hamba itu supaya hamba itu kembali padanya dan itulah tanda bahawa ALLAH itu maha menyayangiakan hambanya. Maka disepanjang itu aku menerima pengajaran yang teramat tak terhingga hebatnya..Aku rasa macam kebutulan tapi sebenarnya satu hakikat..disetiap kali aku pi ngaji..tok guru ngajaq semuanya ada kena mengena dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Jadi dari situlah aku mendapat semangat untuk mengharungi semuanya dan mempelbetulkan diri aku supaya menjadi yang lebih baik kerana setiap manusia hamba ALLAH melakukan kesilapan dan dari kesilapan itulah kita belajar dan menjadi semakin dekat dengan ALLAH dan bertaubat kepadanya..insyaallah ..jadi perbetulkanlah diri kita supaya menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa dan sentiasa bertaubat kepadanya akan segala ksalahan yang kita lakukan setiap waktu..istighfarlah selalu supaya kita sentiasa tenang dan tenteram..amin..

Thursday, February 11, 2010

Sekarang ni aku rasa lebih tenang dan tenteram sebab semua yang menjadi bebanan dan tekanan aku dah selesai. Aku berterima kasih pada kakak aku dan semua keluarga aku sebab dah banyak tolong aku dalam menyelesaikan semua masalah ini. Kalau nak diikutkan tanpa bantuan dan pertolongan dari mereka aku dah lama tersungkur. Aku merafakkan kesyukuran yang amat tak terhingga kepada ALLAH kerana telah memakbulkan permohonan dandoa aku. Perasaan ketika menerima bantuan dari ALLAH itu amatlah tak terhingga hebatnya. Aku merasa terpanggil untuk menceritakan kepada semua orang. Aku nak semua orang tahu betapa nikmatnya apabila meneria bantuan dari ALLAH. Jangan pula kita salah tafsir dengan apa yang kita terima. Aku yakin kerana aku memohon pada ALLAH agar aku dipermudahkan dan diselesaikan segala masalah yang menimpa aku. Maka dengan itu ALLAH menghantar bantuannya kepada aku melalui kakak-kakak dan keluarga aku. Maka dengan itu aku merasakan satu anugerah yang tak terhingga. Macam mana boleh jadi macam tu kan???Untuk mendapat bantuan dari ALLAH kita sebagai hamba ALLAH kena yakin dan kembali pada ALLAH. Janganlah kita lupa dan jauh dari ALLAH. Kita peru menginsafi diri kita diatas segala kesilapan yang telah kita lakukan. Sebagai hambaNYA kita kena yakin bahawa..jika kita kembali pada ALLAH maka itulah sebaik-baiknya. Ketika berada dalam keadaan susah atau senang kita hendaklah berserah kepada ALLAH. Hanya pada ALLAh tempat kita mengadu,meminta dan bergantung tak kira dalam keadaan apa pun..ingatlah ALLAh selalu..bertaubatlah pada ALLAH dengan sebenar-benarnya..insyaallah kiat akan diberi bantuan,pertolongan dan dipermudahkan segala urusan kita..insyaallah...

Tuesday, February 9, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..apa khabar semua sahabat-sahabat saya,kawan-kawan,kenalan dan semua pembaca blog saya.Syukur saya ucapkan pada MAHA KUASA kerana telah diberi kesmpatan kepada saya utk postkan blog saya ni..blog ini saya buat sebagai pengganti diri saya dalam menjawab,memberi pendapat,cadangan dan semua apa yang saya rasa dan saya fikirkan. Insayaallah blog ini akan menjadi wadah kepada saya untuk bercakap dan sebagai platform kepada saya untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati saya. Semua sahabat-sahabat saya,kawan-kawan,kenalan dan semua pembaca boleh memberi komen kepada apa yang saya tulis.semoga blog saya ini boleh menjadi tempat kita semua untuk bertukar fikiran dan bermuzakarah sesama kita. Selamat Bertemu dan Berjumpa....