Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sekarang ni saya rasa dah agak liat dan susah untuk saya menulis dan mengupdate blog saya. Bukanya apa sebab sekarang ni saya tak sempat nak tulis, sibuk sangat. Sekarang barulah sempat saya nak menulis. Alhamdulillah saya dah habis final exam untuk tahun akhir dan kita pun dah lepas Hari Raya Korban. Sebagai hamba ALLAH dan sebagai orang islam kita perlulah bertawakal kepada ALLAh selepas kita berjuang dalam final exam. Sesungguhnya kita telah belajar bersungguh-sungguh, berusaha dan apabila kita menduduki peperiksaan kita luahkan semuanya yang kita ada. Maka apabila selesai dan tamat peperiksaan itu maka seharusnya kita bertawakal dan bermohon kepada ALLAH supaya kita mendapat yang terbaik. Janganlah pulak kita hanya bertawakal dan bermohon tapi kita tak sujud padaNya dengan menunaikan solat lima waktu dan segala perintahNya. Kita mengabaikan segalanya. Kita rasa kita dah lepas melalui kesukaran dan sekarang kita lupa padaNya. Sesunguhnya ALLAH tidak rugi bahkan DIAlah yang memberikan rezeki pada kita. Sebagai muslim dan hambaNya kita seharusnya tidak wajar melupakanNya. Maka seharusnya marilah kita sama-sama sentiasa menginsafi diri ini yang sentiasa berada dalam kemaksiatan. Semoga ALLAH mengampunkan kita. Hari ini adalah hari raya korban yang ketiga dan merupakan hari yang terakhir kita melakukan korban. Marilah kita ambil semangat korban ini untuk kita mengubah diri kita menjadi yang lebih baik. Janganlah kita hanya bergembira di hari raya dengan makan daging korban tapi kita tidak mengambil apa yang tersirat dalam semangat korban itu sendiri. Kita seharusnya melihat sambutan korban itu dari satu sudut yang lebih mendalam supaya kita lebih menginsafi diri kita. Semoga dengan itu kita akan sentiasa berada di bawah naungan ALLAH dan akan sentiasa mengingati dan melaksanakan segala apa yang diperintahkan oleh ALLAH. Insyaallah…selamat beramal dan renung-renungkanlah.