Tuesday, October 26, 2010

Al Kisah...Malam Semarak Muhibbah Kasih 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera…



Hari ni baru saya diberikan kesempatan utuk menulis dan mengupdatekan blog saya. Penat saya pun belum habis lagi dalam saya menganjurkan Malam Semarak Muhibbah Kasih 2010. Biasalah sebagai Pengarah Program saya perlu mengorbankan masa,tenaga,wang ringgit dan sebagainya untuk melihat program tersebut berjaya dengan jayanya. Saya ingin mencoretkan serba sedikit pengalaman dan peristiwa yang berlaku disepanjang saya dan jawatankausa untuk menjayakan Majlis MSMK ini. Macam-macam yang terjadi, bermula dari semua orang kena berkerja keras untuk malam tersebut. Saya ni berusaha untuk dapatkan penaja dari pada orang-orang yang berkenaan dan syarikat-syarikat yang bersesuaian. Alhamdulillah saya telah berjaya mendapatkan penaja walaupun tak semua tapi Alhamdulillah sumbangan penaja yang berkenaan dapat membantu dan mengurangkan kos perbelanjaan MSMK ini. Saya rasa agak tekilan dengan buah mulut sesetengah pihak yang juga menjadi penganjur secara tidak langsung dan beberapa AJK MSMK yang menyebarkan fitnah dan khabar angin yang buruk tentang saya dan JK tetinggi, tak perlulah saya ceritakan pada pembaca apakah khabar angin dan fitnah tersebut tapi saya cukup-cukup terasa hati. Bukanlah saya nak mengungkit tapi saya sekadar nak luahkan apa yang terjadi dan saya nak mereka yang berkenaan itu tahu dan sedar akan perbautan mereka. Saya dan JK tertinggi telah bertungkus lumus dari mula hingga ke akhir majlis MSMK ini siang dan malam memikirkan rancangan menambahkan bajet, mendapatkan penaja, memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. Tapi mulut jahat mereka yang berkenaan menyebarkan fitnah yang sangat dahsyat. Sudah la tak banyak membantu dan menolong kita bahkan disebarkan pula cerita-cerita bohong dan fitnah pada orang ramai. Manusia-manusia memang takkan senang dan takkan berdiam diri melihat seseorang atau manusia lain membuat kebaikkan, akan munculah hasad dengki dalam diri. Saya dan JK tertinggi bukan buat kerja sebab nak nama atau popular sebab semua tu saya dah ada dan saya dah tak perlukan semua tu. Bagi saya MSMK adalah Majlis saya dan rakan-rakan maka seharusnya saya buat yang terbaik. Tapi inilah yang dikatakan manusia yang berhati busuk,suka membawa mulut, melaga-lagakan orang dan cucuk-mencucuk supaya boleh bertelagah sesama kita dan dia dari jauh bergelak dan seronok melihat kita betelagah sesama sendiri. Bahkan orang yang berhati busuk ini adalah tergolong dalam kalangan kita jugak lebih mudah kita kata orang dalam. Saya ambil satu contoh mudah bagaimana kerajaan Melayu Melaka jatuh disebabkan rasa iri hati dan mempunyai hati yang busuk orang dalam maka akhirnya kerajaan melayu Melaka jatuh ke penjajah. Macam tu lah saya ibaratkan mereka yang berkenaan. Bukanlah saya nak mengungkit tapi secara personalnya saya sendiri telah menggunakan duit saya sendiri hampir RM2000 dalam keadaan saya tak sedar. Bukanlah sekali gus RM2000 tapi sikit demi sedikit apabila dijumlahkan semuanya hampir RM 2000 tapi saya tak minta dibayar balik saya tak kisah dan saya andaikan itu adalah sumbangan saya. Akhirnya saya berjaya juga menjayakan Majlis MSMK tersebut. Saya amat berharap oaring –orang yang berkenaan berhenti buat perkara tersebut,insaf dan segeralah bertaubat. Dikesempatan ini juga, Saya merafakkan kesyukuran saya pada ALLAH S.W.T kerana dengan keizinanNya dan bantuanNya majlis MSMK berjalan lancar. Saya juga ingin berterima kasih yang tak terhingga kepada semua penaja Majlis MSMK tersebut iaitu PHARMANIAGA LOGISTIC BERHAD,HOVID BERHAD,JKR,KELAB RAHMAN PUTRA MALAYSIA, dan semua penaja yang berkenaan. TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.